Buku , BERFIKIR GAYA TRUMP , tulisan Nazri Kadir |
Assalammualaikum
dan salam sejahtera
Untuk artikel kali
ini saya memilih untuk berkongsi review buku yang telah lama ditulis oleh
penulis terkemuka NAZRI KADIR iaitu BERIKIR GAYA TRUMP.
Buku Berfikir Gaya
Trump tulisan Nazri Kadir ini di tulis dan diedarkan pada tahun 2010.
Apa yang paling
jelas, segala yang ditulis didalam buku ini , semakin galak diajar dan diberi
didikan kepada orang muda di facebook oleh pelbagai sifu dan coach pada tahun
2017.
7 tahun setelah
buku ini diterbitkan dan dibaca.
Antara yang
ditekankan dalam buku, BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini ialah :-
1.
Bagaimana kita haruangs lakukan perkara yang
kita cintai. Amat penting untuk kita sentiasa bermotivasi dan bijak mengawal
kuasa minda sendiri.
2.
Sentiasa berfikiran positif baik ketika jatuh,
ketika gawat, ketika sakit, ketika gagal dan ketika kecewa.
3.
Wajib berfikiran realistic. Tidak kira betapa
positifnya diri kita , kita harus realistik dan sentiasa berkeyakinan tinggi.
4.
Tidak perlu membuktikan pada dunia atau orang lain.
Paling utama anda harus membuktikan pada diri sendiri . Kita adalah apa yang
kita fikirkan. Ini jelas menunjukkan betapa berfikiran positif amat ditekankan
dalam buku, Berfikir Gaya Trump ini.
5.
Setiap manusia yang Berjaya, biasa gagal
beberapa kali, termasuk Trump. Buku ini menjelaskan bagaimana Trump bangun dari
kegagalan dan belajar dari kegagalan beliau untuk kejayaan besar seterusnya.
6.
Realitinya , zaman digital, perubahan akan
sering berlaku. Maka kita wajib sedia berubah bila-bila masa supaya tidak ketinggalan.
Trump adalah antara pemimpin dan usahawan yang sedia berubah walaupun mempunyai
prinsip sendiri, beliau sanggup berubah mengikut keadaan semasa.
7.
BERFIKIR GAYA TRUMP, turut mengajak anda belajar
mengikuti cara Trump yang menjadikan masalah sebagai latihan minda dan
bagaimana kita haru menguruskan masalah dan tekanan.
8.
Dalam setiap apa yang dilakukan, ilmu adalah
perkara paling penting dan menentukan perjalanan kejayaan seseorang sama ada
cepat atau lambat. Trump tidak pernah berhenti mencari dan mendalami ilmu. Ilmu
yang kerap beliau cari dan gali ialah ilmu Keusahawanan dan perniagaan.
9.
Antara tajuk paling menarik dalam buku, BERFIKIR
CARA TRUMP, ialah Trump Dan Ciri-ciri Usahawan. Antara factor utama ialah
kejayaan usahawan ialah mereka bijak memperoleh dan memproses maklumat. Pakar
dalam membina pangkalan data dan memiliki data-data penting . Pada zaman
digital kekuatan data dan maklumat amat berguna dalam perniagaan.
10.
Di dalam buku, Berfikir Cara Trump ini juga
turut ditekankan betapa pentingnya perudingan dalam menjalankan perniagaan dan
betapa perundingan itu adalah satu kesenian. Usahawan harus bijak berunding dan
Trump amat bijak dalam hal ini.
11.
Perkara yang semakin kerap dibicarakan dalam
dunia digital ini ialah, Penampilan dan Personaliti. Penampilan yang menarik
dan personality tersendiri akan membuahkan rasa percaya dan membantu membina
imej yang baik di mata masyarakat dan golongan sasaran. Personaliti Trump telah
membina imej yang berkualiti dan dipercayai. Ini kerana Trump sendiri sentiasa
mementingkan kualiti. Malah TRUMP sendiri merupakan sebuah jenama. Apabila
menyebut nama TRUMP , bakal pembeli dan golongan sasaran sudah dapat
membayangkan bagiamana ciri dan kualiti yang diberikan dari Jenama TRUMP
tersebut.
Setelah merujuk
sekali imbas, buku BERFIKIR GAYA TRUMP ini, penulis merasa sedikit sesal kerana
lambat membaca buku yang telah dibeli oleh adik penulis semenjak tahun 2010 ini
lagi.
Ini jelas
menunjukkan bahawa, buku berbahasa Melayu dan penulis melayu sendiri bijak
dalam penulisan mudah faham dan bermotivasi.
Kini penulis buku,
Berfikir Gaya Trump turut menghasilkan 2 buah buku lagi mengenai Trump.
Jika anda mencari
buku motivasi dan bercita-cita menjadi usahawan Berjaya anda boleh mendapatkan
buku , BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini di kedai buku berhampiran.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan