Isnin, 15 Januari 2018

18 INFO PEMAKANAN TERKINI




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pelbagai info pemakanan dikemaskinikan seluruh dunia hari demi hari. Kajian demi kajian dilakukan dan ada beberapa perubahan yang berlaku, ini termasuk :-

1. Info bahawa lemak baik amat bagus untuk kesihatan seperti lemak dari minyak zaitun, avocado, salmon, santan kelapa dan pelbagai lemak sihat lain. Lemak baik ini juga antara sumber makanan utama dalam diet yang semakin popular masa kini iaitu ketogenic diet atau diet keto.

2. Telur tidak seburuk disangka dan ia bagus untuk kesihatan dan tidak menyebabkan kolesterol jahat dan masalah jantung. Pastikan anda memilih telur tanpa hormon sintetik dan tambahan vitamin sintetik.

3. Dunia semakin mengakui kehebatan minyak kelapa sawit untuk memasak berbanding minyak sayur-sayuran lain termasuk minyak jagung, minyak soya atau minyak biji anggur yang dikatakan akan menjadi toksid apabila dimasak dalam suhu yang lebih tinggi terutama untuk menggoreng.

4. Ketika anda memasak telur, cuba asingkan telur putih dan telur kuning. Dengan kata lain, lebih bagus anda makan telur mata kerbau dari menikmati telur dadar.

5. Yogurt diakui enak dimakan bersama-sama campuran buah-buahan segar. Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa mencampurkan buah-buahan bersama yogurt akan mengurangkan hampir 50% khasiat buah-buahan tersebut. Jika anda menikmati buah-buahan bersama yogurt, pastikan anda tambah kandungan serat dalam diet anda. Pilihan lain anda boleh menikmati yogurt bersama madu atau makan sahaja yogurt begitu sahaja.

6. Dikatakan pulut kurang bagus dimakan bersama buah, seeloknya tambah halia untuk mengurangkan angin bagi anda yang mengalami masalah angin ketika makan pulut. Pilihan lain, tambahkan bijian habbatus sauda atas pulut anda dan makan ia dengan rendang atau serunding daging atau sumber protein lain termasuk ayam atau kelapa muda berbanding buah.

7. Buah ciku, buah nangka, saderi, pucuk kaduk kadang-kala akan menyebabkan 'angin' bagi sesetengah individu. Malah ada sesetengah individu juga alah kepada bunga kantan. Selain itu buah tempatan seperti langsat juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sengal tulang dan boleh menyebabkan anda dibawa ke hospital kerana masalah 'angin' yang kritikal.

8. Pisang sering dinikmati dengan susu, malah ini turut diamalkan oleh kebanyakan individu yang sedang berdiet menambah susu dengan campuran buah-buahan lain dan dijadikan smoothie. Susu amat bagus sebagai smoothie dan dinikmati dengan pisang namun anda harus pastikan ia dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti susu badam atau susu gajus. Susu binatang tidak bagus dikongsumi bersama buah-buahan. Namun ada pendapat susu kambing amat bagus dinikmati bersama kurma ajwa.

9. Jika anda pengemar smoothie anda boleh gantikan susu kegemaran anda dengan air kelapa muda dan tambah buah beri, serta bayam serta buah lain. Ia amat enak.

10. Kacang tanah memang enak, namun ia boleh menyebabkan alergi bagi kebanyakan individu. Jika anda pengemar kacang tanah, kurangkan menikmati kacang tanah. Ini kerana kacang tanah boleh menyebabkan ketagihan, sekaligus ia mengandungi fungus yang dipanggil 'aflatoxin'. Ada pendapat mengatakan kacang tanah juga tidak baik untuk hati. Pilih kacang cerdik atau kacang pistacio berbanding kacang tanah.

11. Kacang walnut memang enak, ia snek yang bagus untuk dinikmati ketika diet. Bonus lain, walnut amat bagus untuk otak. Sila pastikan dalam diet anda dipenuhi kacang walnut berbanding kekacang lain.

12. Biji avocado jangan dibuang, ia juga boleh dimakan dan dikatakan kaya pelbagai khasiat. Cuci bersih biji avocado anda, bakar dan potong halus kemudian kisar menjadi serbuk. Tambahkan serbuk biji avocado ini kedalam minuman kegemaran anda sama ada panas, sejuk, smoothie atau masakan anda seperti bubur.


13. Ketika anda makan buah delima, jangan dibuang bijinya. Biji delima amat kaya dengan khasiat. Pastikan anda makan biji delima yang telah lembut atau masak betul. Kunyah dan gigit. Biji delima amat berkuasa membunuh parasit jahat yang terdapat dalam usus dan mampu menyihatkan usus anda.

14. Biji buah betik juga bagus untuk membunuh parasit. Makan betik bersama buahnya. Ia mengurangkan rasa biji betik itu. Memakan biji betik juga adalah amalan untuk usus sihat dan membunuh cacing. Jika anda tidak mampu makan biji betik segar anda boleh jemur biji betik, keringkan ia dan kisar jadikan serbuk. Tambah sahaja dalam minuman dan makanan kegemaran anda.

15. Biji tembikai terkenal sebagai ubat kuat lelaki dan dikatakan setanding viagra. Ketika anda menikmati buah tembikai, makan sekali dengan bijinya. Pilihan lain anda boleh membuat jus tembikai dengan mengisar sekali dengan bijinya.

16. Seperti biji buah cempedak, biji buah nangka juga boleh direbus dan dimakan. Simpan dalam peti sejuk jika anda malas memasak. Ketika tiada apa ingin dimakan, anda boleh merebus biji ini dan jadikan ia menu sarapan pagi atau makan petang yang sihat dan enak.


17. Tidak seperti biji buah lain, biji buah epal dikatakan bertoksid, maka elakkan menikmati biji buah epal ini dan pastikan ketika anda membuat jus epal, biji ini tidak disertakan sekali.


18. Biji labu mentah juga amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Ia dikatakan antara makanan utama membunuh parasit didalam usus. Makan biji labu ini mentah-mentah untuk lebih khasiat. Pilihan lain, anda boleh masukkan sekali kedalam bubur labu atau goreng menjadikan ia sebagai kuaci.


Terdapat pelbagai lagi info pemakanan yang terus dikemaskini. Kita sebagai manusia hanya perlu mencari dan membaca serta pastikan ia dari sumber yang sah.

Ikuti blog terkenal dari sumber dan blogger yang boleh dipercayai untuk mendapatkan info bermanfaat dan sejajar dengan zaman moden.

Di zaman teknologi maklumat ini, ramai doktor perubatan telah mula menulis dan mempunyai blog serta saluran youtube mereka sendiri. Malah doktor ini terdiri dari barisan 10 doktor paling berpengaruh di Amerika khususnya.

Kita hanya perlu mencari dan memilih sumber bacaan dan rujukan yang terbaik.


Terima kasih.






Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...