Ahad, 29 Oktober 2017

Perubahan



Makanan yang berair seperti Mee Calong,  sup biasanya tinggi MSG atau ajinomoto 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada satu perkara utama jika anda telah biasa meninggalkan ajinomoto dalam masakan. Walaupun anda telah biasa menikmati makanan yang turut mengandungi MSG di rumah seperti perencah Hilal.

Apa bila anda makan di luar,  makanan yang tinggi bahan ajinomoto anda akan mudah sakit kepala.

Begitu juga dengan makanan berminyak tinggi,  sekelip mata tekak anda akan rasa berminyak dan tidak selesa .

Belum lagi menikmati makanan bergoreng atau punyai trans fat sekejap sahaja sakit belakang menyerang.

Mereka telah lama mengamalkan diet sihat akan cepat 'menangkap'  ada bahan tidak kena dalam makanan kerana darah mereka yang berdiet sihat kebiasaannya lebih bersih.

Malah bagi golongan yang semakin mengurangkan bahan kimia dalam produk jagaan diri,  bau sabun,  mandian,  sabun cuci baju dan pelembut baju juga mudah memeningkan kepala kerana kesan kimia yang memang kuat yang amat cepat di tangkap oleh mereka yang kuat tindak balas pada bahan kimia kerana tubuh sudah dapat mengenali benda yang bukan asli dan membawa kesan kepada tubuh.

Jika suatu waktu dahulu anda boleh bau perfume wangi,  kini terhidu sahaja perfume murah anda akan cepat loya.

Pewangi murah menggunakan bahan kimia yang amat murah dan bahaya.    Itu alasan kukuh mengapa mereka yang mengelakkan bahan kimia lama di tubuh akan cepat merasa Loya jika terhidu pewangi murah ini.

Tahukah anda bahawa dari pewangi rumah,  kereta,  bahan mandian,  sabun dengan segala produk komersial harian lain, amat tinggi bahan kimia yang merosakkan hormon dan mengganggu hormon sekaligus kesihatan anda.

Bukan sedikit gangguan hormon yang terjadi untuk jangka waktu panjang.

Jika anda meninggalkan semua bahan-bahan ini percayalah anda akan nampak kesan yang amat ketara apabila anda sekadar menghidu baunya.

Malah jika anda kurangkan makanan bergula dan benda manis sekalipun anda akan nampak kesannya dengan cepat.

Makanan manis kegemaran anda suatu waktu dulu, tidak lagi boleh terima atas asbab terlalu manis.

Begitu juga dengan bahan kimia,  tubuh anda terhidu sahaja sudah rasa mencucuk kepala dan loya.

Ini berbeza dengan bau herba asli seperti daun pandan dan aroma terapi.

Ia jauh melegakan  dan mengurangkan Stress.

Bahan kimia komersial untuk bau wangi yang konon melegakan Stress sebenarnya berlaku sebaliknya dalam tubuh untuk jangka masa panjang.

Jika anda telah biasa dengan bahan kimia,  anda tidak mungkin akan perasan apa-apa.

Zaman millennium ini selain diet perlu diambil kira juga setiap bahan yang digunakan dalam rumahnya dan persekitaran.

Bukan senang ingin berubah namun sedikit perkara akan mengubah banyak benda.

Saya sendiri tidak mampu mengelakkan ia sepenuhnya kerana tinggal bersama ahli keluarga yang menggunakan ia.

Malah jika bercuti atau bermalam di mana-mana bahan kimia ini sukar di elakkan.

Namun asalkan anda boleh mengurangkan ia sudah mencukupi dan berazam meninggalkan terus.

Berusaha dan berdoalah pada tuhan.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...