Sabtu, 30 September 2017

Berusaha Keras Untuk Diet Sihat


Antara menu yang dinikmati 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benar kata pakar,  3 bulan anda menjaga pemakanan sihat,  namun satu hari anda mencuba makanan tidak sihat yang penuh perasa yang enak,  amat sukar untuk anda kembali ke rentak diet sihat kembali. 

Sekali anda Cheat day atau cheat menu, ia akan berulang.  Begitulah kuasa pemakanan proses yang diletakkan bahan untuk menjadikan otak sukar menolak makanan ini. 

Anda perlu punyai kesedaran cukup tinggi,  jangka masa yang lama untuk tidak menikmati hidangan proses ini,  barulah anda akan betul-betul berubah dengan syarat anda menjauhi daripada segala makanan ini langsung. 

Itu perkara yang agak sukar dilakukan terutama persekitaran anda penuh dengan golongan yang suka makan dan suka membeli makanan proses ini. 

30 kali ditawarkan makan,  anda boleh menolak. 

Masuk 100 kali ditawarkan dan dibelanja,  tentu anda termakan juga maklumlah makanan ada cop Halal. 

Begitu hidup.  Walaupun anda mula merasakan makanan proses kegemaran anda dulu tidak sesedap dulu akibat lidah yang jarang menikmati makanan itu,  namun makanan lain anda masih mampu masukkan ke mulut. 

Jika satu waktu dulu biskut oreo sebungkus anda boleh nikmatnya seorang,  hari ini 2 keping anda sudah rasa terlalu manis. 

Jika dulu Mee sup gerai kegemaran terlalu enak,  hari ini anda rasa terus sakit kepala akibat MSG yang di masukkan ke dalam resepi. 

Namun anda tetap menikmati makanan lain yang juga berproses dan tidak berkhasiat. 

Ada waktu kesedaran datang dalam sehari dua dalam seminggu. 

Ada masanya hanya sebulan sekali kesedaran itu datang. 

Sukar untuk melawan jika anda tidak kuat memotivasikan diri sendiri. 

Pilih kawan yang ingin mengamalkan hidup dan pemakanan sihat. 

Di media sosial ikuti mereka yang kuat dan bersemangat diet dan mengamalkan Life Style atau cara hidup sihat. 

Jauhkan dari mereka yang asyik mengajak anda makan percuma terutama makanan proses. 

Untuk aktiviti keluarga agak sukar menolak,  namun ia pasti jarang berlaku, sebulan sekali belum tentu.   

Saya seperti insan lain,  semangat masih ada.  

Namun ada waktu melihat coklat percuma saya lemah. 

Dapat tart Nutella percuma berpuluh ketul saya nikmati. 

Belum kira pelbagai coklat lagi. 

Namun alhamdulillah saya makan namun berjaya mengawal dari makan berpuluh ketul seperti dulu. 

Biar Ada progres,  sikit pun cukup dari langsung tiada. 

Saya dan anda harus terus kuat untuk kesihatan sendiri. 

Hari ini masih berazam untuk cuba Eat Clean dan di harapnya akan berterusan dalam jangka masa panjang insyallah. 

Maka mula tanam semangat ingin membeli stok makanan sihat. 

Semoga berjaya. 

Mari kita doa sama-sama. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...