antara kek kegemaran saya, bahan-bahan organik dan halal - ia berharga RM10.80 untuk sebuku bulat yang besar |
Artikel mengenai TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) yang bersangkut paut dengan EKZEMA adalah antara yang makin mendapat perhatian di blog ini.
Kerana saya salah sorang dari TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) WARRIOR atau EKZEMA WARRIOR , saya kongsikan artikel ini dengan anda yang sedang melaluinya atau menyimpan impian melalui TSW dan meninggalkan segala krim dan ubat-ubatan mengandungi STEROID.
Untuk makluman anda yang baru mengikuti dan membaca blog ini , semua artikel mengenai EKZEMA / TSW berada didalam label yang sama iaitu EKZEMA / TSW di blog ini.
Dan ini adalah sambungan artikel dari sebelumnya iaitu EKZEMA / TSW : SILA TAMBAH ILMU INI
membawa botol air mineral kemana-mana restoran atau gerai makanan adalah wajib |
Diringkaskan sahaja artikel ini , bagi anda yang sedang mengharung TSW atau EKZEMA, ketahuilah bahawa musuh utama ekzema atau TSW atau candida antaranya ialah GULA dan juga gluten dan tentu sekali ia ada perkaitan dengan usus bocor atau masalah usus.
Tetapi bagi mereka yang mengharung EKZEMA atau TSW kadang-kala tentu sekali tertekan dengan segala diet ketat yang dicadangkan. Seperti mengelakkan menikmati kek dan biskut-biskut serta kuih kegemaran lain yang tinggi lemak, keju dan gula.
Saya antara anda yang mengemari makanan-makan manis yang menyelerakan itu. Dan sejujurnya ketika mengharungi TSW atau EKZEMA ini saya tetap menikmati kek dan cookies di SECRET RECEPI dan cafe-cafe kegemaran saya, tetapi saya tetap mencatu diet saya kerana bimbang kesan kepada tubuh yang sedang melawan proses penyembuhan TSW atau EKZEMA ini.
Bagi mereka yang mencari alternatif lain untuk mengantikan makanan kegemaran anda ini, anda boleh cuba mendapatkan kek-kek dari ramuan organik. Sekurang-kurangnya ia tidak memberi kesan yang lebih teruk dari anda menikmati kek atau biskut dari barang-barang bukan organik dan menggunakan banyak bahan kimia lain yang sekaligus memberi kesan kepada jangka masa penyembuhan EKZEMA dan TSW anda.
Butter cake diatas adalah antara kek kegemaran saya dan menjadi pilihan saya ketika mengharungi TSW / EKZEMA , walau bagaimanapun saya tetap menikmati kek di KULA CAKES dan brownies yang selalu kakak saya bawa dari rumahnya. Anda tidak boleh samakan diri anda dengan saya jika anda masih dalam fasa permulaan TSW / EKZEMA, kerana TSW / Ekzema saya telah pulih hampir 90% ketika ini. Alhamdulillah.
Pesanan saya untuk anda yang sedang melalui TSW/ EKZEMA, teruskan mengelakkan menikmati air manis di luar, bawa botol air mineral anda.
Saya sehingga kini membawa botol air yang berisi air mineral bagi mengelakkan memesan air manis yang menyelerakan diluar, lebih-lebih lagi KUANTAN kini popular dengan bauksite.
Jika anda teringin menikmati roti atau kuih-kuih lain, kini terdapat banyak lambakan roti dan produk sourdough yang lebih bagus untuk kesihatan dan tidak kurang keenakkannya.
Saya akan berkongsi dengan anda mengenai sourdough dalam artikel seterusnya.
Tabahlah mengharungi perjuangan TSW / EKZEMA tanpa penggunaan steroid dan penghentian produk kimia, kerana kesukaran anda lalui ini tidak akan lebih teruk dari kesan anda terus menggunakan steroid.
Pilihan kek di atas ini juga amat sesuai untuk anda yang mementingkan diet yang sihat.
Pilihan kek di atas ini juga amat sesuai untuk anda yang mementingkan diet yang sihat.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan