Rabu, 1 Ogos 2018

Inginkan Rasa kopi lebih light @ ringan? Anda boleh cuba kopi dari adunan ' ROYAL SPECIAL' dari Jenama Kopi Popular THE HOUSE OF ROBERT TIMMS



Kopi dari jenama THE HOUSE OF ROBERT TIMMS adunan Royal Special

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Jika sebelum ini kopi tenum, Sabah menjadi pilihan saya hampir 4 tahun, kini saya mula bertukar angin untuk mencuba jenama kopi lain selain kopi tenum, Sabah. Asalnya saya ingin membeli kopi jenama THE KOPPI yang dijual di facebook, ia adalah jenama kopi organik dan ditanam di Malaysia. Namun takdir tuhan akhirnya membuatkan saya terbeli Kopi jenama The House Of Robert Timms, kerana saya agak tertekan mengantuk dan memerlukan kopi untuk menjana kembali otak dan pemikiran saya .

Ia, kehabisan stok kopi Tenum Sabah, dan rasa malas untuk menikmati kopi tenum, Sabah ini lagi dan ingin menukar kepada rasa yang baru akhirnya memaksa saya membeli kopi jenama ini. Diharapkan selepas habis kedua-dua bungkusan kopi ini saya boleh kembali fokus untuk membeli jenama kopi organik, The Koppi.

Untuk info selain mencergaskan otak, kopi juga berfungsi membantu meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu menurunkan berat badan dengan syarat ia tanpa gula atau krimer. 

Kopi pilihan saya ini menggunakan 100% Arabica Coffee

Jika anda peminat kopi hitam atau mocha, mahu pun expresso, jenama The House Of Robert Timms ini menawarkan pelbagai adunan kopi enak, suka sangat resepi zaman berzaman. i

Berharga dalam linkungan RM21.90 di Jaya Grocer, untuk 200 gram, anda boleh memilih pelbagi pilihan adunan perasa kopi yang berlainan di adun khas sesuai citarasa dan gaya hidup pengemar kopi. 

Untuk adunan ' Royal Special' ini, adunan kopi ini amat 'light' atau ringan sekali. Warna kopi jauh lembut dari warna kopi tenum, dengan kata lain jika anda melihat kopi tenum sudah cukup cair warnanya kopi dari adunan ' Royal Special' dari jenama The House Of Robert Timms ini jauh lebih cair. Sekaligus ia amat sesuai untuk anda yang mudah migrain jika menikmati kopi yang pekat atau untuk mereka yang tidak ingin kesan kopi atau kafein yang kuat.

di asaskan semenjak tahu 1951 dan amat popular di Australia

Jenama The House Of Robert Timms ini diasaskan semenjak tahun 1951 dan popular di Australia dan New Zealand. Untuk info, semenjak rajin membaca dan menambah ilmu, produk dari Amerika khususnya semakin jarang dibeli, ini termasuk produk kopi, buah dan sebagainya. Jika sebelum ini hanya produk dari negara China di elakkan untuk dibeli khususnya produk makanan dan kegunaan peribadi, kini produk dari Amerika turut memasuki carta.

New Zealand dan Australia antara negara masih kekal berimej bersih dari segi pengawalan racun serangga untuk pertanian. Maka selain produk Eropah yang semestinya jauh lagi mahal, maka produk dari New Zealand atau Australia lebih membantu dari segi budget dan tidak kalah dari segi rasa. Lebih-lebih lagi, negara ini juga dekat dengan Malaysia.

Adalah disyorkan anda menikmati makanan yang dihasilkan dari tanah bumi sendiri, namun jika sukar mendapatkan yang organik tanpa campuran marjerin, garam dan gula maka jenama dari keluaran 2 negara ini agak bagus berbanding negara ketiga yang lain.


menggunakan packaging 'Air Tight'

Pembungkusan yang ringkas, dengan warna hitam menawan dalam peket 'Air Tight', menjamin kesegaran kopi yang telah dibungkus rapat ini.


penerangan ringkas mengenai adunan ' Royal Special'

Setiap adunan kopi diceritakan ringkas di bungkusan.

Contohnya seperti ' Royal Special' ini. Ia adalah adunan dari kopi  Arabica 100% , ia jauh lembut dari segi rasa dan terlalu 'slow' rasa kopinya. Dengan kata lain, jika anda pengemar kopi hitam, kopi ini pasti tidak mampu memuaskan anda.


warna kopi adunan 'Royal Special' growth ini lebih lembut berbanding warna kopi tenum, Sabah

Namun jika anda adalah golongan yang perlukan kopi ketika waktu petang namun bimbang menggangu jadual tidur anda, anda boleh memilih adunan ' Royal Special' ini yang jauh lebih 'smooth' atau slow dari segi rasa dan kekuatan membuatkan anda sukar tidur.

Malah bagi anda yang cepat menangkap kopi sehingga membuatkan sakit kepala kerana rasa kopi yang kuat, anda boleh mencuba kopi dari adunan ' Royal Special' ini.

ia seakan warna nescafe classic yang di bancuh cair, ini gambar kopi yang baru direndam dan belum di tapis. 

Jangan pelik jika anda melihat adunan kopi ini berwarna coklat cair dan bukan hitam pekat. Air kopi ini juga berwarna coklat cair. Lebih cair berbanding warna kopi tenum, Sabah yang memang cair itu.

Untuk info, cara pembakaran kopi berbeza mengikut adunan, ada kopi yang dibakar setakat perang warnanya dan ada kopi yang dibakar sehingga berwarna hitam pekat. Terdapat isu mengenai akrilamida (acrylamide) pada makanan yang dibakar. Lebih lama bahan makanan itu dibakar, lebih tinggi kandungan akrilamida dalam bahan makanan. Ini tidak terkecuali dengan kopi, semakin lama kopi itu dibakar dan semakin hitam kopi, maka lebih tinggi kandungan akrilamida. Isu akrilamida ini ialah isu mengenai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan, namun bahan ini boleh dikawal kerana kopi tinggi antioksidan.

Cukup untuk kali ini perkongsian salah satu dari pilihan kopi dibawah jenama THE HOUSE OF ROBERT TIMMS khas untuk anda.

Untuk peminat kopi yang lebih kaw dan lebih rasa kopi, saya akan menulis mengenai satu lagi kategori adunan kopi menarik di bawah jenama ini.

Ketika anda memilih kopi untuk diminum elakkan kopi yang mengandungi campuran marjerin, gula, garam dan bahan-bahan lain yang merbahaya untuk kesihatan. Sila elakkan kopi segera atau instant kopi dan jauhkan kopi 3 in 1.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih kopi sesuai citarasa anda yang inginkan kopi yang 'light' dan kesan kopi yang agak lembut yang berpadanan dengan aktiviti harian anda.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...