Khamis, 1 Mac 2018

1001 KHASIAT ISI KELAPA


Isi kelapa yang siap di parut
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kelapa ialah makanan turun temurun kaum melayu nusantara. Dari buah, isi, air, sabut, tempurung, umbut, pelepah semua dari akar hingga ke buah, kelapa mempunyai 1001 kegunaan yang memberi manfaat kepada manusia.

Zaman milenia ini, kelapa bukan sahaja terkenal di nusantara malah terkenal di Amerika dan Eropah serta negara luar oleh kerana keenakan dan khasiat kelapa itu sendiri.

Selain boleh dimakan mentah dan segar, dibuat santan, kelapa juga boleh dibuat smoothie, kek dan cookies serta jajan yang enak. Malah ketika ini 'coconut flour' atau tepung kelapa amat popular dalam kebanyakan resepi barat bagi pengamal diet sayur-sayuran dan ketogenic diet.

Apakah istimewa Khasiat Isi Kelapa yang sering digunakan sebagai inti dan kegemaran ramai ini.

Berikut 11 Khasiat Dan Kebaikan Isi Kelapa untuk kesihatan tubuh anda.

1. Terdapat anggaran 20% kandungan vitamin B didalam isi kelapa. Vitamin B bagus untuk pembentukan sel darah merah.

2. Kandungan serat di dalam isi kelapa sama dengan kandungan vitamin B iaitu 20%, serat terkenal bagus untuk penghadaman dan amat bagus untuk kesihatan dan usus. Fiber terkenal membantu anda merasa kenyang lebih lama. 

3. Isi kelapa juga kaya dengan kandungan pelbagai mineral yang amat bagus untuk kesihatan antaranya , manganese . Dimana satu cawan isi kelapa mengandungi 67% keperluan harian manganese untuk tubuh wanita dan 52% keperluan untuk lelaki. Manganese membantu tubuh menggunakan lemak dan protein, menguatkan imun tubuh, mengawal glukos dalam darah, dan membantu tubuh menggunakan zat besi, thiamine dan vitamin E.

4. Kandungan potasium dan tembaga didalam isi kelapa turut membantu fungsi jantung dan juga pembentukan otot tubuh.  Tembaga amat penting untuk pembentukan darah merah dan sensitiviti rasa.

5. Sumber paling utama dan digalakkan anda menikmati isi kelapa ialah kandungan asid lemak rantaian sederhana yang terdapat dalam isi kelapa. Mereka yang sentiasa dikemaskini dengan berita perkembangan kesihatan tentu tahu betapa asid lemak yang terdapat dalam kelapa mempunyai khasiat yang amat bagus untuk tubuh dan kesihatan. Asid lemak didalam kelapa tidak menyebabkan kolesterol malah ia membantu mengurangkan kolesterol jahat didalam tubuh, malah fungsi asid lemak ini turut menaikkan jumlah kolesterol baik didalam tubuh. Walau bagaimana sekalipun kebaikan buah kelapa dan isi kelapa ini mengenai kolesterol, jika anda mempunyai penyakit berkaitan kolesterol, sebaiknya mendapatkan nasihat doktor anda mengenai pemakanan kelapa ini dalam diet anda.

6. Isi kelapa juga amat bagus bagi mereka yang mengamalkan diet ketogenic. Diet ketogenic yang memfokuskan kurang karbohidrat dan tinggi lemak baik meletakkan isi kelapa dan minyak kelapa antara menu utama dalam diet ini seiring kebaikan dan khasiat kelapa itu sendiri. Jika anda ingin kenyang lama, sihat dan inginkan otot yang kuat atau ingin membentuk otot ditubuh anda, jangan takut menikmati isi kelapa atau santan kelapa yang diperbuat dari isi kelapa. Pertambahan otot ditubuh, dikatakan membantu tubuh kurus dengan lebih cepat.


Di Malaysia, harga kelapa boleh dikatakan masih mampu dibeli oleh semua golongan. Tambah isi kelapa anda dalam setiap menu harian anda baik smoothie, lempeng, kuih, bubur, cookies, biskut dan sebagainya.


Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...