Jumaat, 13 Oktober 2017

Buah Delima Arab


Delima Merah Mesir
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim Delima tiba lagi. 

Kini di Facebook dan pasaraya sudah mula kelihatan delima merah dari negara Arab khasnya mula di jual di merata-rata. 

Ia selain dari Arab terdapat delima dari Afrika,  India dan Pakistan. 

Namun mengapa sering Buah Delima dari Arab lebih di pandang,  inilah asbab bumi Arab punya KEBERKAHAN tersendiri. 

Seperti minyak zaitun yang berkah datang dari tanah Arab,  Palestin atau Sam. 

Delima dan buah kurma dari Arab juga dipercayai paling terbaik atas faktor KEBERKAHAN tanah Arab. 

Delima India atau Pakistan terasa manisnya. 

Delima Arab punya rasa sedikit masam. 

Untuk mengurangkan kemasaman buah delima Arab anda boleh mengupas atau membelah dua buah delima Arab ini dan simpan di dalam peti.  Esoknya ia akan berasa lebih manis. 

Pengalaman Umrah saya dahulu. 

Ustaz yang membawa kami bercerita. 

Cerita Tuan Haji IR Shamsudin.  

Satu hari Rasullah SAW membeli buah delima di pasar. 

Baginda bertanya penjual buah delima yang menjual buah delima kerana baginda ingin membeli atau merasa. 

Penjual Buah Delima yang benci dan tidak menyukai Rasulullah SAW menjawab dengan kasar, "MASAM"  kata beliau kepada baginda Rasulullah SAW. 

Kerana kekasaran bahasa dan layanan penjual buah delima itu,  Tuan Haji memberitahu Allah telah menjadikan mulai hari itu seluruh buah delima di Arab itu masam. 

Ketika itu baru saya tahu mengapa buah delima Arab masam dan waktu itu saya kurang menyukai buah delima dari Arab. 

Namun seiring masa dan pengalaman serta pembacaan. 

Saya tahu betapa buah dan tanaman dari tanah Arab punya keberkahannya sendiri maka delima dari Mesir dan Turki akan menjadi pilihan utama. 

Jika anda pernah membaca tentu anda tahu betapa suburnya Dataran Syam yang terletak di Jordan. 

Tempat di muka bumi paling subur.  Campak sahaja benih apa sahaja,  ia pasti akan tumbuh subur,  insyallah. 

Delima ialah buah yang kaya dengan pelbagai Khasiat DAN Kebaikan,  baik untuk wanita juga kaum lelaki. 

Terkenal sebagai ubat seksual dan mengubati penyakit seksual baik kanser rahim mahu pun kanser prostate. 

Terlalu banyak khasiat dan Kebaikan delima jika dikaji dan di baca. 

Delima dari isi,  biji,  kulit,  pucuk,  daun semuanya boleh dijadikan ubat. 

Amat bagus sekali untuk kesihatan. 

Delima amat terkenal untuk kecantikan kulit dan wajah,  bagus untuk hormon wanita.

Menyihatkan rahim,  mata dan anti oksidan.

Nikmati lah delima dalam diet anda ketika musimnya supaya anda boleh mendapatkan delima dengan harga yang berpatutan.

Masih terdapat mereka yang alah dengan delima dan boleh menyebabkan sakit tekak.  Maka anda harus tahu sama ada delima sesuai atau tidak dengan tubuh anda.

Ada sesetengah individu hanya untuk tempoh tertentu delima tidak sesuai namun apabila kondisi tubuh semakin sihat,  delima sudah boleh diterima tubuh.

Delima bagus untuk membunuh parasit dalam usus. Maka pastikan anda mengunyah biji delima ini untuk kebaikan ini.

Jangan sesekali buang biji delima kerana dikatakan bahagian ini terkandung paling banyak khasiat dan manfaat.

Buah delima di katakan buah syurga,  di mana ada satu biji isinya datang dari syurga.

Maka ada pendapat mengatakan bahawa seeloknya anda harus nikmati buah delima itu sebiji sehingga habis.

Banyak jenis delima yang datang dari pelbagai negara.

Delima dari Thailand dan China kulitnya berwarna oren kekuningan.

Anda boleh membuat delima sebagai jus atau sebagai salad atau di makan begitu sahaja.

Ajar anak anda menikmati delima dari kecil sebagai antara Antioksidan penting untuk tubuh.

Kulit buah delima jangan dibuang,  anda boleh menjadikan ia sebagai ubat buasir dengan campuran ibu kunyit dan daun inai serta di Kisar dengan air.

Batang atau ranting pokok delima juga boleh dijadikan  kayu sugi sebagai ganti berus gigi anda.

Ini sahaja perkongsian mengenai buah delima untuk anda.

Semoga ia memberi manfaat.


Terima kasih.






Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...