Rabu, 25 April 2018

16 Perkara Normal Tindak Balas Normal Tubuh Ketika Proses Keto (proses pertukaran ke diet yang lebih sihat) dan Cara Mengatasinya






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Perkara pertama dalam menyesuaikan sesuatu perkara baru dalam tubuh sama ada anda bermula bersenam, mula menjaga pemakanan atau penukaran diet, berhenti menggunakan bahan kimia, pindah rumah atau kawasan kediaman pasti pertukaran hormon, penyesuaian diri,  ‘healing crisis’ akan berlaku. Sama ada ia proses lama atau sebentar sahaja. Sedikit atau banyak.

 Ada proses yang menunjukkan tubuh semakin menjadi baik dan kuat, ada juga proses yang menunjukkan tubuh menjadi semakin teruk dan kurang sihat, ia terpulang sama ada pertukaran itu adalah pilihan yang baik atau tidak. Sesuai tubuh dan cara hidup atau tidak. Jika ia menyebabkan tekanan berpanjangan pasti ada sesuatu yang perlu diselidiki dengan mendalam dan diubah atau ditambah baik.

Berikut dikongsikan TINDAK BALAS YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH ANDA YANG MENGAMALKAN DIET KETO DAN CARA MENANGANINYA.

Namun bagi anda yang baru berubah meninggalkan diet lama yang tidak sihat kepada yang jauh lebih sihat, kebiasaannya anda juga akan mengharungi proses penyembuhan (healing crisis). Kebiasaanya akan ada 'sakit-sakit badan atau kesan sampingan yang memberi kesakitan kepada tubuh' dalam proses pengalihan ke diet terbaru ini.  Maka contoh yang diberi oleh Dr Eric Berg berkenaan tindak balas diet keto ini mungkin boleh diguna pakai oleh anda sebagai rujukan mungkin ia perkara yang sama berlaku pada tubuh ini.

Di bawah ini adalah artikel yang diolah dari penerangan Dr Eric Berg dalam video beliau yang dikongsikan di saluran youtube.

Dalam menukar diet dan cara hidup yang lebih sihat, termasuk menukar diet kepada diet keto ia adalah proses penukaran tubuh membakar lemak bagi menghasilkan gula pada tubuh berbanding diet lama yang majoritinya menukarkan karbohidrat kepada gula atau diet yang tinggi gula.

Dalam proses penukaran lemak kepada gula ini, ketika tubuh baru dalam fasa permulaan pastinya ramai individu yang menjalani diet keto dan proses ketosis ini memerlukan khasiat nutrient yang sepatutnya bagi memudahkan proses ini berlaku.

Ketika ini ramai individu akan dapat merasa proses penyembuhan ini, dan sakit yang dilalui ketika ini adalah kerana kekurangan pelbagai nutrient. Antara nutrient paling popular (kekurangan) dikalangan masyarakat moden hari ini ialah potassium, vitamin B1, Magnesium dan sodium.

Berikut di Senaraikan Secara Ringkas, 16 jenis tindak balas yang biasa terjadi pada tubuh ketika proses permulaan tubuh mengamalkan diet ketogenic, ingin ditegaskan disini, info dibawah ini hanya ‘agakan’ atau kemungkinan sahaja, untuk maklumat lanjut adalah disyorkan anda membuat pemeriksaan dengan mereka yang lebih pakar.

1. Kekejangan otot – kekejangan otot dikaitkan dengan kekurangan potassium. Maka tingkatkan pengambilan potassium anda. Antara makanan tinggi potassium termasuk pisang dan avocado. Pilihan lain wheat grass
.
2. Jantung sentiasa berdebar – Tambah lebih potassium dan kekurangan air, tambah air mineral dalam pemakanan anda.

3. Badan lemah – Tambah sodium dan nikmati pemakanan dengan tambahan garam laut.

4. Nafas Berbau – Terlalu banyak protein, kurangkan protein dalam pemakanan anda. Amalkan cuka epal untuk membantu penghadaman yang lebih lancar.

5. Keletihan – Kekurangan vitamin B dari B1- B5. Tambah nutritional yis untuk tambah tenaga anda.

6. Pening – tambah sodium, pilih air mineral, makan garam laut, kebiasaannya terjadi kerana kurang air hidup.

7. Kesejukkan – tambah iodine, sea kalp antara makanan tinggi iodin.

8. Sukar kenyang walaupun baru selesai menikmati hidangan – Perlu tambah lebih banyak lemak baik dalam pemakanan anda. Contoh makanan mengandungi lemak baik termasuk mentega, minyak zaitun, santan kelapa segar, ikan salmon liar dan pelbagai lagi.

9. Sakit Bahu sebelah kanan – Terlebih mengambil makanan mengandugi lemak atau kekacang, kurangkan pengambilan lemak dan kekacang.

10. Sembelit atau sukar membuang air besar – Kurangkan makanan berunsur tenusu seperti keju, lebihkan sayur-sayuran segar dan sayur-sayuran peraman (fermented vegetable).

11. Sakit belakang – Terlebih potassium citrit, sila lebihkan makanan berunsur citrus seperti buah limau atau lemon. Kemungkinan ada isu dengan buah pinggang. Sila lakukan pemeriksaan jika sakit berpanjangan.

12. Mimpi pelik – Kurangkan makanan berlemak, amalkan cuka epal dalam diet 2 ke 3 kali seminggu. Tambahan anda boleh amalkan BILE Salt atau garam BILE.

13. Rash atau alergi (gegata) – Dikatakan ketika ini hati (liver) sedang membuang toksin (detoks ). Ia juga mungkin berkaitan kekurangan vitamin B, boleh amalkan nutrional yeast dan tingkatkan pengambilan cuka epal.

14 . Sakit Kepala – Kemungkinan kadar gula dalam darah sedang bertindak balas. Cuba perlahan-lahan ubah pemakanan, contoh kurangkan secara perlahan dari 2 menu ketiga menu dahulu, jangan terlalu memaksa diri untuk perubahan diet yang lebih sihat.

15. Rasa Cemas – Kebiasaanya berkaitan dengan kekurangan vitamin B1, cuba amalkan nutritional yeast dalam pemakanan harian anda.

Info diatas adalah sekadar ‘kemungkinan’, anda boleh melakukan ujian kesihatan di klinik dan farmasi berdekatan untuk mengetahui keadaan sebenar tubuh anda apa yang anda perlu tambah dan kurangkan.

Terima kasih.










Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...