Selasa, 15 Disember 2015

Oh! NAFSU !!



Antara perkara paling susah ialah mengawal NAFSU.

Sama ada nafsu makan, minum, tidur, berehat, membeli pakaian, fesyen dan sebagainya.

Tetapi paling susah tentu sekali nafsu MAKAN.

Saya juga seperti insan lain, walau berjanji dengan diri ingin mengamal diet yang sihat, tetapi masih sering tewas dengan nafsu diri sendiri.

Seperti insan dan individu lain, ada waktunya berat badan saya juga meningkat dan saya juga tetap risau kerana seiring usia metabolisme tubuh semakin menurun, begitu juga dengan antibodi tubuh.

Tetapi dengan pelbagai trend restoran dan tempat makan menarik dari hipster, oldskoll dan sebagainya yang muncul bak cendawan tumbuh, dengan asakan dan ajakan segala manusia di sekeliling untuk makan FREE  (percuma), untuk kali pertama dan kali kedua masih mampu di tolak, tetapi untuk kali ketiga , memang pasti akan pergi jua akhirnya.

Walau sedar dan tahu banyak sekali makanan yang tinggi bahan proses dan gula, ada waktunya saya seperti orang lain, tetap mengikut nafsu dan kehendak diri, ada waktu rasa sesal ketika makan , dan ada waktunya terfikir tak akan bila masuk age 50 baru saya ingin makan bila sudah betul-betul teringin?.. jadi, saya meneruskan menikmati makanan tersebut... heheheheh

Soalnya.. sihatkah kita, jika kita terus meneruskan diet yang tidak sihat ini?.. bukankah tubuh badan kita mempunyai hak-hak untuk menikmati makanan yang memberikan kesihatan kepada sel, bukan menambah penyakit?.. ia saya manusia biasa, memang kadang kala ada waktu tewas terutama jika makanan itu memang "cantik" pada segi rupa dan persembahan, ditambah rasa enak yang tidak terkira.

Jika anda sentiasa berazam untuk hidup yang lebih sihat dan bahagia, saya juga begitu.

Jika anda sering melihat gambar saya yang kelihatan tinggi dan langsing, saya juga punyai gambar yang agak berisi.

Itu jelas menunjukkan saya manusia biasa, yang kadang-kala berselera menikmati makanan, dan ada kala berfikir lebih sedikit sahaja, berat saya akan turun mendadak. 

Apa sekali pun, saya bersyukur atas setiap kurniaan tuhan kepada saya, dan saya pasti termasuk pembaca-pembaca dan pengikut blog saya ini.

Tahun 2016 yang bakal muncul dalam separuh bulan lagi ini, bakal menambahkan setahun lagi usia saya dan anda semua.

Semoga tahun 2016 nanti hidup kita  semua akan lebih berseri-seri lagi..dari segi iman, rezeki, kesihatan, keluarga dan segalanya yang baik.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...