Sabtu, 28 Oktober 2017

Langgar Dinding


Tidak cukup langgar dinding, pijak batu, terlanggar kayu,  tersadung semua ada termasuk nyaris lemas dalam lautan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam proses belajar,  langgar dinding adalah biasa. 

Pengalaman langgar dinding berkali-kali itu akan mengajar kita untuk berwaspada dan berhati-hati untuk masa akan datang. 

Malah langgar dinding itu akan membuatkan kita bertambah pakar dalam sesuatu perkara. 

Ramai yang melihat menghasilkan sesuatu perkara itu mudah,  baik produk yang nampak ringkas dan senang dihasilkan. 

Juga tulisan yang sepertinya siap ditulis tidak sampai 5 minit. 

Percayalah produk yang anda nampak Simple dan mudah itu dihasilkan dari Try &  error.

Seperti masakan yang nampak mudah dan cepat,  namun apabila cuba dibuat pertama kali ia tetap gagal dari segi rasa dan mungkin rupa. 

Mudah meniru namun hasil belum tentu anda akan puas hati. 

Menulis Blog juga begitu. 

Lihat setiap artikel yang di tulis di tahun-tahun pertama Blog ini. 

Menyedihkan.  Baik dari segi ejaan ringkas dan bahasa yang langsung tidak menunjukkan profesional dan kematangan. 

Begitulah realitinya pertama kali menulis di Blog sebagai mencuba,  langgar dinding itu biasa. 

Berubah dari segi susunan ayat,  emosi dan tutur kata malah ejaan penuh,  terasa indah menulis apabila masuk tahun ke 4.

Begitu juga dalam penghasilan produk.

Kali pertama menghasilkan Crunchy Flakes by QK.  Emping jagung dari kedai biasa seperti bakery langsung tidak sesuai,  mudah hancur.  Jenama kellogg's terlalu lembut dan mudah hancur juga.  Seterusnya jenama Nestlé paling terbaik untuk penghasilan produk ini. 

Ketika ini ilmu kurang dari segi bab pemakanan.  Percaya 100% kepada iklan bahawa emping jagung ialah makanan sihat. 

Percaya jagung ialah Gluten free dan emping jagung diperbuat dari jagung atas asbab tidak pandai melihat bahan-bahan yang ditulis di kotak produk. 

Tidak cukup itu harus bijak memilih kekacang agar bukan kacang tengik.  Jika tersalah pilih rasa Crunchy Flakes juga berlainan. Begitu juga dari setiap bahan. 

Ia nampak senang dan mudah namun perjalanan itu tidak semudah difikirkan. 

Begitu juga dengan Original Body Scrub.  Bahan-bahan ia mungkin mudah,  namun dari segi mencari formula terbaik sesuai kulit dan keperluan tetap memakan idea dan masa serta pembacaan dan mencari ilmu berterusan. 

Tidak kira sama ada dalam penghasilan produk dan memasak. 

Pengalaman perbankan dan insurans serta pelaburan juga menyebabkan berkali-kali melanggar dinding. Sebelum semakin tahu pelbagai perkara dan pengalaman penting. 

Teringat saya singgah ke rumah rakan yang membela udang galah. 

Beliau membela udang galah kerana memasang impian untuk mempunyai kolam udang galah sendiri seterusnya berniaga udang galah. 

Namun anak udang galah yang dibeli dalam RM50 seekor dan dibeli oleh beliau sebanyak 5 ekor hanya tinggal seekor sahaja. 

4 ekor lagi selamat di makan oleh udang galah terakhir yang tinggal. 

Rupanya begitulah hidup udang galah,  yang paling kuat akan tinggal.  Makan dan berlawan sesama sendiri. 

Itu pengalaman yang rakan saya belajar dalam proses pembelajaran untuk membela udang galah. 

Ada banyak perkara dan cerita.  Kisah kesulitan yang ramai dari kita tidak tahu di sebalik kejayaan mereka yang berjaya. 

Sedangkan perkara yang dirasakan seperti kecil ini juga banyak dugaan dan kesulitan mendatang apa lagi mereka yang jauh lebih hebat berbakti pada dunia. 

Terimbas kisah antara bahan yang bakal digunakan untuk produk terbaru insyallah sebelum tahun hadapan. 

Mengirim antara satu bahan herba untuk suami rakan saya belikan di Pasar Siti Khadijah,  akhirnya nyaris di saman kemudian terpaksa bagi duit kocek RM30 hanya untuk membeli satu bahan menunjukkan betapa pengorbanan amat perlu untuk berjaya. 

Saya harus membayar untuk itu dan untuk tenaga suami rakan saya yang saya pasti rakan saya juga agak kasihan dengan apa yang dihadapi oleh suami beliau. 

Maka belanja kopi bawah RM10 mengopi perlu diisi. Hidup ini memerlukan khidmat dan pertolongan rakan dan orang lain yang juga terpaksa mengisi minyak dan menggunakan tenaga. Motor atau kereta bukan jalan kaki lagi macam zaman dahulu kala.  Esok lusa kita tidak tahu kita masih memerlukan khidmat mereka. 

Itu kisah kecil dunia.  Banyak lagi kisah lebih pahit yang tidak dikongsi. 

Hanya kisah ringkas sahaja.  Belum kisah dikhianati sebagainya. 

Selagi bernama manusia untuk mengejar kejayaan selain melanggar dinding secara tidak sengaja,  banyak pengorbanan harus dilakukan. 

Mentor amat diperlukan walaupun sekadar anda mampu membaca ilmu beliau di media sosial. 

Bersyukurlah dengan teknologi Internet zaman ini kerana terlalu banyak manfaat dan peluang yang didapati darinya. 

Ia sama ada kita bijak atau tidak menggunakan ia sebagai manfaat dan keuntungan untuk kita di masa ini atau akan datang. 

Dalam hidup ini pandang ke hadapan adalah perlu,  jangan terus langgar dinding berterusan.

Tiba masa jalan akan lebih cerah dan anda akan lebih faham dengan pelbagai perkara, juga hikmah sebaliknya. 

Dalam meniti hidup untuk belajar perkara baru dari mula,  hanya tuhan tahu kesukarannya. 

Pengalaman dan ilmu adalah satu perkara yang takkan mampu di bayar dan dibeli selamanya. 

Atas kekuatan itu, memulakan sesuatu yang baru akan terus dianggap sebagai penggambaran hidup baru dalam dimensi seterusnya. 

Sekurang-kurangnya anda tidak punya pengalaman dalam satu dua bidang sahaja. 

Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...