Isnin, 9 April 2018

16 MAKANAN MEMBANTU MENAMBAH TENAGA DAN MELAWAN KELETIHAN TUBUH




16 Makanan Untuk Menambah Tenaga Secara Semulajadi


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semakin berusia semakin badan anda akan mudah lemah dan memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan pelbagai perkara.

Ketika waktu muda anda boleh memandu 24 jam lamanya seorang diri tanpa henti, namun seiring usia, tenaga dan badan yang lemah menyebabkan anda perlu beberapa kali berhenti berehat dan tidur sekejap untuk mengembalikan tenaga dan keletihan ketika memandu jauh.

Suatu waktu dahulu, pakar kesihatan mengajar makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ialah makanan menambah tenaga. Makanan manis penting untuk memulakan hari anda untuk tenaga. Itu yang sering diwar-warkan dalam iklan dan diamalkan oleh kebanyakan masyarakat moden di Malaysia termasuk di Amerika kerana kebanyakan golongan muda suatu waktu dahulu suka meniru cara orang Amerika menikmati hari dengan menikmati bijirin, roti dan donut serta air manis.

Seiring penyelidikan demi penyelidikan, kajian demi kajian. Pakar kesihatan milenia mengesyorkan makanan tinggi lemak baik untuk sarapan dan pemakanan agar tubuh membakar lemak menjadi gula atau sumber tenaga berbanding karbohidrat, terutama ramai masyarakat hari ini menjadikan karbohidrat proses sebagai menu utama dalam pemakanan seharian.

Namun harus ditegaskan, pastikan makanan yang anda pilih sesuai dengan kemampuan dan cara hidup anda, jangan terlalu mendesak dengan diet yang anda sukar pertahankan sehingga menyebabkan stress. Stress dan pemakanana berkait rapat namun jika anda tidak mampu mengawal perasaan dan minda anda, sia-sia anda berusaha cuba menikmati makanan sihat jika ia hanya akan menambahkan tekanan dan menyebabkan anda mudah marah hanya kerana sukar mendapatkan makanan sihat.

Apakah makanan sihat dan semulajadi untuk memulakan hari anda dan menambah tenaga untuk sepanjang hari?

Makanan tinggi lemak baik seperti santan kelapa segar, makanan yang dimakan cicah minyak kelapa dara  asli atau minyak zaitun dara asli, buah avocado dan telur kampong rebus adalah makanan yang disyorkan untuk memulakan pagi anda.

Antara makanan melayu popular yang tinggi lemak baik ialah lempeng kelapa (kurangkan tepung putih tukar tepung gandum penuh dan pastikan tepung gandum penuh hanya ¼ dan ¾ ialah kelapa segar).

Nasi lemak juga ialah makanan sihat dengan syarat ia diperbuat dari santan segar. Kurangkan sambal dan jika anda mampu buat sambal dari minyak kelapa, lada kering dikatakan antara bahan yang tinggi kimia dalam pemprosesan cuba tukar bahan yang lebih sihat. Tukar kacang tanah goreng dengan kacang tanah goreng tanpa minyak, lebihkan timun atau kangkung celur juga ikan bilis yang digoreng sebentar bersama minyak zaitun. Pastikan anda pilih telur rebus berbanding telur goreng kecuali ia digoreng dengan minyak sihat.

Masyarakat melayu percaya ketika pagi anda harus menikmati telur mentah bersama madu liar asli. Namun ketika ini dikhabarkan di Malaysia 90% madu yang dijual dipasaran ialah madu tiruan. Lebah yang dibela makan gula putih dan pelbagai lagi. Jika anda percaya pada penjual madu asli yang anda yakin madu yang diternak atau didapatkan itu adalah asli dari hutan, anda boleh terus mengamalkan madu asli itu.

Ada 2 pendapat berbeza mengenai pemakanan sihat, separuh doktor percaya lemak baik amat bagus mengantikan karbohidrat yang ditukarkan kepada gula. Lemak baik dipercayai tidak terus menaikkan gula dalam darah berbanding karbohidrat. Jika anda mengambil sumber gula dari karbohidrat anda dikatakan lebih mudah lapar berbanding mengambil sumber gula yang ditukarkan dari lemak.

Pendapat lain lebih percayakan benda manis dan segar seperti buah dan madu adalah makanan sumber terbaik untuk membina dan menguatkan sel yang terus pergi kepada sel tubuh dengan syarat anda adalah seorang yang aktif bukan hanya bekerja 90% duduk diatas kerusi dan memandu seharian. Sila pastikan anda betul-betul faham perkara paling asas dalam bab ini.

Berikut antara senarai makanan yang bagus untuk menambah tenaga seharian dan mengurangkan risiko keletihan terutama bagi anda yang mudah letih dan kurang semangat.

1. Minyak kelapa dara organic dan asli

Minyak kelapa dikatakan amat bagus untuk kesihatan. Malah dikatakan dalam  minyak kelapa terdapat satu bahan yang sama terdapat dalam susu ibu. Tidak seperti makanan lain yang memerlukan 26 step untuk menghasilkan lemak baik, minyak kelapa dara tidak perlu melalui 26 step itu.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menikmati minyak kelapa dara ketika sarapan, anda boleh tambah minyak kelapa dalam kopi mengantikan creamer dan cuba jauhi tambahan gula dalam kopi anda. Selain itu anda boleh renjis minyak kelapa dara dalam salad anda atau atas telur rebus juga telur goreng anda. Minyak kelapa dara amat bagus untuk kesihatan terutama bagi masyarakat nusantara. Anda harus tahu bahawa apa yang tumbuh sekitar anda itulah yang paling sesuai dengan tubuh dan darah anda.


2. Minyak zaitun

Pastikan anda mendapatkan minyak zaitun dara asli bukan campuran kerana realitinya terdapat banyak minyak zaitun campuran yang dijual secara komersial serata dunia. Minyak zaitun amat tinggi kandungan lemak baik dan bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit. Tambah sahaja minyak zaitun dalam nasi goreng anda yang digoreng menggunakan minyak sihat.


3. Santan segar asli

Pernah anda dengar lagu lama ‘susu lemak manis, santan kelapa muda, adik jangan nangis, emak buat kerja’?. Dikatakan zaman dahulu santan kelapa muda itu menjadi minuman ‘susu tumbuhan’ untuk kanak-kanak namun ia telah berzaman ditinggalkan. Jika anda menikmati cendol asli, cendol asli sebenarnya menggunakan santan segar bukan santan dimasak atau susu. Malah beberapa masakan seperti laksa dan laksam asli juga sebenarnya menggunakan santan segar yang tidak dimasak. Seiring zaman santan dimasak untuk lebih tahan lama kerana santan adalah makanan mudah rosak dan basi.



4. Mentega asli

Terlalu banyak mentega bukan asli dipasaran. Dipeketkan seolah mentega didalam sampul emas atau perak sehingga mereka yang tidak rajin mengetahui mengenai berita kesihatan terpedaya.

Mentega harus diperbuat dari 100% susu segar asli. Pilih yang diperbuat dari susu lembu yang makan rumput berbanding makan dedak. Antara mentega asli popular ialah dari New Zealand. Adalah dipercayai kebanyakan lembu di New Zealand makan rumput segar yang tumbuh subur berbanding Negara lain.

Cara paling mudah memilih mentega asli pilih mentega yang tertulis diperbuat dari 100% susu segar antara jenama popular di Malaysia ialah Anchor, Kerrygold, Westgold, President dan Tartura.

Mentega menguatkan tubuh dan memberi tenaga berpanjangan untuk tubuh anda. Ia lebih baik dimakan segar berbanding digunakan untuk memasak. Tambah mentega dalam nasi anda, bubur anda, minuman anda untuk khasiat sebenar.


5. Minyak sapi

Seperti mentega minyak sapi kini banyak dijual adalah minyak sapi komersial yang diperbuat dari minyak sayur-sayuran. Tolong jangan terus terpedaya, terlalu banyak minyak sayuran yang sebenarnya tidak sihat. Terlalu banyak perkara yang perlu ditulis mengenai reality sebenar minyak sayur-sayuran namun perkara pertama yang harus anda lakukan cuba sedaya upaya elakkannya.  

Minyak sapi asli dari susu segar terkenal sebagai makanan yang menguatkan tubuh dan antibody. Ia mencantikkan tubuh dan membantu membina otot. Banyak makanan dan desert arab menggunakan minyak sapi, namun seiring kemodenan kebanyakan makanan arab juga kini menggunakan minyak sapi dari minyak sayuran bagi mengurangkan kos pengeluaran produk.


6. Madu liar

Ramai individu terutama golongan lama tidak dapat meninggalkan madu mentah sebagai makanan semulajadi mereka diwaktu pagi. Madu liar asli memang menambah tenaga untuk anda. Maksud madu liar ialah ia dari lebah liar bukan dibela. Ia semulajadi yang sebenar dari alam. Anda boleh nikmati madu liar ini bersama habbatus sauda diwaktu pagi. Tinggalkan manis dari makanan lain, amalkan madu liar ini sebagai ganti. Kurangkan gula hatta ia gula semulajadi, terutama jika anda pasti hidup anda lansung bukan seorang yang aktif.


7. Chia seed

Chia Seed juga dikatakan antara super food dan warrior food. Mengandungi lemak baik dan khasiat lain termasuk kalsium, chia seed juga antara makanan yang bagus sebagai penambah tenaga untuk hari anda. Pastikan anda minum banyak air jika anda mengamalkan chia seed.


8. Flaxseed

Flaxseed sebaiknya diamalkan dalam bentuk serbuk. Pilihan yang bagus jika anda boleh kisar flaxseed sendiri atau kisar sahaja dengan menambah flaxseed ke dalam smoothie anda. Flaxseed bagus dalam mencegah pelbagai penyakit berkaitan payudara. Amalkan flaxseed kerana ia adalah antara makanan paling bagus untuk wanita.


9. Sayur-sayuran hijau

Mungkin ia Nampak seperti tidak logic kerana ia sekadar sayur. Namun kajian menunjukkan sayur-sayuran hijau amat bagus untuk menambah tenaga dan memberi anda kesegaran serta kekuatan sepanjang hari. Anda akan merasa kelainannya jika anda rajin menambah lebih banyak sayur-sayuran dalam menu anda dan anda tentu akan rasa kenyang lebih lama. 

Jika anda sukar menikmati sayur-sayuran anda boleh menjadikan ia sebagai jus atau smoothie. Pilihan lebih mudah anda juga boleh memasak sayur-sayuran masak lemak. Masak sekejap sahaja dan nikmati ia bersama sedikit nasi atau makan sahaja begitu. Sayur-sayuran yang tinggi serat dan antioksidan serta vitamin akan membuat anda kenyang lebih lama dan jauh lebih bertenaga kerana kadar oksigen dalam darah yang lebih tinggi terutama jika anda nikmati sayur-sayuran segar sebagai salad atau ulam.


10. Buah-buahan dalam kadar yang sesuai

Ramai takut pada buah-buahan kerana kandungan gula yang tinggi. Anda harus tahu menikmati buah-buahan dalam kadar sederhana amat bagus untuk kesihatan dan tubuh anda. Pilih buah sihat dan kurang racun seperti buah tempatan. Jika anda mampu anda dapatkan sahaja buah-buahan organic atau sebaiknya tanam sendiri. Banyak perkara lain yang anda harus belajar mengenai tanam sendiri yang ramai tidak pernah ambil berat dan tahu mengenai perkara asas termasuk jenis baja dan sebagainya dari segi cucuk tanam sendiri.


11. Kurma Ajwa

Kurma terkenal dalam diet dan pemakanan islam sebagai antara makanan sunnah dan buah sunnah dalam bulan Ramadhan. Selain tinggi khasiat dan antioksidan, kurma ajwa juga amat bagus sebagai makanan penambah tenaga dan menguatkan tubuh. Nikmati kurma ajwa dipagi hari, anda boleh nikmati ia dalam bilangan ganjik antara 1-7 biji sesuai cara hidup anda. Jika anda aktif anda boleh makan 3 -5 biji, terlalu aktif 7 biji , jika tidak aktif sebiji sudah cukup.


12. Avocado

Terkenal sebagai buah yang selamat walaupun bukan organic. Buah avocado adalah antara buah paling terkenal mengandungi lemak baik dan makanan paling popular ketika ini dalam diet sihat pengamal diet ketogenic. Bagus untuk wanita khususnya, buah avocado bukan sahaja menguatkan tubuh, mencantikkan kulit malah menambah tenaga untuk anda yang sering mudah keletihan.


13. Buah Tin Segar

Anda harus tahu terlalu banyak buah yang dikahwinkan di zaman ini termasuk buah tin dan delima. Pilh buah tin segar asli yang bukan kahwin. Buah tin terkenal tinggi serat dan amat bagus untuk penghadaman serta mengenyangkan dalam jangka masa lama. Sedap dan manis, ia menguatkan tubuh dan menambah tenaga untuk anda yang sering berasa lemah dan letih.


14. Pisang

Makanan atau buah paling murah dan senang didapati ialah pisang. Sedap, manis, berlemak dan murah. Dari tepi jalan ke pasaraya, pisang ialah buah paling menjimatkan untuk anda yang ingin kenyang lama dan menambah tenaga. Pilih pisang popular dan tidak ‘kahwin’ seperti pisang emas, pisang lemak manis dan pisang yang anda tahu wujud dizaman nenek moyang anda lagi.


15. Susu Kambing Segar

Susu kambing segar terbukti menguatkan tubuh dan otot. Malah susu kambing juga membantu anda kenyang dengan lebih lama. Jika anda sukar mendapatkan susu kambing segar dapatkan sahaja serbuk susu kambing asli. Semakin anda berusia semakin anda mudah lapar dan letih. Belajar nikmati makanan yang mengandungi susu kambing mulai hari ini.  Pastikan susu kambing yang anda pilih dari kambing yang menikmati rumput sebagai makanan utama.

Amalan bersarapan susu kambing dan kurma ajwa juga diantara yang paling popular dalam diet islam atau pemakanan sunnah. Anda boleh mencuba petua ini.


16. Supplement asli yang berkualiti

Cara hidup yang sibuk, cepat dan pantas. Masa yang tidak cukup menyebabkan ramai individu yang tidak mampu menjalani pemakanan sihat walaupun puas berazam dan mencuba.

Bagi membantu anda untuk menambah tenaga, mungkin anda boleh mendapatkan supplement semulajadi dan organic untuk menguatkan tubuh anda juga melawan keletihan.

Supplement bermutu tinggi seperti gam Arabic, jintan hitam, serbuk baobab, spirulina, wheat grass ,  minyak ikan asli, minyak krill, minyak ikan cod dan pelbagai lagi antara makanan supplement paling bermutu tinggi untuk anda amalkan. Dapatkan dari jenama yang dipercayai tanpa campuran bahan yang meragukan.


Makanan Dan Diet Sesuai Tubuh

Anda harus ambil perhatian, jika anda ingin melawan lemak dalam badan, lemak harus lawan lemak. Lemak baik lawan lemak jahat.

Dalam mengamalkan diet sihat, anda harus tahu diet apa yang anda amalkan dan adakah ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda. Ada makanan yang memberi lebih tenaga kepada individu, ada makanan yang hanya akan menyebabkan keradangan pada tubuh anda contoh seperti 'bloating' atau angin juga sebu dan loya.

Tidak semua individu sesuai mengamalkan ketogenic diet yang tinggi lemak dan kurang karbohidrat dan protein atau hanya bergantung kepada lemak baik untuk menukarkan ia kepada gula.

Ramai yang tidak faham bahawa benda atau diet yang baik pada si A tidak semestinya baik dan bagus untuk si B.

Makanan yang baik tidak akan menjadi baik untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan lain, sihatkan dahulu usus anda barulah makanan yang baik akan dihadam dan menjadi nutrisi kepada tubuh. Asas ini terlalu dalam untuk dikaji dan dibentangkan.

Paling penting jaga pemakanan anda dan elakkan makanan berproses atau sekurang-kurangnya kurangkan makananan proses dalam pemakanan harian anda.

Makan makanan dan herba baik sekalipun haruslah berpada-pada dan bersederhana.



Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...