Isnin, 7 Ogos 2017

Yang Membahagiakan



Keledek Manis Jepun organik  antara makanan yang membahagiakan.  Bukan mudah untuk dapat stok keledek Jepun ini di kedai organik.  Apa lagi jika berjaya menanam sendiri. 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap insan berlainan rasa bahagia pada setiap sesuatu. 

Namun untuk gembira anda harus mencari sesuatu perkara kecil yang mengembirakan anda. 

Kegembiraan walau pun kecil adalah ubat untuk menyembuhkan penyakit dan mengelakkan stress sekaligus menghalang penyakit mudah singgah di tubuh. 

Bagi saya menikmatinya makanan sihat terutama buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang saya tahu di tanam sendiri oleh orang tersebut dan diberikan kepada saya adalah satu kebahagiaan. 

Malah masakan sihat yang dimasak sendiri dan insan yang dipercayai lebih hebat dari segi ilmu kesihatan dalam memasak juga adalah hadiah yang menggembirakan saya. 

Ini termasuk sayur-sayuran organik yang ditanam sendiri dan tumbuh subur dan dihadiahkan untuk saya. 

Makan masakan di luar juga adalah detik membahagiakan bersama keluarga dan insan tersayang. 

Begitu juga percutian yang membahagiakan tidak kira di mana dan ke mana sahaja. 

Perkara paling mudah untuk bahagia namun agak malas saya lakukan ialah memakai Original Body Scrub dan kemudian menyapu minyak kegemaran sebelum tidur. 

Sebulan sekali belum tentu saya berjaya melakukannya.  Namun memakai Original Body Scrub 3 hari sekali amat mudah,  untuk menyapu minyak di tubuh itu yang paling sukar di lakukan.. 
Mungkin yang sukar di lakukan itu adalah yang membuatkan ia menjadi satu kegembiraan apabila saya berjaya melakukannya. 

Sahabat saya adalah manusia yang paling gembira jika beliau dapat mencukupi masa tidur beliau dan anak beliau tidak meragam ketika malam. 

Lain pula dengan rakan saya yang amat gembira jika dapat mencuci muka dengan bersih sebersihnya di waktu malam dan memakai semua produk kecantikan malam beliau. Atas alasan beliau kerap tertidur tanpa mencuci muka dengan betul-betul bersih dan memakai rejim penjagaan kulit malam yang betul. 

Ada insan yang mengembirakan bercuti ke mana sahaja.  Ada yang mengembirakan apabila Bercucuk tanam dan hasilnya mengembirakan. 

Beruntunglah mereka yang mudah gembira dengan perkara kecil. 

Hidup akan menjadi lebih mudah jika kita mencari sesuatu yang membuatkan kita gembira. 

Perkara utama untuk mewujudkan perasaan gembira ini pastinya bersyukur dengan apa yang sedikit dahulu. 

Kemudian barulah kita akan semakin bersyukur dan bersemangat dengan perkara yang lebih besar. 

Bersyukur dan gembira berkaitan dengan emosi dan juga stress dalam tubuh yang boleh menyembuhkan penyakit dan menghindari penyakit dari datang. 

Apabila kita sentiasa mengfokuskan apa yang menggembirakan dan kita miliki,  kita tidak punya masa mencampuri dan memikirkan hal orang lain sekaligus mengelakkan perkara negatif berlaku dalam pergaulan dan kehidupan. 

Rancang lah apa perkara yang anda boleh lakukan sendiri.  Biar perkara itu kecil namun memberikan kegembiraan walaupun hasilnya kecil. 

Biar ada benda dari tiada langsung dan paling penting kegembiraan dan kesyukuran tak akan mungkin boleh di beli. 

Blogging dan membaca serta menambah ilmu juga antara perkara yang mengembirakan. 

Maka ketika ini saya sedang bergembira menulis artikel untuk di kongsi kan bersama pembaca Blog ini. 

Selamat memulakan hari anda yang indah. 

‌Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...