Ahad, 8 April 2018

AMALAN @ CARA MUDAH CUCI @ DETOKS USUS



CARA MUDAH CUCI USUS ATAU DETOKS KOLON


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

ASAS YANG PERLU ANDA TAHU DALAM MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN USUS

Usus sering dikaitkan dengan sarang penyakit. Baiki usus anda dan emosi anda, insyallah penyakit akan sembuh dan anda akan awet muda. Itu pesan ramai ahli kesihatan.

Hari ini ramai antara kita bersemangat mengdetoks atau membersihkan usus. Sebut sahaja produk di farmasi atau dipasaran yang mengiklankan pembersihan usus, maka ramailah yang akan berebut membelinya kerana percaya usus akan bersih dan tubuh akan sihat.

Andai dengan satu produk usus mudah menjadi bersih, tentu sekali semakin berkurang jumlah pesakit yang datang ke klinik dan hospital.

Bagaimana cara mudah untuk kita membersihkan usus dan menguatkan antibody tubuh?.

Perkara pertama yang harus diketahui ialah penyakit bermula dari usus.

Ketahui tanda usus lemah atau bocor, apa penyebab usus dan penyakit usus. Usus tidak semudah satu produk dan satu hari mahupun satu bulan untuk dibersihkan terutama jika berpuluh tahun anda ikut suka menikmati apa sahaja makanan.

Antara makanan utama yang perlu dielakkan dalam proses membersihkan usus ,ialah makanan proses dan tinggi gula proses, makanan bijirin yang tidak direndam dahulu sebelum dimasak dan diproses, kekacang yang tidak direndam sebelum dimasak, produk tenusu komersial, gula putih, tepung putih dan beras putih biasa yang dilunturkan sehingga menyebabkan ketiadaan khasiat dan hanya tinggi gula semata-mata.


Selain makanan proses makanan yang menyebabkan alergi dan sensitivity kepada sesetengah individu juga harus dielakkan. Tidak semua perut dan usus individu itu sama. Tentu anda sendiri boleh kenali apa yang boleh anda makan dan apa yang memberi kesan kepada perut dan usus anda jika anda makan. Jika mampu anda juga boleh membuat ujian alahan makanan di mana-mana klinik atau hospital yang menawarkan khidmat ini.

Ada sesetengah makanan yang menyebabkan radang. Bagi pengidap ekzema peringkat pertama yang mengharungi topical steroid withdrawal makanan sihat seperti terung, tomato dan capcicum sekali pun akan menyebabkan alahan kerana terdiri dari makanan nightshade yang susah hadam dan boleh menyebabkan ‘flare’ atau radang. Bagi penyakit lain ada sesetengah makanan walaupun makanan sihat yang hanya akan menambah sakit dan menyukarkan baik pulih.

Antara makanan yang paling mudah memberikan alahan kepada kebanyakan individu termasuklah jagung, soya, makanan laut, laktosa, gluten. Alcohol dan bahan kimia didalam makanan atau tindak balas bahan kimia dalam makanan itu sendiri.

Apabila ini terjadi, ini jelas menunjukkan bahawa ada kerosakan atau sensitivity dalam usus anda. Elakkan makanan ini kerana jagung terkenal antara makanan paling banyak dihasilkan melalui teknik GMO termasuk soya.


Antara tanda utama anda memerlukan detok atau detoksifikasi usus , ialah anda sering mengalami isu berikut :-

  • ·        Sembelit
  • ·        Kembung perut
  • ·        Angin dalam tubuh atau gas banyak
  • ·        Sakit kepala
  • ·        Lidah bertanda putih
  • ·        Nafas berbau
  • ·        Mudah penat
  • ·        Selalu sakit badan
  • ·        Perut buncit
  • ·        Penyakit kulit
  • ·        Ketagih makanan manis dan bertepung
  • ·        Mood mudah berubah
  • ·        Susah menurunkan berat badan
  • ·        Makan banyak tapi tidak naik berat badan
  • ·        Jerawat
  • ·        Bau badan
  • ·        Gegelung mata hitam


Cara paling mudah untuk detoks ialah berpuasa dan berbekam mengikut kesesuaian tubuh anda. Tidak semua individu sesuai berbekam, dan tidak semestinya anda berbekam anda terjamin sihat jika anda tidak menjaga pemakanan anda.
Apa sekali pun yang paling utama menjaga pemakanan anda. Pertama tambah lebih banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan tempatan khususnya. Kurangkan karbohidrat proses, rajinkan bersenam dan bergerak.  Kurangkan stress dan sentiasa berfikir positif.

Anda harus kerap membuat jus hijau dengan campuran buah kegemaran anda, minum air kelapa, minum jus limau nipis, cuka epal dan rajin mengeluarkan peluh untuk mencuci kolon anda dengan cara yang lebih semulajadi.

Tambah lebih banyak serat dalam menu harian anda. Kunyah 40x dan makan perlahan-lahan.

Selamat Mencuba cara mudah mencuci kolon (usus) dan detoks ini.

Terima Kasih.







Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...