Selasa, 16 Januari 2018

TAMBAH BAHAN INI UNTUK MENGANDAKAN KHASIAT MAKANAN ANDA



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Nenek moyang kita satu waktu dahulu, tidak perlu mempelajari sains untuk meneka ketika bila musim hujan (untuk menyediakan stok simpanan makanan), apa petua dan ubat mujarab untuk kesembuhan, makanan apa sesuai dimakan bersama dan beracun jika dicampur dan sebagainya.

Begitu uniknya pengalaman hidup. Seiring kemodenan, kajian sains ada menyokong pendapat ini dan ada menyangkal. Namun realitinya ada benda tidak mampu di terjemahkan melalui sains, seperti kewujudan Allah, Malaikat dan pelbagai perkara yang tidak perlu dinyatakan disini.

Ia umpama angin, kita boleh rasa dan sedari kehadirannya, namun tidak boleh digambarkan atau diambil gambar sekali pun. 

Begitu juga dalam bab pemakanan, ada bahan yang ditambah akan membantu meningkatkan khasiat makanan tersebut, malah ada bahan atau makanan lain yang mengurangkan khasiat dalam sesetengah makanan jika dicampur.

Untuk artikel kali ini, kita tumpukan tajuk 'Bahan Makanan Ini Jika Dicampur Akan Mengandakan lagi Khasiat Makanan Anda'.

1. Pernah lihat masakan lemak yang dicampur kunyit turut diserta lada hitam? contohnya sayur lemak labu?. Ia khasiat kunyit akan digandakan jika dimakan dan dicampur lada hitam. Ikan jika ditambah garam , kunyit dan dicicah lada hitam amat enak sekali. Tidak hairanlah jika anda melihat ada menu daging goreng kunyit yang kemudian di tambah lada hitam menjadi daging goreng kunyit lada hitam.


2. Jika anda peminat susu segar asli, tambah kunyit dalam susu segar anda. Golden Milk atau susu campur kunyit telah lama diamalkan oleh kaum india dan perubatan ayurveda untuk kesihatan. Ia membantu melawan keradangan, menambah antibodi , kaya antioksidan dan amat bagus untuk merawat batuk. Malah jika kawasan anda tinggal dilanda musim sejuk, anda boleh mengamalkan minuman ini sebagai salah satu cara menghangatkan dan menguatkan tubuh anda.


3. Mungkin anda sering membaca artikel diet untuk tidak menambah gula ketika menikmati teh hijau kerana bahaya gula putih khususnya. Namun selepas ini anda digalakkan menambah gula asli seperti gula perang atau gula molases ketika minum teh hijau anda. Kajian mendapati khasiat teh hijau akan meningkat 10 kali ganda jika ditambah gula atau fruktosa asli. Teh hijau kini semakin popular dengan kandungan  Epigallocatechin gallate (ECGG) yang dikatakan amat bermanfaat terutama kepada wanita yang mencuba untuk hamil. Bahan ini sering dijumpai di dalam teh hijau. ECGG juga kerap digunakan dalam perubatan cina untuk merawat masalah hormon, selain mencegah kanser dan membantu mengurangkan berat badan. Jika anda mahukan khasiat 10x ganda teh hijau ini, jangan takut menambah gula asli bukan gula proses.

4. Vitamin C terbukti dalam penyerapan zat besi. Maka jika anda makan makanan bersumber zat besi seperti bayam, ubi bit, daging merah, kacang sila pastikan anda makan bersama makanan yang kaya vitamin C, seperti daging dan jus limau, buah jambu batu juga antara buah kaya vitamin C termasuk betik. Lobak juga kaya zat besi anda boleh buat jus campuran lobak dan oren. Memang enak dan sedap  sekaligus menambah serapan zat besi anda dengan bantuan vitamin C yang tinggi.


5. Menambah buah ke dalam yogurt akan mengurangkan 50% khasiat buah tersebut, namun menambah madu kedalam yogurt akan menambahkan kebaikan yogurt dan madu. Terdapat banyak artikel mengenai kehebatan campuran madu dan yogurt baik untuk kesihatan sebagai makanan atau sebagai masker dan kecantikan kulit wajah. Disini disertakan 2 artikel menarik mengenai kebaikan campuran madu dan yogurt ;-




6.  Info ini baru sahaja diketahui oleh saya dari team ' OVEN NINI '. Vitamin A akan lebih meningkat khasiat atau digandakan dengan bantuan dari makanan berlemak baik seperti avocado atau santan. Dengan bahasa mudah, labu yang kaya vitamin A akan digandakan penyerapan dan khasiat pada tubuh jika dimakan bersama santan atau avocado, pilihan lain tambah sahaja minyak kelapa dara atas labu bakar atau cicah labu bakar anda dengan minyak kelapa dara. Jika anda ingin membuat jus lobak anda boleh campurkan ia dengan buah avocado dan seterusnya jika anda pengemar salad buah-buahan atau sayur-sayuran tambah sahaja lemak baik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara dalam salad anda. Ini alasan munasabah mengapa sejak zaman berzaman kaum arab dan rom menggunakan minyak zaitun dalam setiap salad sayur dan buah-buahan mereka.

*** Oven Nini ialah perniagaan makanan sihat berasaskan premix masakan sihat dan mempromosikan diet tanpa gluten. Sila google untuk maklumat lanjut.


Terdapat banyak lagi info dan makanan serta sumber galian lain yang mengoptimunkan setiap bahan asli yang dijadikan tuhan didunia ini. 

Selain buku, blog, facebook, instagram dan twitter, pengalaman mereka yang lebih berusia dan terjebak dalam bidang perubatan dan kajian amatlah berguna untuk kita menambah ilmu.

Tiada satu apa pun ilmu yang sia-sia untuk didengari kecuali ilmu yang menyesatkan seperti sihir dan ilmu yang membawa 'kebinasaan'.


Selamat menambah ilmu dan mula merancang diet sihat anda serta mengoptimunkan setiap bahan makanan yang anda makan.

Jadikan real food, supplement asli untuk tubuh anda yang sebenar.


Terima Kasih.



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...