Isnin, 11 Januari 2016

KHASIAT CUKA EPAL


cuka epal pilihan saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang KHASIAT CUKA EPAL yang semakin digemari ramai ini.

Cuka EPAL adalah antara ramuan kegemaran dalam diet masyarakat EROPAH dan Amerika. Malah pengamal DIET ATKIN juga dikatakan mengemari supplement semulajadi ini. Jika anda sedang melalui proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) dalam mengharungi EKZEMA tanpa bantuan steroid ini juga adalah antara supplement utama dalam rawatan TSW.

CUKA EPAL atau Apple Cider Vinegar (ACV) ini banyak digunakan dalam masakan, salad dan minuman kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit.

Baiklah ini adalah antara ringkasan KHASIAT  & KEBAIKAN CUKA EPAL

1. Anda boleh menggunakan cuka epal ini untuk merendam sayur-sayuran dan buah-buahan yang di cemari dengan bahan-bahan kimia dan racun serangga. Caranya campur sahaja sesudu cuka epal dan air paip di dalam besen dan rendam dalam 10-20 minit sebelum anda memasak atau menikmati buah-buahan yang baru dibeli.

2. Cuka EPAL digalakkan di minum di waktu pagi ketika perut kosong dan di waktu malam sebelum tidur (campurkan sahaja sesudu cuka epal kedalam air mineral). Jika anda mengalami gastrik , jangan bimbang, amal sahaja cuka epal dicampur air mineral dan madu. Insyaallah gastrik anda akan sembuh.

3. Cuka epal turut digunakan dalam membantu melawaskan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.

4. Amat bagus untuk dalam penurunan berat badan seiring diet yang lebih sihat.

5. Amat bagus untuk kecantikan kulit, jika anda menghadapi masalah ekzema, anda boleh menambah cuka epal kedalam besen mandian anda mengikut sukatan yang sesuai dengan kulit yang anda mampu terima.

6. Juga bagus dalam kecantikan kulit wajah dan tubuh, sebagai pencuci muka, penyegar, penghilang jerawat, jeragat, skin tag, keloid dan pelbagai masalah kulit lain.

7. Sebagai pengganti syampu rambut yang kaya bahan kimia, cuci sahaja rambut anda dengan campuran cuka epal dan pasti rambut anda akan lebih lembut dan bersih.

8. Membantu menghilangkan masalah kelemumur dan rambut berminyak.

9. Turut membantu memerangi kolesterol jahat.

10. Membantu peredaran darah yang lebih baik.

11. Menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.

12. Cuka Epal juga bersifat anti-bakteria dan anti-kulat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah candida terlebih biak atau candida overgrowth.

13. Cuka epal juga sesuai sebagai alat cucian untuk anggota sulit wanita dan mereka yang menghadapi masalah keputihan dan kegatalan di kawasan sulit.

14. Turut boleh digunakan sebagai pembersih luka.

15. Sebagai bahan asli yang bagus untuk mandian haiwan kesayangan dan menghapuskan kutu dan penyakit lain di badan haiwan kesayangan.

16. Turut melegakan gatal-gatal dan ruam-ruam kulit.

17. Cuka epal turut membantu mengurangkan lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh dan turut membantu mengurangkan selulit.

Pastikan anda membeli CUKA EPAL yang mengandungi IBU CUKA atau 'with mother' untuk khasiat sebenar CUKA EPAL. Dikatakan tanpa ibu cuka, khasiat cuka epal itu akan hilang hampir 90%. Wallahualam.

Terdapat banyak cuka epal organik yang dijual dipasaran sekarang. Pilihlah yang organik kerana ia lebih selamat tanpa racun serangga dan diiktiraf.

Oleh kerana cuka epal dikatakan bersifat sejuk, anda haruslah mengamalkannya berpada-pada, cukup 3-4 kali seminggu dengan penggunaan yang sederhana kerana ia boleh melemahkan badan. Tetapi bagi anda yang sedang mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) / EKZEMA, ini adalah supplement wajib untuk anda ambil setiap hari. Pada peringkat pertama TSW digalakkan untuk anda mengamalkan CUKA EPAL ini 3-4x sehari dan makin berkurang seiring kesembuhan penyakit EKZEMA dan TSW anda.

Sesuaikan cuka epal ini dengan diet dan keperluan tubuh anda.

Selamat membeli dan mengamal cuka epal anda.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...