Sabtu, 22 April 2017

10 Aktiviti Sihat Hari Cuti


Lulur @ Skrub Original Body Scrub dan campuran kopi tenum sabah
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alangkah indah hidup jika anda boleh mengamalkan diet sihat 100%, setiap hari bertahun tahun sehingga berpuluh tahun.

Meninggalkan segala alat kecantikan yang punyai bahan kimia walaupun di labelkan natural namun tetap punyai bahan titanium dioksid dan pelbagai lagi bahan yang membahayakan kesihatan dan karsinogen.

Tidak termasuk barang rumah seperti sabun,  Perfume dan sebagainya

Bukan mudah untuk membuangnya dari kehidupan harian.

Untuk sehari dua mungkin mudah,  bertahun agak sukar,  berpuluh tahun juga lagi sukar.

Namun kata orang jika kita bersungguh dan di sekeliling kita ialah orang yang sama berprinsip untuk sihat kita lebih mudah berjaya.

Sebelum memulakan azam baru,  mulakan sikit sikit perkara mudah.

Anda boleh memulakan untuk sehari dalam seminggu dan cuba konsisten perlahan-lahan untuk di amalkan setiap hari atau sekurang-kurangnya selang sehari sehingga mampu lebih lama untuk Konsisten.

Ini terletak pada hati dan motivasi harian anda sendiri.

Berikut perkara paling mudah untuk dilakukan di hari Minggu untuk lebih sihat.

1. Seawal bangun pagi, bersyukur dan berbicara pada tuhan.

2. Lakukan Oil pulling.  Untuk maklumat cara  melakukan Oil pulling anda boleh merujuk artikel ini Oil Pulling Untuk Lebih Sihat.

3. Makan sarapan pagi makanan yang tidak terkena api seperti buah-buahan segar,  salad,  Smoothie campuran buah tempatan dan sayur-sayuran atau ulaman.

4. Bergerak aktif,  bercucuk tanam atau menyiram pokok di halaman rumah.  Jika anda tinggal di rumah flat anda juga boleh bercucuk tanam di dalam pasu.

Alternatif lain,  buat sahaja aktiviti naik tangga dan turun tangga di kediaman anda itu terutama jika anda tinggal di flat atau rumah 2 tingkat.

5. Membeli belah di pasar untuk sayuran kampung.  Simpan semua stok makanan anda. Lebih mudah sediakan terus stok makanan 1 minggu.  Masak sup dan bekukan di dalam peti anda.  Siap sedia rempah ayam bakar anda yang telah di perap di dalam peti sejuk.

6. Lebih awal anda siapkan stok dan rancang menu untuk satu minggu. Lebih mudah diet anda di susun atur.  Pastikan anda sudah menyiapkan stok Smoothie,  snek sihat anda dan segala keperluan mengikut jadual diet anda sendiri. Belajar membuat jadual diet jika anda dalam proses mengurangkan berat badan.

7. Hari minggu juga adalah hari untuk anda menambah ilmu baru.  Cuba untuk rajin membaca.  Jika setiap hari anda membaca rehatkan fikiran dan mata anda dengan berzikir atau bertafakur.  Terlalu kerap membaca juga tidak bagus untuk kesihatan mata dan postur tubuh.  Bagi anda yang malas membaca ini bukan alasan untuk anda.  Cari waktu tertentu untuk membaca.  Ia bagus untuk kesihatan mental anda.

8. Bermain dengan binatang dan kanak-kanak kecil juga adalah hari yang cukup sesuai.  Bermanja dengan kucing peliharaan anda dan bermain bersama mereka.  Jika anda punyai anak atau anak saudara masa untuk berbual mesra dan melayani karenah mereka.

9. Wujudkan satu hobi yang membina pada hari minggu.  Antaranya menulis Blog.  Jika anda terlalu banyak alasan untuk bercucuk tanam atau belajar menjahit,  tambah satu bonus lain untuk resume peribadi anda dengan menulis atau belajar memasak terutama makanan sihat.

10. Hari minggu adalah hari paling sesuai untuk memanjakan tubuh.  Buat dry Brush atau berlulur dengan lulur asli.  Anda boleh buat atau bancuh sendiri lulur anda atau beli sahaja Skrub atau lulur asli di pasaran.  Untuk mendapatkan lulur Homemade dari beras pulut anda boleh dapatkan Original Body Scrub keluaran QK.  Email sahaja ke qisyakhadeeja@gmail.com.
Setelah berlulur anda boleh menyapu minyak di tubuh anda.  Lebih bagus jika minyak asli anda itu di tambah minyak pati yang menyegarkan tubuh anda dan mengurangkan tekanan anda.  Contohnya minyak zaitun di tambah minyak aromatherapi atau minyak pati lavender.  Pilih hanya yang asli 100% tanpa bahan lain.

Lupakan alasan.  Bina motivasi baru dalam diri untuk lebih bersemangat.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...