Assalammualaikum dan salam
sejahtera.
Isu metabolism badan sering
dikaitkan dengan kegemukan dan tubuh yang sukar dinaikkan berat badan.
Tinggi metabolisma dikaitkan
dengan tubuh yang kurus walau pun kerap menikmati makanan, rendah metabolisma
dikaitkan dengan tubuh yang gemuk walaupun makanan yang dimakan sedikit dan
bercatu.
Ramai individu yang mengalami isu
kegemukan dan obesiti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengandakan fungsi
metabolism mereka.
Antara perkara yang disyorkan
untuk membantu MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH , anda boleh mengamalkan 5 CARA INI UNTUK MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH ANDA.
1. Berhenti mengira kalori dalam setiap makanan anda.
Berlajar menikmati real food atau
makanan sebenar. Berhenti menikmati makanan berproses walau pun ia diiklankan
rendah kalori atau Zero kalori.
Jangan takut kepada lemak baik.
Berkawan dengan lemak baik kerana terbukti lemak baik akan lebih mengenyangkan
anda.
2. Cuba Diet Ketogenic atau diet rendah karbohidrat
Terdapat pelbagai jenis diet
sihat yang boleh dicuba seperti diet ketogenic, diet rendah karbohidrat dan
gula namun tinggi lemak sihat, diet berulang makan karbohidrat hari ini, tiada
karbohidrat untuk hari esok.
Diet ini bukan sahaja membantu proses ketosis malah membantu menggandakan fungsi dan khasiat tubuh anda dalam memproses
makanan dan membantu rasa kenyang.
3. Hindari Makanan Pembunuh Kuasa Metabolisma
Gula putih, trans fat, makanan
bergoreng, tepung putih, beras putih dilunturkan ialah antara makanan yang
membunuh kuasa metabolism dan merendahkan daya tubuh anda.
Ia menyebabkan badan anda malas
dan atas asbab keradangan yang berlaku dalam tubuh.
4. Cuba Minyak Pati Asli
Minyak pati tulen telah digunakan
berkurun lama sebagai salah satu penyembuhan untuk tubuh dan emosi.
Minyak pati seperti limau gedang,
halia, lemon boleh membantu meningkatkan metabolism anda. Cuba belajar
menggunakan minyak pati . Pasti anda akan percaya kuasa penyembuhannya.
5. Tingkatkan Kualiti Tidur Anda
Belajar untuk tidur awal dan
bangun awal. Tidur dalam gelap tanpa sebarang cahaya dan gangguan gadget
seperti telefon pintar atau wifi.
Belajar mandi air Epsom salt
sebelum tidur, anda juga boleh cuba mandian magnesium atau minyak magnesium
yang disapukan dikaki.
Minyak pati lavender amat bagus
untuk tidur yang lena dan membantu melegakan stress. Elakkan menikmati makanan
proses, makanan tinggi gula, makanan yang kaya karbohidrat dan gluten sebelum
tidur.
Steak tidak sesuai dimakan ketika
waktu malam, ini termasuk jenis makanan protein berat yang lain.
Jika anda sukar tidur pastikan
anda mandi atau berendam dalam garam Epsom selama 20 minit 3 kali seminggu, ini
akan membantu anda dalam mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Tidur nyenyak yang berkualiti
akan mengurangkan tekanan tubuh dan stress anda sekaligus membantu tubuh
meningkatkan metabolism anda.
Cuba lakukan 5 perkara mudah ini
terlebih dahulu dan anda akan lihat pencapaian yang bagus dalam peningkatan
metabolisme tubuh anda.
Semoga info ini bermanfaat dan membantu anda.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan