motivasi untuk kekal menulis dan berblogging |
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Ramai menulis blog tanpa
arah tujuan dan suka-suka sebagai hobi dan minat yang mendalam terhadap
penulisan dan coretan.
Ada yang menulis untuk
berkongsi resepi dan minat memasak. Segolongan suka menulis untuk berkongsi
ilmu dan menjadikan ia sebagai salah satu sedekah jariah.
Ada individu yang menulis
blog sebagai motivasi untuk terus rajin membaca dan mengali ilmu agar dapat
ditulis diblog dan digunakan sendiri.
Ada yang menulis blog untuk
jangka masa panjang sebagai promosi produk akan datang dan juga branding.
Apa sahaja niat penulis,
hanya penulis yang tahu namun ada waktunya tidak kira ia hobi atau sekadar
suka-suka, ramai akhirnya meninggalkan bidang penulisan kerana kurang motivasi
dan merasa jemu malah ada yang mula bertukar kepada media sosial lain.
Tidak kira siapa pun anda
sebagai blogger picisan atau separuh mata atau sekadar suka-suka, realitinya
blog tidak seindah yang sering dikhabarkan kecuali anda begitu serius dan focus
untuk menjadikan blog anda Berjaya dengan mempelajari secara khusus mengenai
blog dengan mengikuti segala video, ceramah, kursus, dan mengikuti segala
tertib yang diajar dalam menjadikan blog anda sebagai super blog yang akhirnya
Berjaya dikunjungi lebih ratus ribu pengunjung dalam sehari, ia itu menunjukkan
bahawa segala penat lelah anda Berjaya. Anda boleh lihat kesungguhan seorang
blogger dengan memerhati berapa artikel yang diposkan diblog setiap hari. Jika
anda melihat artikel tidak konsisten anda sendiri tahu apa yang anda beri
itulah apa yang anda dapat.
Setiap kualiti artikel blog
melambangkan apa yang anda pelajari dan luahkan diblog. Belajar menulis artikel
dari mula sehingga semakin bijak dan berkembang menunjukkan kematangan diri
anda. Dari satu kategori ke satu kategori.
Realitinya blog tidak
seperti media sosial lain yang lebih cepat mendapat follower, peminat mahupun pelanggan
serta komen banyak seperti facebook, whatapps dan instagram. Untuk Mendapat
likes juga sukar. Itulah blog hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang akan
meneruskan penulisan tanpa mengharapkan apa-apa balasan komen atau penambahan
follower cukup ia memberi manfaat kepada insan lain atau sekadar memberi
manfaat atau menghabiskan waktu yang terluang dari membuat perkara yang lebih
sia-sia.
Blog secara halus membantu
meredakan stress melalui penulisan. Membantu otak berkerja keras dengan
memikirkan idea yang bernas ketika menulis. Malah blog akan mengajar penulis
berfikir untuk menulis artikel apa untuk seterusnya meneroka kategori apa untuk
seterusnya.
Apabila muncul kategori baru
yang mula dikenalkan, anda sendiri akan boleh menilai kesusahan artikel pertama
diterbitkan berbanding ratusan artikel yang akhirnya Berjaya diterbit dalam
kategori sebelum itu. Ia Nampak seperti mudah dalam satu coretan panjang, namun
realtiinya pemahaman setiap kategori tidak semudah itu.
Dengan cara yang benar dan
konsisten, dalam jangka waktu tertentu blog akan membawa follower, peminat ,
pembaca malah pelanggan kepada anda sendiri. Itu yang sentiasa ditulis dan
dipelajari dari mereka yang Berjaya dari blogging yang realitinya berkorban
jauh banyak perkara dengan mereka yang menulis suka-suka. Apa yang anda beri
itulah yang anda dapat.
Tidak seperti 10 tahun
dahulu, kini blog disertakan sekali dalam website tertentu dimana di dalam satu
website terdapat homepage atau pintu masuk, kemudian ke blog dan kemudian ke
website untuk membeli belah atau mengkaji sesuatu produk sebelum dibeli.
Melihat carta belian di
pusat membeli belah online anda boleh melihat dengan jelas betapa dekripsi atau
decription sesuatu produk itu semakin ditulis panjang lebar dan jelas tahun
demi tahun bagi melahirkan kepuasan pelanggan sebelum membeli produk. Blog yang
menulis secara ikhlas kesan baik dan buruk serta maklumat am yang sukar
didapati diblog lain atau media sosial lain akan mendapat lebih banyak manfaat
seiring manfaat ilmu yang diberikan oleh blog tersebut. Maka beri yang terbaik
untuk mendapatkan yang terbaik namun anda tidak perlu menunggu menjadi terbaik
untuk bermula. Bermula dan baiki ia hari demi hari pasti niat baik dan ikhlas
anda akan dibantu oleh tuhan.
Ada blog tertentu yang
membawa pembaca yang berminat terus ke website membeli belah atau link jualan
atau promosi produk tertentu. Ada blog yang meminta maklumat email dan
mempromosikan mengikut email dan ada blog hanya digunakan sebagai hobi untuk
melepaskan rasa jemu dan memberi ruang untuk menulis dan menjadi rujukan
pembaca lain. Kebiasaannya blog dengan tulisan ringan dan tidak membebankan
untuk suka-suka dan realease tension menjadi kegemaran pembaca termasuk blog
fesyen dan kecantikan. Maka jika anda perlukan ramai follower dan pembaca yang
rajin meninggalkan komen anda boleh mencuba membina blog jenis itu berpandukan
sasaran anda apa.
Ketika anda rasa malas
menulis dan berhenti berblogging, kebiasaannya akan ada sesuatu mengejutkan
anda untuk singgah diblog anda dan menulis. Andai penulisan dan meluah rasa
serta berkongsi ilmu itu memang budaya dan minat serta passion anda, blog anda
akan kekal aktif walaupun mungkin ia ditinggal tidak dikemaskini memakan bulan.
Tentukan apa minat anda dan
tulis mengenai apa yang anda minat dan suka, pasti anda akan terus menulis dan
pastikan apa yang anda tulis memberi manfaat kepada orang lain terutama mereka
yang singgah membaca dan menjadikan blog anda sebagai idola dan sumber rujukan.
Ketika anda merasa lemah,
anda boleh berhenti sebentar. Kemudian tulis lagi dan lagi walaupun pendek.
Jangan biar blog yang anda bina terus berhabuk, blog membantu anda rajin
membaca jika anda menjadikan blog anda sebagai motivasi untuk anda membaca,
blog akan menjadikan anda berilmu jika anda menjadikan blog anda sebagai medan
berkongsi ilmu. Dengan cara ini anda akan lebih kekal lama berblogging. Malah anda
harus ingat dengan mempelajari ilmu baru anda bukan sahaja mengerakkan lagi
otak anda supaya terus berfikir malah ia membantu otak anda lebih aktif dan
kurang risiko nyanyuk.
Lakukan pelbagai aktiviti
yang memerlukan anda berfikir, pelajari perkara baru dan kongsikan ia dalam
blog anda.
Selamat mencuba, terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan