Sabtu, 23 Disember 2017

11 MANFAAT HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM) DAN CUKA UNTUK KESIHATAN DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT


Cuka epal antara cuka paling popular untuk ekzema dan diet serta perubatan, gambar kecil ialah gambar habbatus sauda


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera .

Habbatus sauda atau jintan hitam telah lama terkenal sebagai antara bahan menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati.

Selain habbatus sauda, cuka peraman atau cuka buah khususnya semakin sering diketengahkan sebagai makanan sunnah untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan antara yang sering disebut-sebut sebagai makanan sunnah untuk detoks dan mengubati pelbagai penyakit.

 Terkenal sebagai antara makanan yang menyembuhkan , cuka juga adalah makanan wajib yang sentiasa ditambah dalam setiap menu masakan arab.
Selain cuka, habbatus sauda juga begitu. Di letakkan diatas roti, kuih muih, sup ditambah dalam segala makanan , habbatus sauda turut dijadikan sebagai salah satu bahan pengubatan popular sebagai supplement semulajadi pada zaman moden ini.
Terdapat pelbagai cuka yang popular antaranya cuka delima, cuka buah tin, cuka epal, cuka nipah, cuka kurma dan pelbagai jenis cuka peraman lagi.

Dengan lambakan pelbagai cuka yang dijual dipasaran termasuk di pelbagai kedai arab dan makanan sunnah juga farmasi. Semakin ramai mempunyai pilihan dan kesedaran untuk menambahkan segala pemakanan sunnah yang menyembuhkan dan menyihatkan tubuh ini.

Berikut adalah antara khasiat cuka peraman sebagai rujukan :-

1. Cuka dikatakan boleh membantu mengubati kulit terbakar. Campurkan dengan air untuk kesan yang lebih lembut.

2. Cuka dicampur bersama garam bagi mengubati sakit akibat termakan cendawan beracun.

3. Cuka juga turut membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

4. Cuka yang dicampur bersama habbatus sauda atau jintan hitam yang ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dan minyak habbatus sauda. Akan membantu mengurangkan kebotakkan rambut akibat penyakit.

Ramuan untuk menyembuhkan kobotakkan rambut akibat penyakit ialah

1.       1 cawan cuka cair
2.       1 sudu jintan hitam yang telah ditumbuk halus
3.       1 sudu perahan jus bawang putih
4.       Sedikit minyak habbatus sauda atau jintan hitam
Campur semua bahan diatas sehingga menjadi lotion, sapu ke bahagian kepala yang botak. Anda juga boleh cukur dahulu bahagian tersebut sebelum menyapu bahan diatas.
Balut kepala atau bahagian tersebut, biarkan dari pagi sehingga petang.
Kemudian anda boleh sapu minyak habbatus sauda di tempat tadi.

Ramuan ini juga boleh dicuba jika anda kerap keguguran rambut dan hampir menjadi botak.


5. Penyakit kulit seperti kurap juga boleh disembuhkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda (jintan hitam).

Caranya tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam hingga halus. Campurkan dalam cuka. Kemudian sapu bahan ramuan ini keatas kurap tadi. Biar kering. Tidak perlu basuh. Amalkan ramuan ini sehingga kurap sembuh.


6. Jika anda atau anak anda dihinggapi kutu dikepala. Anda boleh menggunakan cuka dan bawang putih untuk menyelesaikan isu ini.

Caranya , sediakan ramuan berikut :-

Tumbuk empat ulas bawang putih sehingga menjadi krim atau pekat.
Campur krim bawang putih ini kedalam cuka epal.
Isi bahan dibancuh ini ke dalam botol.
Kemudian jemur di bawah sinaran cahaya matahari selama 8 hari berturut-turut.
Cukup 8 hari, bahan ini sudah siap digunakan.
Sapu ke rambut yang mempunyai kutu tadi, sambil memicit kulit kepala .
Sila amalkan ramuan ini selama 10 hari berturut, ia bukan sahaja akan mematikan kutu, juga turut membasmi kelemumur juga melembutkan rambut.

7. Campuran cuka dan biji habbatus sauda juga amat bagus untuk gigi berlubang. Tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam sehingga lumat. Gaulkan dengan cuka. Kemudian masukkan bancuhan atau paste ini kebahagian gigi berlubang. Ia akan mengurangkan sakit gigi anda.

8. Cuka juga amat bagus untuk eczema, ia boleh disapu terus ke kulit yang mempunyai eczema atau tambah halia yang ditumbuk kedalam cuka dan sapukan pada bahagian yang terkena eczema. Sekejap sahaja pedih, kemudian gatal akan hilang. Sapu sehingga eczema anda sembuh.

9. Panau juga boleh dihilangkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda atau jintan hitam. Tumbuk jintan hitam lumat-lumat, campur sedikit cuka . Kemudian sapu di kawasan berpanau. Insyaallah isu panau ini akan hilang dan sembuh.

10. Kulit lobak putih dan campuran cuka boleh mengubati sengatan lebah dan tebuan. Amalkan ramuan ini jika terkena sengatan lebah atau tebuan.

11. Cuka epal selain membantu mengurangkan berat badan, ia juga membantu menyelesaikan masalah mereka yang terlalu kurus. Ia sesuai untuk kedua-dua masalah tubuh.

Terdapat jutaan manfaat cuka dan habbatus sauda yang tidak dapat ditulis dalam lembaran kertas yang berjela.

Simpan cuka dan habbatus sauda dirumah anda sebagai bahan makanan utama anda. Campurkan dalam pelbagai masakan dan menu anda.

Ketika sesiapa ditimpa ujian seperti diatas, ambil dan gunakan ia.

Semoga artikel ini akan memberi anda semangat untuk terus menyukai cuka dan habbatus sauda.

Pemakanan sunnah adalah pemakanan terbaik untuk mereka yang bijak menilai.

Terima kasih .

*** sumber rujukan buku ‘ Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam’








Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...