Ahad, 1 April 2018

3 KLAUSA PENGECUALIAN YANG HARUS ANDA AMBIL TAHU DALAM POLISI TAKAFUL @ INSURANS


Klausa Pengecualian Dalam Polisi Takaful @ Insurans

Jika anda merancang untuk menyertai pelan Takaful, cuba dapatkan risalah atau Product Disclosure Sheet (PDS) dari wakil Takaful untuk produk yang anda ingini. Risalah atau PDS juga boleh dimuat turun dari laman web pengendali Takaful jika anda ingin membuat perbandingan di antara beberapa produk-produk. Penting ke risalah atau PDS ni?...Secara peribadi, saya rasa penting untuk mendapat ‘First-Hand’ information bagi beberapa produk sebelum membuat pilihan...Ingat, pelan Takaful adalah pelan jangka panjang dan anda perlu berkira dan berhati-hati ketika memilih.

Jika anda menerima risalah atau PDS, cuba cari klausa atau peruntukan mengenai Pengecualian atau ‘Exclusion’ untuk pelan Takaful tersebut. Secara umumnya, Jika anda mengalami perkara-perkara di bawah klausa Pengecualian, peluang anda untuk menyertai pelan Takaful tersebut mungkin nipis atau jika diterima, jumlah caruman atau ‘Contribution’ yang perlu dibayar agak mahal dari biasa. Maklumlah, risiko anda telah berubah dan jika ingin juga dilindingi, ‘Special Conditions’ mungkin akan dikenakan. Di sini, saya ingin berkongsi 3 klausa Pengecualian yang biasa di dalam mana-mana pelan Takaful:

1) Penyakit atau keadaan sedia ada. Selalunya, ia merujuk kepada penyakit atau keadaan ketika ingin menyertai pelan Takaful. Contoh, jika anda pernah mengalami penyakit kronik sepert jantung atau kanser, peluang anda untuk mendapat perlindungan mungkin nipis atau tiada. Sama juga jika anda pernah masuk hospital atau menerima rawatan berkala seperti dialisis atau diabetic, chances untuk mendapat perlindungan agak sukar. Mengapa? Profil risiko anda berubah dan kebarangkalian untuk membuat tuntutan mungkin tinggi. Pelik tapi inilah realiti. Ingat, ambil pelan Takaful ketika sihat. 

2) Kecederaan yang dilakukan ke atas tubuh badan. Ini boleh berlaku dengan atau tanpa niat. Mesti anda terfikir, siapalah yang nak cederakan diri semata-mata untuk mendapat pampasan Takaful...jawapan saya, ada dan keadaan sekarang terlalu kerap. Melalui pengalaman, ada yang sanggup memotong jari untuk mendapat ganti rugi dari pengendali Takaful...Macam-macam kan? Mencederakan diri sendiri adalah dilarang dalam Islam dan mana-mana agama lain. So, perkara ini dikecualikan dan tidak layan memohon pampasan pelan Takaful.

3) Penyakit-penyakit kritikal yang simptom pertamanya dikesan 30 hari selepas tarikh sijil Takaful dikeluarkan. Sesetengah pengendali Takaful meletakkan diantara 15-30 hari dan yang mana lebih awal. Keadaan sebegini sukar dielakkan dan kadang-kadang menjadi beban kepada pemegang sijil Takaful. Cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, saya nasihatkan anda melakukan ‘Health Screening’ dengan kerap supaya anda tidak terkejut nanti. 

Ada banyak lagi Pengecualian di dalam pelan Takaful dan ia juga bergantung kepada produk yang dipilih (untuk maklumat tepat sila rujuk polisi anda). Jangan khuatir atau resah, rujuk dulu kepada agent Takaful anda jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Pengecualian.  Satu lagi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan hari ini bermanfaat, sila panjangkan perkongsian ini kepada yang lain. Semoga bertemu lagi. Terima Kasih.

-FN-





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...