Antara pelbagai imej planner menarik di google |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Belum terlewat mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 untuk semua pembaca blog tersayang yang sudi dan sering melayari blog ini.
4 hari telah berlalu untuk Januari 2018, belum terlewat bagi anda yang belum melakukan apa pun plan, azam atau perancangan untuk berazam dan mula merancang.
Ia, azam bukan dibina untuk setahun atau hanya untuk tahun baru, ia juga boleh dibina pada hari baru.
Namun aura azam itu sentiasa membara pada awal tahun ketika seluruh dunia meraikannya.
Itu, efek dari keadaan sekeliling, dimana sekeliling anda dan dunia punyai azam.
Baik azam untuk menjadi lebih baik, berjaya dalam kerjaya atau perniagaan, azam untuk percintaan dan perkahwinan juga perhubungan, azam untuk menunaikan haji dan umrah, azam untuk menyelesaikan hutang baik hutang kewangan atau hutang puasa, azam untuk mempunyai anak, azam untuk kurus, azam untuk sihat, azam untuk sembuh dan pelbagai azam lagi.
Dalam membina azam untuk tercapai, ia harus dimulai dengan perancangan. Maka sediakan kertas dan jadual yang terlukis segala perancangan anda.
Jika dahulu anda harus membeli planner atau diary yang telah tersedia dijual di pelbagai kedai buku dan pasaraya.
Kini, dengan kecanggihan dunia digital, anda boleh membuat planner anda sendiri dengan menghasilkan ia melalui perisian percuma di internet atau dapatkan sahaja secara percuma dari laman web yang menyediakan ia secara percuma untuk anda.
Terdapat pelbagai jenis planner, baik planner untuk perancangan anak-anak anda, perancangan untuk diet, perancangan untuk kewangan, perancangan untuk perniagaan, malah perancangan untuk blogging juga ada.
Tiada alasan lagi dizaman digital ini. Anda hanya perlu google dan ia terus terpapar di papan pemuka anda baik di laptop, komputer, mahu pun telefon bimbit anda.
Bagi anda yang ingin mendapatkan planner 2018 dengan percuma dengan hanya mendownload dari paparan laptop atau laman web anda boleh terus ke link-link yang disediakan dibawah ini untuk pilihan anda.
1. Untuk pilihan kalender mingguan 2018 anda boleh memilih laman web ini
2. Untuk pilihan perancangan untuk kanak-kanak dan anak-anak anda , laman web ini memberi pilihan yang bagus.
3. Untuk perancangan plan budget 2018 anda, anda boleh menyusun ia dengan bantuan reka bentuk perancangan plan budget yang menarik di laman web ini
4. Untuk perancangan sepanjang tahun yang memukau, termasuk impian dan goal anda setiap bulan. Anda boleh mendapatkan perancangan untuk 2018 anda disini.
5. Untuk anda yang memerlukan semangat dan azam yang kuat , serta perancangan terperinci. Anda boleh melayari blog speaker terkemuka dunia Mel Robbins. Beliau turut memberi percuma perancangan 2018 khas untuk anda diblog beliau dengan klik ia di link ini
Terdapat banyak lagi pilihan planner percuma lain yang menarik. Anda hanya perlu google sahaja.
Pilihan lain, buat sahaja planner 2018 menggunakan kertas kosong dan pen berwarna-warni atau beli sahaja sebuah buku dan design ia menjadi planner yang menarik.
Ia biasa tidak menarik untuk insan lain, janji ia menarik untuk anda dan penting untuk anda gunakan.
Tiada guna jika anda merancang tanpa apa-apa tindakan.
Pastikan setiap perancangan anda dilakukan seiring apa yang anda tulis.
Pastikan perancangan anda itu penuh dan lakukan ia seperti yang dirancang.
Kajian pernah dilakukan yang menunjukkan mereka yang mempunyai perancangan dan azam jauh berjaya dari mereka yang tidak pernah mempunyai azam, perancangan dan menulis ia diatas kertas dan buku.
Maka tulis perancangan anda diatas kertas dan buku dengan terang dan jelas hari ini.
Pesanan ini juga untuk diri sendiri.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan