Makanan turut melibatkan emosi dan otak |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tekanan. Tanpa tekanan bukan hidup namanya.
Tekanan juga penting untuk memotivasikan kita.
Malah tekanan juga bagus untuk tubuh dan otak untuk jumlah sedikit.
Ia membantu anda lebih berfikir dan bermotivasi dengan cara yang betul jika anda pandai menguruskan tekanan.
Perasaan ketika tertekan dan ingin makan benda mengarut selalu ada.
Ada yang tertekan terus tiada selera untuk makan dan minum.
Kebiasaannya ketika tertekanlah, diet semakin ke laut.
Malah mereka yang sakit semakin sakit.
Mereka yang ingin berdiet sihat semakin ke laut.
Mood memasak tiada.
Mood ingin makan luar sahaja ada walaupun ketika hujung bulan, bukan minggu gaji.
Realitinya makanan tidak sihat akan menyebabkan emosi anda lebih tidak keruan.
Sedangkan emosi yang tidak stabil, memerlukan makanan sihat yang boleh membantu otak mengawal emosi.
Sayangnya ramai ketika tertekanlah, akan makan yang bukan-bukan.
Pengalaman mengajar, jika menikmati makanan bukan-bukanlah, emosi semakin tidak stabil, idea tidak kunjung tiba. Malah mood bekerja dan mencari idea juga semakin hilang dan kabur.
Semangat yang membuak-buak hilang begitu sahaja.
Semua makanan yang kita makan dan amal, melibatkan emosi dan otak juga semangat harian anda.
Cuaca yang mendung juga ada waktunya akan menyebabkan anda malas dan tidak bersemangat.
Ada kajian mengatakan cahaya matahari pagi yang kaya vitamin D amat bagus untuk menceriakan hari anda, dan memberi semangat terutama ketika anda tertekan.
Tidak hairanlah mengapa mereka yang menghadapi masalah dan sering murung digalakkan keluar dan menikmati cahaya matahari pagi, dan berjalan-jalan mengambil angin untuk menambah semangat dan membangkitkan emosi.
Ketika anda tertekan cuba cari buah-buahan segar.
Ia buah-buahan segar juga semakin mahal seiring kenaikan minyak dan kos sara hidup.
Pilih sahaja buah tempatan kampung yang lebih murah dan selamat. Pilih banyak warna buah-buahan. Setiap warna membantu anda dari pelbagai khasiat dan membantu memberi mood gembira.
Jika anda terikat dengan Budget, hanya makan makanan sihat, jauhkan makanan proses. Lebih bagus anda berpuasa.
Insyallah, tekanan anda semakin berkurangan.
Rajin mendekatkan diri dengan Allah dan ilmu pengetahuan.
Strategi dan ilmu amat penting.
Mohon sentiasa dari Tuhan dan jangan lupa doa di jauhkan Stress dan di beri semangat dan kekuatan dalam setiap ujian.
Hargailah tekanan.
Tanpa tekanan, anda tidak akan berubah menjadi lebih hebat.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan