imej dari google |
Assalammualaikum wbt
dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini
saya ingin berkongsi dengan anda antara sebab mengapa sidia tinggalkan kamu.
Artikel ini saya dapati dari website majalah kesayangan saya cosmopolitan
Bila tiba-tiba si dia putuskan hubungan
dengan kamu, pasti kamu akan tertanya-tanya kenapa si dia tinggalkan diri kamu
tanpa berikan alasan yang kukuh. Tak perlulah kamu nak jadi investigator ya.
Cosmo senaraikan lapan alasan si dia tinggalkan kamu supaya kamu boleh
tenangkan minda dan jiwa yang bergelora itu.
1.Si dia lebih sesuai hidup single. Bertenang : Jika jejakamu kena ambil masa fikir panjang antara nak putus hubungan atau tinggalkan seluar dalam kotor terbiar dalam lantai bilik selama dua hari, dia kemungkinan besar bukanlah “bahan” baik dijadikan teman lelaki pun.
2.Kamu lebih sukakannya daripada si
dia sukakan kamu. Ini bukan salahmu, tetapi
ketidakseimbangan ini sangat awkward untuk lelaki. So, kamu
seeloknya bersama jejaka yang fikirkan kamulah ratu hatinya.
3.Si dia tak nampak masa depan
denganmu. Ya, lelaki ada memikirkan hal
masa depan perhubungan kamu. Dan jika mereka tak nampak ada harapan, kenapa
masih nak bazirkan masa kamu ataupun si dia.
4. Dia hanya mahukan apa saja
perhubungan. Ia mungkin berlaku di mana si
dia hanya nak ada perhubungan bukan serius tapi kamu mula dah tersangkut. Ada
kemungkinan si dia mahukan perhubungan rebound selepas putus
dengan teman wanita sebelum kamu atau si dia sedang murung dan perlukan kasih
sayang sementara. Yes, it sucks, but it happens.
5.Dia sukakan kamu, tapi tak cintakan
kamu. Ada kalanya perhubungan bermula
dengan hebat tetapi tidak bertahan. Mungkin pada awalnya tiada magis, tapi kamu
berdua” layan” saja kerana mengharapkan cinta sejati berputik. Akhirnya, si dia
bosan dan kamu terperangkap.
6.Kamu mengambil mudah si dia dalam
perhubungan. Si dia tak pernah kata“No” pada
kamu sehingga kamu layannya seperti your personal butler.
7.Kamu berdua ada pendirian yang berbeza. Ini sudah tentu ultimate dealbreakerdalam perhubungan.
Bila nak buat keputusan, kamu pasti akan bertengkar kerana perbezaan hidup
terlalu jauh untuk saling bertolak ansur.
8.Mungkin takdir tak menyebelahi
kamu. Macam nilah, mungkin kamu
wanita sempurna dan kamu mungkin belum nampak sekarang, kerana terlalu
kecewa…Tetapi ada kalanya lelaki ni putuskan hubungan kerana ada sesuatu
tentang diri kamu yang si dia tak boleh terima atau si dia rasakan membosankan. So, jika
ini menjadi alasannya, baik juga si dia tinggalkanmu. Kamu berhak punyai lelaki
yang mahukan kamu seadanya.
Sekian sahaja antara 8 alasan yang
diberikan oleh majalah Cosmopolitan untuk rujukan anda. Jika anda mengalami
tanda-tanda diatas, diharap anda tabah dan “move-on”. Don’t worry, “yang patah
akan tumbuh berganti”. Sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Insyaallah kita akan jumpa lagi dientry akan
datang. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love ,
huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan