Khamis, 14 Januari 2016

USAHA KEKAL KURUS DAN LANGSING


kekal kurus dan langsing menjadi idaman majoriti wanita


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ketika ini kita masih berada dalam aura Tahun Baru 2016,  ia tentu ramai antara kita yang bersemangat dengan azam baru dan berharap serta berdoa semoga ia menjadi kenyataan.

Berapa ramai antara kita yang mengidamkan tubuh yang lebih kurus dan lansing , yang termasuk dalam antara senarai azam 2016 tahun ini?, tidak kurang juga mereka yang ingin kekal kurus dan langsing dan tentunya lebih sihat.

Saya kongsikan dengan anda antara petua yang saya dapati dari segala pembacaan dan perkongsian ilmu yang saya dapati dari buku, majalah, blog, facebook, pages dan group-group kesihatan serta cerita-cerita insan yang lebih tua untuk perkongsian dan ingatan kita bersama. 

1. Seiring usia bukan sahaja kulit, tulang, gigi akan berubah, metabolisme tubuh juga akan berubah termasuk antibodi dan sistem perlindungan tubuh. Jika dahulu , dengan menikmati 2-3 pinggan nasi , berat anda kekal tidak berubah, tetapi seiring usia, jumlah yang sama akan meningkatkan peningkatan berat tubuh anda. Kurangkan jumlah makanan yang masuk ke tubuh anda seiring usia anda.

2. Tahukah anda terdapat perbezaan yang ketara antara bergerak aktif dan bersenam?. Bersenam adalah aktiviti yang sama selama setengah jam ke sejam atau lebih, tetapi bergerak aktif adalah aktiviti yang diselang-selikan dalam waktu yang sama bersama waktu rehat yang sesuai. Pastikan anda aktif, dan jika tempat kerja anda tidak membenarkan anda aktif, mungkin sudah tiba masanya anda merajinkan jalan kaki ke kedai, restoran, meletakkan kereta di tempat yang lebih jauh dan sebagainya. Perbuatan 'berat punggung' antara yang menunjukkan betapa anda bukan seorang yang 'aktif'. Jika anda ingin kekal langsing dan cergas , rajin-rajin bergerak aktif.

3. Ia, menikmati roti dan pizza memang kadang kala jauh lebih sedap , menyelerakan dari nasi putih, ulam dan ikan goreng. Malah roti dan pizza lebih mudah didapati dan di buat sendiri berbanding masakan berasaskan nasi. Tetapi seiring usia, kurangkan segala pemakanan yang banyak berproses ini. Antibodi dan sistem perkumuhan tubuh anda serta metabolisma anda tidak sekuat seperti anda berusia belasan tahun atau 20-an dahulu.

4. Jika dahulu anda makan sentiasa bersulam air atau mungkin lepas makan terus minum air, mungkin seiring usia, anda harus belajar, minum air setelah selesai makan atau minum air selepas 10 minit menikmati makanan anda. Adalah disyorkan jika anda menahan diri dari menikmati minuman setengah jam selepas makan untuk mengelakkan perut anda buncit. Walau bagaimana pun, ada pendapat mengatakan bahawa , anda harus terus menikmati minuman sejurus selesai makan untuk memudahkan proses penghadaman perut anda terutama jika makanan yang anda nikmati itu bersifat keras. Terpulang pada diri anda untuk memilih pandangan yang mana lebih sesuai dengan tubuh dan diri anda.

5. Seiring usia adalah lebih digalakkan untuk anda menikmati makanan yang bersifat lebih senang dihadam. Makanan yang lembut dan berkhasiat. Kurangkan menikmati makanan keras yang sukar dihadam. Makanan arab seperti hummus yang diperbuat dari kacang kuda yang telah digiling dan dihancurkan serta dicampur minyak zaitun adalah antara makanan lembut yang anda boleh nikmati. Selain itu bubur nasi yang kaya sayur-sayuran atau sup lentil juga adalah antara pilihan yang bagus.

6. Sosej, ham, nugget memang sedap terutama jika ia makanan sejuk beku yang mudah didapati. Anda boleh membuat sendiri sosej dan nugget di rumah menggunakan bahan yang lebih selamat. Sesekali anda boleh memuaskan nafsu dengan menikmati makanan di luar, tetapi pastikan anda seimbangkan dengan keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi dalam diet harian anda bagi melawan segala radikal bebas yang tidak bagus untuk kesihatan itu.

7. Tingkatkan pengambilan air putih dalam diet harian anda, terutama di musim panas ini. Jumlah cairan yang mencukupi di dalam tubuh, turut membantu menyahkan toksin di dalam tubuh anda sekaligus membantu sistem perkumuhan tubuh anda yang sering bekerja keras semenjak anda masih bayi lagi. Pastikan anda mendapatkan bekalan air bersih untuk setiap minuman anda. Kurangkan minuman manis dan hanya nikmati minuman yang benar-benar berkhasiat sahaja seperti susu segar asli, minuman yogurt asli, minuman kopi sebenar, teh herba sebenar dan jus buah sebenar sahaja.

Lakukan 7 perkara asas diatas dahulu, dan anda akan lihat, terdapat perubahan yang akan berlaku dalam berat badan anda , atau ia sekurang-kurangnya mengekalkan berat badan anda sedia ada.

Selamat mencuba. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...