Jumaat, 2 Mac 2018

10 INFO MENGENAI MAKANAN YANG HARUS ANDA AMBIL BERAT


10 Info makanan untuk anda.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makanan baik seperti herba, sayur, buah dan kekacang adalah antara makanan sihat kegemaran ramai.

Makanan ini juga sering diamalkan oleh mereka yang kini semakin mengamalkan diet hidup sihat.

Dalam semangat mengamalkan diet sihat, terdapat pelbagai info yang harus anda ambil berat.

Di bawah ini disenaraikan 10 INFO MENGENAI MAKANAN YANG HARUS ANDA AMBIL BERAT.

1. Badam ialah antara kekacang popular yang terkenal dikalangan mereka yang sedang berdiet sebagai snek, malah susu badam juga ialah minuman popular mereka yang mengelakkan susu haiwan terutama mereka yang alah laktosa dan mengelakkan hormon. Namun susu badam tidak digalakkan diambil setiap hari kerana bahan cyanide yang terdapat di dalam badam jika diambil terlalu banyak dan lebih dari keperluan akan menyebabkan gangguan kepada sel badan seperti melemahkan sel badan dan merencatkan produksi tenaga.

2. Selain badam makanan sihat lain seperti pucuk ubi kayu, biji aprikot, belalai gajah, ubi bit, bayam, moringga atau daun kelor juga harus diambil dalam kuantiti yang sesuai kerana terlalu banyak akan menyebabkan 'toksid' didalam badan (biji aprikot, pucuk ubi kayu),  selain itu Oxilate (ubi bit, moringga, bayam)  membebankan buah pinggang bagi mereka yang mengalami isu buah pinggang dan mempunyai risiko penyakit ini.


3. Vitamin B kompleks tidak boleh di hasilkan oleh tubuh badan, anda perlu mendapatkan sumber vitamin ini dari bahan makanan asli seperti sayur-sayuran seperti lobak, brokoli, buah-buahan dan kekacang.  Kekurangan vitamin B kompleks akan menjadikan anda mudah marah, hilang daya fokus, mudah mengantuk, mudah tertekan, sukar tidur malam dan pelbagai masalah kesihatan dan emosi. Sila pastikan anda mendapatkan secukup vitamin ini dalam menu harian anda.

4. Ketika koko heboh dikatakan sebagai antara makanan yang menyebabkan sembelit. Kajian terbaru keatas 44 lelaki dan wanita yang sihat yang diberikan menikmati koko secara konsisten membantu usus yang sihat.  Kajian menunjukkan mereka yang minum koko 2 kali sehari membantu pergerakan usus dan najis yang lebih lembut. Koko juga turut membantu menguruskan keletihan yang kronik. Pastikan anda mengamalkan koko asli bukan campuran atau proses.

5. Teh hijau amat bagus dalam mengurangkan risiko Fibroid. Amalkan minum teh hijau dalam menu harian anda. Teh hijau terkenal dengan sumber Antioksidan dan merupakan kegemaran masyarakat Jepun dan China.

6. Blueberry lebih bagus dibekukan sebelum dimakan untuk digandakan khasiatnya. Pilih buah lebih gelap atau 'dark Fruits'  seperti blackberry yang lebih tinggi antioksidan untuk kesihatan anda.

7. Jering tidak sesuai dimakan mentah oleh mereka yang mengalami isu pundi kencing, ini kerana Jering dikatakan boleh menyebabkan sukar kencing. Bagi mengurangkan risiko sukar kencing,  rebus dahulu Jering,  atau tanam jering sebentar di dalam tanah,  baru di makan atau dimasak.

8. Selain tidak sesuai dimasukkan ke dalam diet pesakit buah pinggang, Jering dan petai juga tidak sesuai untuk wanita dalam pantang kerana ia dikatakan boleh menyebabkan bentan.

9. Jika anda mempunyai isu Pectid asid,  pastikan ketika anda ingin menikmati oat,  rendam oat anda terlebih dahulu,  buang air rendaman tadi,  bancuh air baru dan makan.  Dikatakan bahawa air rendaman pertama oat itu mempunyai Pectid asid. Dengan cara ini,  jumlah Pectid asid boleh dikurangkan.

10. Tannin banyak terdapat dalam kulit buah delima. Jika anda berjaya mendapatkan delima organik,  jangan lupa rendam kulit delima dalam air dan minum.  Tannin amat bagus untuk membunuh parasit dalam usus yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.


Semoga 10 Info Pemakanan ini berguna untuk anda dan menambah ilmu anda mengenai pemakanan.


Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...