Ahad, 2 April 2017

Hari Minggu & Keluarga di Kuantan


Bergambar di Cafe Kotak Kalam,  Kuantan 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Penat berjalan seharian,  kembali dari menikmati makan malam bersama keluarga di Kotak Kalam,  kami bergegas pulang menunaikan solat maghrib. 

Sekali lagi saya menikmati sup ayam organik masakan ibu kegemaran saya untuk dinner lewat malam.  Itulah saya pengemar kari ayam organik dan sup ayam organik masakan ibu saya.

Untuk anda yang masih tidak tahu,  Kotak Kalam telah kembali di buka di hadapan Jabatan Ukur Alor Akar Kuantan.  Anda boleh cari instagram Kotak Kalam dan lihat segala menu dan wajah baru kafe ini. 

Bermain bersama kucing di cat Cafe dan menikmati kek di Kula Cake
Semalam,  hari Sabtu saya membawa tiga orang anak saudara saya berjalan ke bandar Kuantan dan bermain dengan 18 ekor kucing di cat Cafe (actually tiada cafe dan makanan dijual disini lagi,  anda boleh datang membawa makanan di luar dan makan disini). 

Untuk info cat Cafe ini berada di hadapan lorong perumahan Indera Mahkota berdekatan Jaman Tory Resepi Indera Mahkota. 

Anda boleh cari instagram whims.my untuk alamat dan info lanjut.  Untuk masuk bermain dengan 18 ekor kucing disini anda dikenakan bayaran RM5 untuk sekali masuk, (dewasa @ kanak-kanak)  tidak kira berapa jam anda bermain bersama kucing disini. Cafe ini buka dari pukul 1pm sehingga 9pm.

Terdapat 18 ekor kucing yang comel-comel,  manja dan nakal di Cafe ini. 

Saya,  Zara, Irfan dan Ilham khusyuk bermain kucing di Cafe ini. 

Zara,  Irfan dan Ilham gembira melakukan aktiviti 
Cat Cafe ini ialah rumah 2 tingkat yang diubah suai menjadi cat Cafe. 

Puas bermain bersama 18 ekor kucing disini,  kami menuju ke Cafe popular kek paling sedap di Kuantan iaitu Kula Cakes untuk menikmati kek. 

Hiasan pokok yang unik melingkari kawasan menambahkan kecantikan tempat ini. 
Terdapat pelbagai kek disini dan ia amat  sedap dan menjadi kegemaran ketiga-tiga anak saudara saya ini.  


Riang ria bersama sepupu 
Alang-alang ke Kula Cakes,  kami terus ke laman teruntum bermain di taman dan disini juga terdapat permainan buih belon yang ditiup yang dijual sebanyak Rm3 untuk sebatang atau Rm5 untuk 2 orang bermain buih.  Satu besen buih diberikan untuk bermain. 

Zara, Irfan dan Ilham amat seronok bermain sehingga terlupa jadual kami yang sepatutnya bermain pantai sebelum pukul 6 petang. 

Berkejaran pulang lewat aktiviti mandi pantai terpaksa dibatalkan. 

Insyallah ada rezeki aktiviti akan ditukar pada hari berlainan. 

Itu juga antara alasan mengapa saya tidak sempat menulis artikel di Blog berkaitan ilmu dan perkara lain. 

Namun diharap artikel ini membantu anda yang berada atau ingin ke Kuantan untuk melakukan aktiviti yang tidak tinggi Budget. 

Semoga artikel ini membantu anda. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...