Jumaat, 4 Mei 2018

11 SENAMAN MATA MUDAH UNTUK DICUBA







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penglihatan adalah satu anugerah tidak ternilai dari tuhan namun seiring usia, jarak penglihatan mulai kabur, malah kanak-kanak yang mengalami isu penglihatan juga semakin meningkat tahun demi tahun. Mereka yang memakai cermin mata semakin menambah ‘power’ kanta cermin mata kerana isu ini.

Antara yang disyorkan untuk penjagaan dan kesihatan mata ialah senaman untuk mata. Terdapat pebagai senaman mata direka khas untuk isu mata. Antara senaman mata yang disyorkan ialah seperti berikut :-


1. Mengelipkan Mata

Lakukan senaman mengelipkan mata anda beberapa kali secara perlahan-lahan. Lakukan sehingga 10 kali dan berhenti berehat sebentar kemudian lakukan lagi. Senaman ini dikatakan membantu melembabkan mata yang kering dan letih.


2. Melihat pemandangan jauh

Belajar melihat pemandangan yang jauh. Lebih jauh lebih bagus, kurangkan melihat benda yang terlalu berdekatan mata anda. Lebih jauh anda melihat pemandangan lebih baik untuk kesihatan mata anda.


3. Melihat warna hijau semulajadi atau pemandangan semulajadi yang hijau

Melihat pokok menghijau terutama pemandangan hutan menghijau yang jauh adalah antara senaman mata yang bagus. Adalah lebih baik dan menyegarkan mata jika diwaktu pagi anda melihat pokok dan pemandangan menghijau. Malah pemandangan alam semulajadi seperti gunung ganang, laut yang terbentang biru dan bersih merehatkan mata dan menguatkan mata anda.


4. Menggerakkan Kepala ke Pelbagai Arah

Dengan mata memandang kearah hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, kiri, atas dan bawah secara perlahan-lahan sambil mata hanya fokus memandang ke hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, berhenti sebentar, kemudian ke kiri, berhenti sebentar, kemudian ke atas, berhenti sebentar dan kemudian kebawah. Berhenti sebentar dan ulang lagi gerakan ini beberapa beberapa kali.


5. Menggerakkan Mata Ke Kanan dan Ke Kiri

Senaman mata mudah lain yang anda boleh lakukan bila-bila masa ialah melakukan senaman mengalihkan pandangan mata ke kanan dan ke kiri, sebentar anda pandang ke kanan kemudian  secara perlahan-lahan alih pandangan anda ke bahagian kiri pula. Pejamkan mata sebentar , kemudian ulang beberapa kali senaman ini.


6. Pejam Mata Dan Tenangkan Diri

Pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. Tenangkan diri dan sandarkan badan anda ke sofa lembut. Relax atau tenangkan tubuh anda. Bayangkan pemandangan hijau yang indah, pantai yang memukau yang mengembirakan hati anda, hanya bayangkan perkara indah. Pejam mata dengan tenang ini selama 30 saat. Kemudian anda boleh ulang lagi sehingga anda puas hati.


7. Tutup Dan Buka Mata Anda

Tutup mata anda secara perlahan-lahan selama 5 saat kemudian buka selama 5 saat. Lakukan senaman tutup dan buka mata ini 7 kali.


8. Letakkan 2 Jari Anda di Tepi Kanan Dan Kiri Mata Anda

Secara perlahan-lahan letakkan 2 jari jemari anda di tepi hujung mata kanan dan kiri anda. Letak secara perlahan. Tutup dan buka mata anda. Anda akan merasa tenang. Ulang beberapa kali.


9. Senaman Melukis Pelbagai Bentuk Dengan Bola Mata

Secara perlahan-lahan lukiskan bentuk bulat dengan menggerakkan bola mata anda seolah-olah melukis bulatan. Kemudian Bentuk 3 segi, kemudian segi empat, kemudian hexagon. Lakukan secara perlahan-lahan, dari bentuk paling mudah kepada bentuk yang lebih sukar dan sukar lagi. Senaman melukis pelbagai bentuk dengan anak mata ini antara senaman yang boleh anda lakukan.


10. Senaman Mata Tertutup Namun Bebola Mata Bergerak ke Atas Dan Bawah

Secara perlahan-lahan pejamkan mata anda. Kemudian ketika anda pejamkan mata, gerakkan secara perlahan-lahan bola mata ke atas secara perlahan-lahan, kemudian ke bawah secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.


11. Letakkan Jari Dihadapan Mata Anda

Letakkan satu jari di depan anda, jari telunjuk contohnya. Fokuskan mata anda pada jari telunjuk anda. Kemudian fokus kepada objek di belakang jari anda, kemudian di belakang lagi, tukar kepada objek lebih belakang.

Senaman ini ialah mengenai fokus kepada apa yang ada paling hadapan, dan berubah kepada yang belakang dan lebih belakang lagi.

Kemudian kembali secara perlahan-lahan fokus kepada ke hadapan kembali iaitu jari anda.

Selamat mencuba 11 senaman mata mudah ini.

Anda juga perlu menikmati makanan berkhasiat mata sihat dan kuat. Kurangkan terlalu lama mengadap skrin computer, telefon bimbit atau gadjet anda.

Terima kasih.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...