Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Dalam banyak
perkara anda memerlukan mentor dan sifu.
Tidak seorang malah lebih ramai lebih bagus. Setiap sifu
dan mentor punyai ajaran berbeza. Anda hanya perlu mengadaptasikan dan
sesuaikan dengan cara dan pencapaian setiap yang telah anda lakukan.
Ada banyak perkara yang dipelajari, antaranya adalah
seperti berikut :-
1. Gunakan apa yang
ada.
Ketika mula menulis. Guna apa yang ada. Jika anda tidak
punyai laptop, guna sahaja telefon bimbit.
Andai laptop anda rosak, gunakan telefon bimbit anda.
Jika anda tiada line internet. Tulis dibahagian note
telefon bimbit anda atau simpan dahulu artikel dalam word di laptop anda.
Apabila anda telah punyai line internet, publishkan semua artikel yang anda
simpan walaupun mungkin telah hampir 30 artikel. Kesabaran itu penting dalam
mengejar kejayaan.
2. Tulis apa yang
anda tahu dan minat.
Mula menulis apa yang anda tahu dan anda suka.
Ia akan menarik mereka yang ‘seperti’ anda. Ia umpama ‘cermin’.
Kita hanya akan bijak menulis apa yang kita tahu dan kita minat serta apa yang kita
sering baca. Minat kita berpandukan apa impian dan kesukaan kita. Tulis segala
kesukaan anda, dari kesukaan anda menulis anda akan bertambah minat kepada
pelbagai perkara lain yang datang secara ‘semulajadi’ kepada anda.
3. Domain bukan
perkara utama.
Ketika mula berblogging. Blog pertama menggunakan
domain.com ialah qisya.com. Bukan setakat membeli domain, malah mengupah
designer mereka bentuk blog dalam paparan paling sesuai dengan imej.
Sayang sekali, ia hanya tinggal nama, tanpa satu artikel
disiarkan.
Domain bukan perkara utama. Anda boleh menggunakan yang
percuma.
Paling penting ialah semangat dan minat menulis. Apabila anda
telah bertahun konsisten, dan punyai pengikut sendiri, untuk jangka masa
panjang akan tiba waktu sesuai untuk anda memiliki domain sendiri.
4. Tulis sebanyak
mungkin artikel Berkualiti
Ketika menulis, bayangkan anda menulis untuk anda dan
anak cicit anda untuk masa hadapan.
Tulis seikhlas hati artikel paling berkualiti dan
bermanfaat untuk anda dan insan lain yang sudi meluangkan masa, waktu dan
kesungguhan mencari info sehingga Berjaya singgah diblog anda.
Letakkan diri anda ditempat mereka. Apa perasaan anda,
apa anda mahukan, apa anda cari.
Dari situ anda akan menghasilkan artikel paling
berkualiti, ringkas, mudah faham dan menyentuh hati.
5. Sebarkan Artikel
Dan Blog anda
Hebahan dan iklan
atau marketing amat penting dalam zaman milenia dan digital ini.
Konten yang bermanfaat dan berkualiti ditulis anda pasti
anda inginkan ia disebarkan agar seluruh dunia mendapat manfaatnya.
Selain berkongsi di google, anda juga boleh menyebarkan
artikel bermanfaat anda dimedia social anda termasuk facebook, instagram, twitter,
linkedin dan pelbagai medan social lain.
Tidak perlu malu. Banyak lagi dosa yang anda perlu malu
bila lakukan.
6. Masa untuk berubah
Setelah bertahun anda punyai blog dan menulis.
Masa untuk anda berubah dari cara penulisan dan mencari
pelbagai ilmu lain dalam bidang penulisan dan blogging.
Pakar atau pemilik Phd juga mereka yang dipenuhi dengan
kejayaan dalam hidup, tidak pernah berhenti belajar dan berubah menjadi lebih
baik dan baik lagi. Anda atau sesiapa sahaja juga begitu.
7. Belajar , belajar
dan belajar
Hari ini anda belajar menulis. Esok anda belajar untuk
lebih rajin dan konsisten menulis. Lusa anda belajar menulis konten berkualiti
dan power. Tahun depan anda belajar teknik SEO. Begitulah dunia ini, ilmu baru
berkembang setiap saat. Jangan pernah berhenti belajar walaupun blog anda
berada di tahta teratas, dan disebut dari mulut kemulut setiap manusia di atas
muka bumi ini. Belajar tidak pernah akan habis , sehingga anda menutup mata.
8. Punyai peningkatan
dalam bidang penulisan dan blogging
Setiap pekerjaan ada KPI tersendiri. Dari hobi yang
bertukar untuk pendapatan sampingan mahu pun pendapatan pasif pasti anda juga
harus wujudkan KPI anda termasuk dalam blogging dan bermain media social yang
menghasilkan pendapatan untuk masa hadapan anda.
Lihat perbezaan hasil kualiti dan apa yang media social anda
beri kepada anda, baik blog, facebook, instagram dan linkedin anda.
Peningkatan yang ada harus terus ditingkatkan dan
disasarkan cara matlamat dan target untuk tahun seterusnya. Tambah baik target
dan sasaran anda juga peningkatan artikel bermutu termasuk gambar, sumber
grafik dan cara penulisan yang menyentuh hati serta bertambah baik. Terima setiap
kritikan sebagai satu tolakan kuat untuk anda menjadi lebih bagus dan Berjaya dalam
apa yang anda telah mula lakukan.
9. Matlamat Masa
Hadapan
Apa anda lakukan hari ini, pastikan ia ada matlamat masa
hadapan. Dengan waktu yang kian bergerak pantas, setiap saat yang berlalu dalam
hidup anda haruslah boleh digunakan bukan untuk hari ini sahaja , malah untuk
masa depan.
Setiap apa yang anda buat hari ini, ada target untuk masa
depan dan menjurus untuk matlamat jangka panjang bukan sahaja untuk jangka
pendek tahun tertentu sahaja.
10. Mula membina Imej
Profesional
Anda boleh membina imej lebih professional , sama ada
blogger blog peribadi yang lebih dekat dengan segala kategori pembaca namun
dari sudut lebih professional.
Anda juga boleh menjadi blogpreneur dengan cara lebih professional,
mentor dan sifu blogging dengan cara lebih professional.
Perkara pertama ialah mereka bentuk dan menambah baik
ciri professional di blog anda. Mungkin ia bukan untuk masa ini untuk anda
merancang ia, namun pastikan ia ada dalam perancangan masa panjang anda.
Untuk apa suka-suka , jika dari kesukaan anda sudah
terlihat bakat yang anda pasti mampu pergi jauh.
Zaman milenia bukan lagi untuk suka-suka, jadikan
suka-suka itu medan untuk anda menjana pendapatan untuk anda sendiri.
11. Matlamat Jangka
Panjang Yang Tepat
Anda harus mempunyai matlamat jangka panjang yang tepat. Lukis
dan graph dalam otak anda cara dan bagaimana perjalanan itu mampu terlaksana.
Sebagai blogger separuh masa hampir 5 tahun, akhirnya
minat menjadi blogpreneur tiba.
Maka antara sasaran blog ini ialah apabila lebih 3000
artikel , blog ini akan membeli dan membina nama khas domain sendiri berbentuk
website dan blog.
Seiring 3000 artikel, antara matlamat jangka panjang blog
ini juga, ketika itu produk homemade dan semulajadi juga telah lebih dari 10
jenis dan mempunyai ‘killer product’ tersendiri.
Website dan blog lebih professional akan dibina.
Matlamat ini disasarkan seiring pembacaan, bahawa agak
sia-sia jika artikel diblog tidak sampai 100, dan apabila pengunjung tiba
diblog, tidak banyak artikel yang boleh dirujuk dan dibaca.
Apabila anda mempunyai 3000 artikel berkualiti,
pengunjung akan berada lebih lama di blog dan sasaran pembaca dan pelanggan
akan lebih meningkat.
Dari artikel yang dibaca dan terus-terusan terus dibaca
ia akan membawa kepada minat dan pembaca akan lebih dekat untuk mengetahui
setiap produk yang ditawarkan.
Satu produk tidak cukup, lebih banyak produk lebih banyak
peratusan untuk pelanggan membeli produk anda.
Maka tetapkan matlamat jangka panjang anda. Buat sehabis
baik, jangan berganjak dan focus apa yang anda ingini.
Jangan ikut orang lain, bina kejayaan anda sendiri.
12. Lebih ramai mentor
dan sifu lebih baik
Tiada ilmu yang tepat 100% dari mentor dan sifu.
Anda harus gunakan semuanya sehingga jumpa yang paling
sesuai dengan anda.
Tidak ada satu kejayaan yang sama. Anda harus cuba
semuanya.
Hormati semua sifu dan mentor yang anda ambil ilmunya
walaupun mungkin ia hanya secara percuma dari blog dan muka buku.
Setiap mereka yang Berjaya mempunyai ramai mentor dan
sifu.
Maka terus belajar, cari lebih ramai guru dan sifu.
Cuba segala ajaran dan pilih yang paling sesuai dan Berjaya
untuk anda.
13. Focus dan
konsisten
Tiada yang lebih berkuasa dari kuasa focus dan konsisten.
Kesabaran akan membuahkan hasil.
Kejayaan yang anda lihat dimiliki oleh ramai orang adalah
hasil focus dan konsisten bertahun, Cuma anda tidak tahu reality perjalanan
kejayaan mereka.
Abaikan cakap negative disekeliling anda. Hanya fikir dan
cakap positif pada diri anda. Apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan dan
buat.
Usaha tanpa tindakan adalah sia-sia. Tindakan anda yang menentukan apa
yang akan terjadi seterusnya.
Doa dan percaya pada perjalanan dan pengembaraan hidup
Dalam setiap usaha, pasti ada masa anda rasa lemah dan
tidak berdaya. Punya rasa putus asa, namun tetap bangun dan teruskan.
Maka sebagai manusia biasa anda kekal kena sentiasa
berdoa, bertawakal dan percaya pada Tuhan berbanding percaya kepada diri
sendiri dan cakap orang lain.
Anda harus percaya inilah perjalanan dan pengembaraan
hidup yang anda harus lakukan sebelum anda membina kejayaan sendiri. Setiap kejayaan
tidak sama, dan setiap pengambaraan kearah kejayaan juga tidak sama.
Jangan sesekali pandang kejayaan dan pengembaraan hidup
insan lain dan bezakan dengan anda.
Anda tidak pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Media social individu itu sendiri tidak mengambarkan yang
sebenar.
Hidup dan bina kejayaan dalam dunia anda, dan dapatkan
apa yang anda percaya dan kejar dengan percaya setiap aturannya adalah yang
terbaik yang disediakan khas untuk anda.
Berbangga dengan perjalanan hidup anda sendiri, kerana
tentu sekali ia paling terbaik yang disediakan oleh tuhan khas untuk anda yang
disayangi.
14. Positif
Apa yang paling penting, kekal positif sentiasa walaupun
anda dilanda ujian terhebat dalam hidup sekalipun.
Bangun pagi dari tidur dengan fikiran yang positif. Lalui
setiap ujian dengan positif. Sambil menulis positifkan diri anda, buang malu
dan jadi diri anda sendiri.
Tiada manusia yang sama seperti anda. Maka anda tidak
perlu takut dan bezakan diri anda dengan individu lain.
Manusia tercipta berbeza-beza maka raikan perbezaan itu.
15. Buat dan Tindakan
Ia perkara pertama yang perlu ialah buat dan tindakan. Buat
dan lakukan sekarang. Apa guna anda membaca 8 juta buku sehari. Mendengar video
motivasi setiap saat, namun satu perkara anda tidak buat dan lakukan.
Maka bangun dan terus buat. Rancang tindakan anda dan
buat, buat dan buat.
Bertindak sekarang . Itu sahaja perkara yang membawa
hasil dan menjadikan impian dan sasaran anda satu kenyataan.
16. Pelan dan
Perancangan
Segala pelan anda harus dilukis , termasuk perancangan.
Ikut segala pelan dan perancangan anda. Jika ada
perubahan , ubah ia dan lakukan yang lebih baik.
Kita boleh merancang dan mempunyai pelbagai pelan. Namun pelan
dan perancangan dari tuhan pasti lebih baik untuk anda.
Lebih baik anda ada pelan dan perancangan dari lansung
tiada apa-apa perancangan dan pelan.
Tuhan pun ada perancangan dan pelan hidup untuk anda sebelum
anda terbentuk menjadi manusia.
Maka bermula hari ini, pastikan anda ada pelan dan
perancangan .
Ikut pelan dan perancangan anda buat itu. Jangan jadikan
ia sekadar hiasan, contengan atau gambar untuk instagram, blog, facebook atau
linkedin anda semata-mata.
Terdapat banyak lagi ilmu yang ditulis dan diberitahu
oleh mentor, sifu dan mereka yang Berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada hari ini, ramai dari tokoh yang Berjaya mula menulis
di media social masing-masing, malah mula menulis buku mengenai hidup dan
kejayaan mereka sendiri sebagai panduan dan motivasi.
Sebagai manusia yang lemah dan punyai pelbagai kekurangan
dan tidak bijak dalam segala ilmu, kita harus belajar dari insan lain walaupun
dari bacaan status di media social , dan lebih bagus lagi dari buku.
Pilih buku bermanfaat. Setiap saat yang berlalu dan anda
isi dengan ilmu hari ini akan menentukan siapa anda dimasa hadapan.
Tiada guna membaca tanpa sebarang tindakan yang membaca
manfaat.
Terima kasih untuk anda yang terus menerus memberi
sokongan kepada setiap artikel diblog ini.
Setiap perjalanan diblog ini adalah atas kesedaran dari
setiap pembacaan di status-status yang dipaparkan dimedia social oleh pelbagai
golongan dan individu yang memberi idea dan ilham untuk penulisan blog ini.
Semoga blog ini juga memberi idea, ilham dan inspirasi
untuk anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan