Ahad, 15 April 2018

TIDUR DAN KAITANNYA ANTARA BERAT BADAN DAN EMOSI



Berat badan dan emosi turut berkait dengan cara dan kualiti tidur



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Dikatakan semakin anda menuju usia 50 an dan seterusnya semakin anda sukar mendapat tidur yang nyenyak. Ketika remaja anda boleh berjaga lama, makin berusia anda semakin mudah mengantuk dan ingin tidur lebih awal, namun sayangnya ‘deep sleep’ atau tidur yang sebenar tidur yang berkualiti agak sukar ditemui (tidur lena).

Isu mendapat tidur yang lena atau sukar mendapat tidur yang lena kini bukan sahaja berlaku terhadap golongan emas malah golongan muda termasuk mereka yang berusia belasan tahun.

2. Ubat tidur bukan sahaja akan menyebabkan kebergantungan yang bukan semulajadi malah akan menyebabkan hormon mereka yang bergantung padanya akan lebih terganggu. Maka cara semulajadi untuk lena tidur amat disyorkan.

3. Anda harus cuba belajar menggunakan cara semulajadi untuk mendapatkan tidur yang lena. Tidur yang berkualiti bukan sahaja menghasilkan mood yang lebih baik malah semangat yang lebih kuat serta antibody yang lebih kebal dalam melawan penyakit malah membantu menguruskan tubuh dan menyingkirkan toksin dalam tubuh.

4. Kajian menunjukkan kesukaran untuk lena tidur menyebabkan mudah berasa lapar, metabolism yang perlahan, stress, menurunnya otot tubuh, keletihan, mood yang tidak baik, risiko diabetes, risiko penyakit jantung, risiko darah tinggi dan turut menyebabkan sistem imun tubuh menjadi lemah malah isu kesuburan turut berkait rapat dengan tidur lena yang cukup.

5. Tubuh memecahkan lemak dan bekerja di waktu malam ketika tidur, bukan diwaktu siang ketika anda berjaga. Aktiviti siang anda yang anda lakukan termasuk bergerak aktif dan bersenam itu membantu anda untuk tidur yang lebih lena.

Tidur yang berkualiti akan membantu memencahkan lemak seiring diet sihat yang diamalkan termasuk gaya hidup aktif. Dengan campuran kedua perkara ini ditambah dengan menguruskan stress dengan bagus ini akan membantu anda mendapat ‘deep sleep’ atau tidur yang lena.

6. Hormon tumbesaran amat penting untuk membakar lemak. Hormon tumbesaran paling tinggi yang dihasilkan oleh tubuh adalah anggaran antara pukul 12 malam ke pukul 2 pagi. Ketika ini ‘fat burning’ (hormon pembakaran lemak) hormon di hasilkan atau dilepaskan oleh tubuh ketika tidur lena. Adalah disyorkan untuk setiap individu tidur lebih awal iaitu dalam anggaran antara pukul 9 malam ke 11 malam untuk mendapatkan ‘nikmat’ ini.

7. Untuk memudahkan tubuh menghasilkan hormon tumbesaran, pastikan anda aktif, melakukan senaman dan aktiviti yang merembeskan peluh dan mengeluarkan tenaga, menikmati protein dalam kadar sederhana, berpuasa sekaligus cara ini akan membantu mendapat tidur yang lena . Kaitan hormon tumbesaran dan tidur yang lena ini telah diterangkan dalam point sebelumnya.

8. Ramai individu memberi alasan mendapat tidur yang lena tanpa perlu menjadi aktif dan menjaga pemakanan.  Mendapat tidur yang lena, tidak semestinya menjadi alasan untuk tidak aktif dan menikmati makanan apa sahaja mengikut emosi kerana kesan jangka panjang gaya hidup dan pemakanan ini pasti akan membawa kepada isu kesihatan dan emosi lain dimasa akan datang.

9. Antara cara semulajadi mendapat tidur yang lena ialah mendapatkan cukup khasiat makanan semulajadi dan nutrient berkaitan seperti potassium, magnesium, vitamin B1, B3, B5, B6, Vitamin C dan menggunakan minyak pati asli.

10. Berjalan kaki selama satu jam di kawasan semulajadi seperti taman atau padang yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan turut membantu mendapatkan tidur yang lena terutama jika ketika berjalan kaki itu anda turut ditemani cahaya matahari pagi atau petang yang tinggi vitamin D semulajadi . Vitamin D atau cahaya matahari terbukti antara bahan semulajadi yang menambah semangat dan mood yang baik serta memberikan tidur yang lena. Bersahabatlah dengan alam dan cahaya matahari pagi atau petang.

11. Jika anda ingin mendapatkan mood dan emosi yang ceria yang membolehkan anda sentiasa tersenyum dan gembira, anda harus mendapatkan tidur yang lena. Cuba lakukan cara diatas, dengan melakukan cara ini anda tentu sahaja akan gembira ketika bangun pagi dan lebih gembira apabila melihat lemak diperut anda semakin nipis dan badan anda lebih ringan dan bertenaga sekaligus mengurangkan rasa keletihan di jiwa dan raga anda.

Semoga artikel ini menjawab persoalan anda dan membantu anda menyelesaikan masalah emosi dan jiwa anda.


Terima Kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...