Sabtu, 28 Oktober 2017

Bila Tiba Masanya


Jika dahulu coklat,  kek dan Pizza serta ayam goreng segera menjadi menu,  kini ia berubah sendiri 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bila tiba masanya.

Anda sendiri akan berubah.

Tidak perlu di paksa,  tidak perlu disuruh,  tidak perlu dididik atau di motivasikan anda.

Baik dari segi diet,  pemikiran,  perangai,  berhenti merokok,  berhenti mengharap dan memulakan,  Blogging,  menulis,  memasak sendiri dan sebagainya.

Suatu waktu dahulu,  di kelilingi ramai rakan yang berdiet.

Kurang makan makanan berminyak, banyak makan sayur,  hanya makan ayam bahagian dada, tidak makan nasi,  asyik ke gym.

Namun saya memandang sepi walaupun mempunyai agak ramai sahabat yang menjaga kesihatan dan diet baik rakan lelaki  mahupun  rakan wanita.

Majalah Rapi sering di beli 2x sebulan,  majalah kesihatan dan diet namun kekal dengan diet sihat dan makanan segera.

Membaca majalah kesihatan setiap bulan tidak bermakna anda mampu berubah.  Ada waktu hanya untuk menambah pengetahuan namun sebenarnya bacaan itu tidak menusuk hati dan cuba mengkaji serta memahami sepenuhnya.

Sgl berubah,  xperlu motivasi,  xperlu di leteri,  xperlu kwn karib.

Apa bila diuji dengan pemberhentian steroid untuk pemakaian alahan kulit dan ekzema.

Akhirnya kesedaran dan perubahan diet itu datang sendiri.

Tidak perlu rakan yang asyik berdiet di sisi,  tak perlu membeli dan membaca majalah 2 bulan sekali, atas inisiatif dan kesedaran sendiri segala maklumat boleh dicari di hujung jari dan semangat untuk diet sihat dan sembuh mengatasi segalanya tanpa perlu sokongan atau semangat insan sekeliling.

Walaupun dikutuk di cerca ramai yang tidak percaya anda akan kekal dengan pendirian sendiri.

Begitulah masa apabila ia tiba ia tidak akan ditahan lagi.

Sama ada untuk berhenti merokok sekali pun.

Mendengar cerita pak cik sendiri di usia hampir 60 an berhenti merokok sekembali dari Haji tahun ini,  dan langsung tidak boleh bau rokok cukup menyedarkan apabila tiba masanya tiada siapa dapat menghalang walaupun diri sendiri,  rokok yang menjadi darah daging lebih sekotak sehari itu akhirnya ditinggalkan dan ditolak tubuh dan diri sendiri.

Dalam Blogging juga begitu. Di ajarkan oleh rakan sendiri Kak Sue untuk berblogging.  Tidak pernah terfikir untuk Blogging dan menulis akhirnya sehingga hari ini Blogging masih menjadi aktiviti harian,  didoakan  semoga ia terus berterusan sampai bila-bila.

Kak Sue sendiri yang memulakan Blogging selama 2 tahun berturut-turut menulis tanpa henti kini telah bertahun berhenti.

Blog ini yang hanya main-main untuk mengikut dan menjaga hati Kak Sue ditulis hanya untuk 3 bulan pertama dan berhenti.  Kemudian di tulis untuk suka-suka akhirnya menjadi antara medan penulisan  dan perkongsian hampir setiap hari dan kini di baca jutaan manusia seluruh dunia.

Itu aturan Tuhan.

Apabila tiba masa sesuai akan ada perubahan baik yang akan berlaku.

Sama ada dari segi kejayaan,  jodoh,  rezeki,  ajal atau apa sahaja.

Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan berfikir positif sahaja.

Kesabaran amat tinggi dalam berdoa.

Sedangkan ramai manusia di muka bumi ini setelah berpuluh tahun baru memiliki anak walaupun di sahkan subur.

Malah ada kes umur 50 lebih baru bertemu jodoh dan mempunyai anak.

Maka tiada apa lagi yang mustahil.

Hidup ini telah pun tertulis.  Allah telah mencipta kehidupan dan perjalanan yang cukup indah untuk hambanya.  Kita sebagai hamba harus sentiasa berfikir semua yang terbaik untuk kita.

Tugas kita sebagai hamba hanya menjalani hidup ini mengikut aturannya.

Tiba masa apa yang diusahakan dan diharapkan akan menjadi.

Maka jika anda sendiri sukar untuk berubah,  teruskan berusaha dan berdoa untuk berubah dan berjaya.

Andai anak,  suami,  atau sesiapa pun yang anda sayang masih tidak berubah sikap dan berjaya,  teruskan berdoa dan berikan semangat.

Belum bertemu jodoh dan belum punya rezeki menimang cahaya mata baik lelaki atau perempuan,  selagi anda belum menghembuskan nafas terakhir anda insyallah ada peluang untuk itu.

Berfikir positif dan cakap positif pada diri..
Allah mengikut sangkaan hambanya.

Dan anda pasti akan berjaya dan bahagia.

Insyallah.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...