Pilih sushi yang kurang bahan dan sihat serta lebih murah |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Mengikut azam untuk menikmati makanan lebih sihat dan Eat Clean, tidak begitu mudah bagi individu berpandukan Life style hidup masing-masing.
Namun yang paling penting dalam mengejar impian dan azam, tidak kira dalam apa sahaja dalam hidup ialah proses yang anda lalui terdapat Progress atau improvement dari sebelumnya atau dengan kata lain diet anda telah banyak berubah ke arah lebih baik berbanding sebelumnya.
Islam juga mendidik umatnya, dari baik menjadi lebih baik dari hari ke hari. Dari hanya sembahyang wajib di tambah puasa sunat dan pelbagai amalan lain.
Malah seorang ibu biasa suri rumah juga bermula hanya dari gula Putih dan garam putih kemudian bertukar ke gula perang dan garam Pink, baru bermula mengurangkan penggunaan gula bertahun kemudian.
Malah saya sendiri belajar mengurangkan Makeup dan alat solek, hari demi hari seiring usia dan kesedaran.
Malah tentu sahaja saya mencari alat solek yang kurang bahan kimia sebolehnya. Namun atas Budget saya hanya berjaya mengurangkan penggunaan alat solekan dahulu dan masih menggunakan alat solek jenama komersial yang masih punyai bahan kimia.
Begitu juga dengan pewangi tubuh atau Perfume. Jika dahulu hampir setiap hari saya menggunakan Perfume komersial itu, seiring kesedaran bahaya bahan kimia bertoksid dalam pewangi saya kini semakin kurang menggunakan semburan pewangi.
Masih berada di kalangan mereka yang menggunakan bahan kimia dalam produk kegunaan harian namun itu antara perkara di luar bidang kuasa saya, maka saya hanya redha.
Paling penting semua bermula dari diri sendiri.
Sebelum ini Pizza dan makanan segera lain menjadi pilihan jika ke pasaraya. Kini saya lebih suka memilih sushi dan tentunya pilihan saya sushi yang paling kurang bahan.
Sushi kurang bahan tentu lebih murah dan lebih sihat sekaligus menjadikan budget saya lebih selamat untuk membeli produk makanan organik yang lebih sihat.
Jika anda memilih sushi, pilih yang paling kurang bahan dan anda kenal bahan itu. Mayonis bukan bahan yang sihat.
Begitu juga dalam persediaan makanan. Semakin banyak bahan makanan yang anda tidak kenal, semakin ia kurang sihat.
Hanya tambah bahan yang anda kenal seperti garam dan gula jika perlu. Kiub pati ayam atau pati bilis elakkan kecuali pati ayam itu hasil dari rebusan ayam asli yang anda masak sendiri atau ikan bilis yang disiang dan ditumbuk sendiri.
Jika anda biasa menikmati air manis di luar, sila tukarkan dengan jus buah tanpa gula. Jika anda biasa menikmati donut, kurangkan portion donut kegemaran anda.
Nikmati lebih buah dan sayur-sayuran. Belajar menikmati sayur-sayuran tanpa di masak.
Kurangkan membuat jus buah namun nikmati buah sebenar lebih elok walaupun jus buah anda tanpa gula.
Untuk Eat Clean, mulakan dengan satu menu mungkin untuk makan tengah hari dahulu atau satu menu dalam sehari yang Eat Clean.
Jika anda boleh buat lebih dari satu, ia bonus besar.
Dari step ke step, perubahan kecil ia pasti akan tercapai dalam misi Eat Clean.
Begitu juga dengan anda yang mengidamkan perkara yang sama dalam pemakanan sihat.
Belajar Perlahan-lahan dalam mengubah diet yang lebih sihat.
Pastikan diet anda lebih sihat dari hari ke hari bukan semakin teruk.
Lebih baik ada perubahan dari langsung tiada.
Selamat Mencuba.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan