Selasa, 1 Ogos 2017

Belajar Branding


Print screen dari instagram,  Facebook,  dan Facebook messenger

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Antara sifu yang sering saya ikuti di Facebook ialah Puan Ainon Mohd.

Saya pasti mereka yang aktif Facebook dan berminat dalam bidang keusahawanan merupakan follower beliau.

Antara ilmu yang kerap di kongsi oleh Puan Ainon Mohd di Facebook beliau sama ada Facebook peribadi atau Pages kebanyakannya mengenai ilmu keusahawanan.

Malah Puan Ainon Mohd juga mempunyai sekolah keusahawanan sendiri yang digelar Ainon Business School.

Antara yang saya pelajari dari Facebook Puan Ainon Mohd ialah mengenai Branding.

Betapa jika anda ingin memperkenalkan diri di media social anda harus aktif dan memperkenalkan diri.

Dari branding ini,  anda akan semakin bijak memperkenalkan diri kepada Channel yang akan anda gunakan untuk mempromosikan produk anda pada masa akan datang.

Malah dalam ilmu keusahawanan yang di ajar oleh ABS ia lebih kepada ilmu perniagaan kolaborasi bukan ilmu persaingan seperti ajaran sifu sebelumnya.

Berbalik kepada ilmu Branding yang di ajar oleh beliau dalam Facebook tentunya tidak sama dengan ilmu yang di ajar secara terperinci secara dalam kelas atau berhadapan juga seminar yang diperkenalkan oleh ABS,  maka tentu saja individu seperti saya agak kurang dalam ilmu ini.

Setakat membaca sekali dua ringkasan atau rumusan ringkas manakan sama dengan ilmu yang lebih mendalam mengenai Branding.

Lama telah berazam aktif Facebook dan Linkedln serta Twitter nampaknya setakat ini saya lebih aktif di Blog dan instagram,  Facebook agak jarang untuk saya berkongsi status dan Info,  hanya link dari Blog sahaja yang sering saya kongsi kan sekali sekala.

Melihat progress branding yang cuba saya lakukan seolah ia masih lagi samar.

Mesej di Facebook jelas menunjukkan saya masih dalam proses untuk mencari arah apa branding sebenar yang ingin saya tunjukkan baik di dalam Blog, Facebook dan instagram.

Melihat kepada setiap komen dan status di Facebook Puan Ainon Mohd bukan saya seorang yang menghadapi kesukaran ini.

Benarlah tiada apa yang mudah di dunia ini.

Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan perkemaskan dalam memperkenal imej saya dan branding yang cuba saya perkenalkan dan memastikan ia wujud.

Antara sifu yang sering di war-warkan oleh Puan Ainon Mohd ialah Seth Godin,  jika anda juga berminat dengan branding dan tribe yang di perkenalkan oleh mazhab ABS dan Seth Godin ini anda boleh mengikuti setiap ilmu yang di kongsi di Facebook milik Puan Ainon Mohd dan juga kumpulan ABS Holding yang saya kira amat popular di Facebook di kalangan golongan muda usahawan.

Malah jika anda berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pihak ABS sering mengadakan kursus dengan bayaran yang berpatutan.

Jika anda aktif Facebook dan rajin membaca.

Singgah dan Follow la Facebook Puan Ainon Mohd dan rakan-rakan beliau.

Banyak perkara yang anda akan pelajari.

Saya masih lagi terus belajar dan tentu terlalu banyak kekurangan dan kelemahan harus saya perbaiki lagi.

Doakan semoga impian dan kejayaan sentiasa bersama.

Terima kasih.



2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

tak apa.. keep on learning and improving. kita semua kena always top up ilmu yang ada. chaiyok chaiyoook =)

Deeja berkata...

Betul. Sekurang kurangnya ada benda baru kita belajar. Cabar buat sesuatu yang baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...