imej akaun google kedua saya |
Alhamdulillah, dari petang semalam saya mengalami masalah untuk memulihkan blog saya ini dengan akaun google atau imej google saya yang pertama. Akhirnya akaun google dan blog saya ini kembali normal seperti sediakala.
Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menulis blog dan melalui susah payah tersalah 'setting' blog anda tidak tahu betapa sukarnya mencari jalan penyelesaian, lebih-lebih lagi ketika line internet yang amat terus semenjak minggu lepas lagi.
Saya sendiri pun tidak faham dengan internet di Malaysia yang semakin hari semakin teruk. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Walaubagaimanapun rasa separuh nyawa telah dikembalikan setelah saya berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggu saya semenjak semalam.
Lepas ini saya tidak boleh suka-suka tekan dan ubah setting blog dan google profile saya lagi.
Anda jika masih baru berblogging dan bukan pakar, berhati-hatilah dalam mengubah setting terutama jika anda seperti saya yang tidak punyai kawan yang pakar didalam blog yang boleh dihubungi dengan sekali klik mengikut telefon bimbit atau apa sahaja.
Kita belajar dari pengalaman. Semoga saya akan terus muncul sebagai blogger berjaya satu hari nanti.
Doakan. Dan untuk anda mari sama-sama menulis blog yang memberi info dan input yang bagus untuk pembaca.
Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan