Assalammualaikum
wbt dan salam sejahtera.
Masalah bibir
kering, kusam dan hitam bukan sahaja dialami oleh kaum wanita tidak terkecuali kaum lelaki.
Antara punca
kekeringan bibir ialah kurang air dan diet yang kekurangan nutrient selain cara
hidup yang tidak sihat.
Penggunaan bahan
kosmetik termasuk pencuci muka yang terkena bahagian bibir, penggunaan gincu dan
alat kosmetik lain dibibir termasuk lip balm yang mengandungi bahan petroleum
dan bahan kimia keras termasuk punca kepada masalah bibir hitam, kering dan
lebam.
Penggunaan
penghawa dingin, angina dari kipas atau alam sekitar, turut mengeringkan bibir.
Pelbagai factor lain termasuk merokok dan pengaliran darah yang tidak lancar
turut menyebabkan masalah bibir hitam dan kering ini.
Seiring factor usia
dan antioksidan yang semakin menurun, bibir lebih mudah kelihatan kering dan
pucat.
Antara petua
turun temurun bagi mengatasi masalah bibir pucat, kering dan hitam ialah
penggunaan sapuan madu dibibir pada waktu malam sebelum tidur.
Pastikan
pemilihan madu asli bukan proses dan tanpa campuran gula atau bahan lain yang
disapu dibibir kerana kajian menunjukkan di pasaran 90% madu yang dijual adalah
tiruan.
Untuk anda yang
ingin mendapatkan produk rawatan bibir asli dari madu asli mentah dan campuran
bahan makanan lain yang membantu melembabkan bibir, merawat bibir, mencegah
bibir kering dan mengurangkan bibir lebam dan pucat anda boleh mencuba LIPS
TREATMENT VS LIPS TINT dari set RED LIPS yang di ilhamkan dari bahan makanan.
Ia diperbuat dari
bahan makanan yang selamat. Namun oleh kerana ia adalah dari 100% bahan makanan
asli makan ia bukan produk tahan lama seperti produk komersial.
Berikut ialah 10 fakta-fakta mengenai LIPS TREATMENT VS LIPS TINT dari RED LIPS set yang perlu
anda tahu sebelum berniat mengamal dan menggunakan produk ini.
1. Diperbuat dari
madu mentah, maka anda harus berhati-hati dengan makanan yang tidak sesuai
dimakan bersama madu seperti buah tembikai jika anda memakai produk ini pada
waktu siang. Ini dikecualikan jika anda hanya memakai produk ini diwaktu malam
sebelum tidur.
2. Produk Lips
Treatment VS Lips Tint sesuai dipakai pada bila-bila masa, dengan syarat ia
tidak dicampur dengan produk mengandungi bahan kimia sintetik lain seperti
gincu bibir, lips balm, lips gloss dan sebagainya. Anda harus memakai ia sahaja
tanpa produk lain, jika tidak adalah disyorkan anda memakai Lips Treatment VS
Lips Tint ini pada waktu malam sebelum tidur sahaja.
3. Lips Treatment VS
Lips Tint ini sesuai digunakan sebagai sapuan pada bibir sebagai lips tint.
Anda harus memakai ia berulang kali untuk mendapatkan warna merah sebenar.
4. Tidak perlu risau
jika anda ingin menikmati makanan, anda boleh terus menikmatinya kecuali
makanan itu mempunyai kesan lain jika dicampur madu seperti tembikai atau
ubat-ubatan tertentu.
5. Penggunaan jangka
masa panjang dan konsisten produk Lips Tint VS Lips Treatment ini akan membantu
bibir anda kembali merah dan lembab. Ia memerlukan masa panjang bukan pantas
kerana ia bermula dari merawat. Pemberhentian produk bibir kimia akan
mempercepatkan kesan pemulihan dan mencantikkan bibir.
6. Oleh kerana ia
adalah produk semulajadi tanpa pewarna sintetik, tanpa perasa tiruan, tanpa
pewangi, tanpa penahan dan tanpa pengawet, produk ini hanya tahan selama 2
bulan sahaja. Anda perlu meletakkan produk ini didalam peti sejuk untuk tahan
lama.
7. Produk Lips Tint
Vs Lips Treatment tidak boleh tidak dibuka penutupnya lebih dari 3 hari. Ini
kerana untuk pengeluaran gas, bimbang roll on ia meletup keluar kerana proses
penapaian atau proses semulajadi itu sendiri. Anda harus pastikan ia dibuka
setiap hari, elakkan dari cuaca panas, sebaiknya ia diletakkan dalam kawasan
berhawa dingin seperti didalam pejabat. Jika anda bekerja diluar adalah tidak
disyorkan anda membawa lips tint vs lips treatment ini dikawasan luar. Anda
digalakkan menggunakan lips tint vs lips treatment ini pada waktu malam sahaja.
Ini kerana cuaca panas akan menyebabkan kesan fermentasi lebih cepat dan produk
mudah rosak dan botol juga berisiko pecah oleh kerana kuasa dan keadaan panas.
8. Jika anda bekerja
dipejabat, atau kereta anda bertinted gelap dan berpenghawa dingin yang kuat,
Lips Tint VS Lips Treatment ini tidak berisiko beruap , anda boleh menggunakan
ia dimana sahaja sebagai lips tint menggantikan gincu dan pelembab bibir anda.
9. Lips Tint VS Lips
Treatment ini diperkenalkan dalam botol 10 ml namun isian produk ini dalam 3 - 4ml
sahaja. Ia boleh digunakan selama 2 bulan dan insyallah mencukupi walaupun anda
menggunakan ia setiap hari. Isian produk ini tidak boleh memenuhi botol untuk keperluan
udara bagi mengelakkan risiko produk ini meruap kerana produk semulajadi tanpa
bahan pengawet harus diuruskan ruang udara dan pembotolan juga pengurusan yang
berbeza.
10. Pengeposan dan
pembuatan produk LIPS TREATMENT VS LIPS TINT atau LIPS TINT VS LIPS TREATMENT
dari Red Lips ini memerlukan paling minima 7 hari. Maka jika anda berminat,
anda harus bersabar menunggu produk ini sampai ke pangkuan anda.
Untuk pembelian
dan pertanyaan produk LIPS TINT VS LIPS TREATMENT dari Red Lips Set ini anda
boleh terus hubungi dan What apps ke
016 276 2636
Konsultansi akan diberikan bagi setiap pembelian produk
dari QK.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan