Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan untuk artikel sebelumnya iaitu TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN :- AKAR KOPI
Restoran masakan india seterusnya yang popular dan sedap di KUANTAN ini ialah RESTORAN ALIF CURRY HOUSE.
Restoran ALIF Curry House ini amat terkenal dengan masakan nasi daun pisang untuk menu hidangan tengah hari.
Terletak di JALAN BESAR, Kuantan, RESTORAN ALIF CURRY HOUSE ini dibuka awal pagi untuk hidangan sarapan pagi dan seterusnya ke lewat malam.
Restoran ini juga luas dan turut menggunakan perkhidmatan hawa dingin.
Dengan ruang yang luas dan selesa serta bersih restoran Alif ini adalah wajar untuk dijadikan pilihan untuk anda bersarapan pagi jika anda mahukan masakan indian atau mamak.
Saya dan sahabat saya , Wan memesan menu sarapan pagi kami iaitu idli.
Harga satu set idli di sini ialah RM2.20 yang terdiri dari 2 biji idli dan kuah dal serta 2 jenis kuah ala sos yang diperbuat dari campuran kelapa parut.
Ini adalah menu kegemaran saya di restoran mamak vegetarian.
Untuk anda yang tidak tahu, idli diperbuat dari ramuan yang sama seperti tosai cuma idli di kukus dan tosai di masak menggunakan teknik goreng seperti roti canai dan capati.
menu idli pilihan kami |
selain itu Ravi Tosai juga sedap dan merupakan antara menu pilihan kami |
Di bawah ini adalah antara pilihan menu yang terdapat disini.
Restoran ini sentiasa ramai pengunjung kerana masakan disini memang sedap dan enak sekali. Malah pemilik restoran ini juga ramah tamah orangnya.
sempat selfie |
saya memang mengemari masakan idli di sini bersama kuahnya |
selfie lagi.. jom makan idli.. nyam! |
Tunggu apa lagi, jika anda berada di KUANTAN , anda boleh mencuba masakan restoran ini bersama keluarga, sahabat dan rakan tersayang anda.
Terima kasih.
Ini adalah sambungan artikel seterusnya http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.my/2016/01/tempat-makan-best-di-kuantan-part-31.html
2 ulasan:
skrg kuantan bnyk tempat mkn sedap sedap kan ;)
Tu la.. Semakin maju.. Dgn pelbagai restoran😉
Catat Ulasan