Isnin, 29 Januari 2018

Hari Cuti Bersama Keluarga



hari cuti selalu dihabiskan untuk menikmati makanan diluar dan aktiviti makan bersama keluarga
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Andai anda mengikuti blog ini dari awal, tentu anda menyedari bahawa, setiap hari minggu ialah hari untuk menikmati makan diluar bersama keluarga, sama ada ibu bapa, adik beradik, anak saudara atau kaum kerabat.

Kata pujangga, diusia emas nanti jika anda dipanjangkan umur, apa yang paling anda ingati ialah saat-saat indah ketika anda bersama insan tersayang atau keluarga anda bukan cafe starbuck, Tony Roma's atau sebagainya. Maka pastikan ada kenangan bersama insan tersayang anda terutama anak-anak kecil kerana ketika mereka besar mereka akan ada hidup sendiri yang lebih pantas, ke sekolah Menengah, memasuki kolej, bekerja , berkahwin dan berkeluarga. Sedar tidak sedar mereka semua akan dewasa dan ahli keluarga anda sendiri akan semakin berusia . Anda semakin dewasa dan ibu bapa anda semakin tua. Ketika itu anda akan sedar waktu anda paling banyak dihabiskan untuk apa?.

Tidak seperti di Kuala Lumpur dimana semakin banyak cafe vegetarian muncul, di Kuantan sukar untuk mendapatkan cafe dengan menu yang lebih sihat.

Malah di Kuantan, Empire Sushi, Auntie Anne dan Caffe Bene baru sahaja wujud dalam Januari tahun ini. Terlalu baru. 

Sempena pembukaan cafe dan tempat makan ini, maka saya dan adik lelaki saya serta anak saudara saya juga kakak saya sengaja menikmati menu disini walaupun sebenarnya menu ini agak biasa dinikmati ketika kami di Kuala Lumpur. Ia sekadar meraikan pembukaan di kuantan sebagai sokongan kami penduduk Kuantan.

Ia realiti semua menu kaya gula dan bahan proses. Saya walaupun sedar dan tahu fakta ini tetap kekal menikmati makanan ini sehingga menjilat jari. Sayang sekali sehingga hari ini saya masih penggemar coklat termasuk pretzel Auntie Anne. Air atau makanan yang terlalu manis telah banyak yang saya tidak mampu telan, tidak seperti 3 tahun dahulu. Namun kesedaran untuk benar-benar 'eat clean' untuk masakan diluar tentu semua tahu tiada cafe di kuantan yang menghidangkan menu 'eat clean', malah keluarga saya sendiri masih memasak menggunakan MSG dan gula putih. 

Tidak mahu tertekan dengan perkara yang hanya menyebabkan stress dan mengurangkan kegembiraan atau ketegangan, lebih baik saya tumpukan perkara yang positif sahaja, namun dalam waktu yang sama tentu saya sendiri berazam untuk menjaga pemakanan ke arah lebih baik. 

Andai diberi masa dan kesempatan memasak sendiri, tentu bahan terbaik saya gunakan, namun jika menikmati masakan ibu ia masih menggunakan MSG dan gula putih, sukar untuk menolak jika ia masakan ibu. Anda pasti akan faham suatu hari nanti.

Dalam mengejar hari yang semakin pantas berlalu, bulan Januari yang tinggal beberapa hari lagi hampir tamat memasuki Febuari. Azam untuk menikmati makanan sihat nampaknya tidak bermula diawal bulan ini. 

Namun ia kekal ada untuk diteruskan untuk hari seterusnya. Sebagai manusia biasa, ada benda yang kita rancang dan plan namun ia digagalkan oleh kita sendiri kerana nafsu kita yang tidak kuat serta alasan yang tidak kukuh. Seiring usia ada perkara yang kadang kala, anda sendiri faham, anda malas untuk terus berlawan dan mengikut sahaja rentak. Ada masa anda kuat dan ada masa anda lemah.

Ketika anda masih punyai masa dan tidak tahu apa akan terjadi pada hari esok hargailah, walaupun ia mungkin sekadar bermain dengan anak kucing anda. Hargailah apa didepan mata kerana kita tidak tahu apa akan terjadi esok, lusa atau  3 saat dari sekarang.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...