Sabtu, 23 Disember 2017

Raikan Cinta



ingati segala kenangan indah-indah sahaja


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa hari lagi 2017 akan melabuhkan tirainya.

Dalam segala perjalalan hidup dan pengalaman di tahun 2017 akan terus dingati sebagai tahun membahagiakan.

Tidak kira bagaimana kisah yang terjadi di tahun 2017, pastikan setiap hari yang kita lalui kekal sebagai hari indah yang dipenuhi dengan aura positif.

Kita adalah apa yang kita fikirkan, setiap dugaan yang melanda jika difikirkan sebagai satu lagi landasan yang harus dilalui untuk capai kepuncak akan membuatkan anda tersenyum dan percaya episode kebahagian akan dicapai jua nanti.

Apabila anda hanya meraikan cinta dan yang baik-baik, yang baik-baik akan datang.

Apabila anda abaikan yang negative tanpa rasa ingin pertahankan sesuatu yang terang-terang anda betul, anda akan rasa aura positif anda mengelilingi anda sepanjang hari .

Ketika anda hanya mengatakan tentang cinta sahaja, cinta akan mengelilingi anda. Anda akan merasakan cinta dari setiap hembusan angin dan panahan cahaya matahari sekalipun.

Tidak perlu anda punyai kekasih hati untuk merasa cinta, cukup cinta pada diri sendiri, belajar mencintai illahi dan belajar menerima segala yang tersurat sebagai anugerah anda akan merasa betapa cinta itu harus dirai setiap hari.

Kita ialah siapa kita hari ini. Jika positif kita hari ini, insyaalah yang akan datang juga positif dan yang berlalu kekal positif di fikiran dan hidup kita.

Dalam beberapa hari yang bakal menjadikan tahun 2018 sebagai satu tahun lagi tambahan usia.

Cukuplah anda raikan cinta anda apabila anda bangun tidur dan dapat melihat dunia atau diberi lagi satu hari untuk bernafas walau dalam keadaan apa pun anda pada hari itu.

Hari anda bermula dengan ketika membuka mata dan apa yang anda fikirkan, maka pastikan ketika anda mula membuka mata , perkara pertama yang anda fikirkan ialah bersyukur dan fikir yang baik-baik sahaja. Raikan cinta tuhan untuk anda yang masih membenarkan anda bernafas dan berubah menjadi lebih baik dan mengejar impian anda.

Dunia membuktikan apa yang kita paling banyak berusaha, itu yang akan memberi hasil pada kita.

Setiap kejayaan yang dimiliki ialah hasil usaha bertahun lama yang konsisten kemudian membuahkan kejayaan.

Maka jika anda baru beberapa tahun bermula , tidak perlu membezakan dengan kejayaan insan lain, anda tidak pernah tahu apa yang mereka lalui 10 tahun atau 20 tahun lepas dalam membina jaringan kejayaan hari ini.

Anda hanya akan bahagia jika berhenti membezakan hidup dan kejayaan serta kebahagiaan anda dengan insan lain.

Focus pada hidup anda dan bina kejayaan dan kebahagian hidup anda sendiri.  Kejayaaan dan kebahagian pasti berpihak kepada anda lambat laun.

Dalam menuju beberapa hari tahun 2018, sama-sama kita berdoa agar tahun 2018 lebih indah, lebih berseri, lebih dipenuhi kejayaan, kebahagian dan cinta berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Raikan cinta anda pada diri sendiri dan apa yang anda miliki dan syukuri.

Selamat Menuju ke tahun 2018 yang penuh warna warni.


Terima Kasih.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...