Vanilla ekstrak yang dikirim beli oleh sahabat saya |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kerap menerima pertanyaan di dalam what apps dan juga di dalam pelbagai Group kesihatan mengenai bahan-bahan kandungan produk yang di beli dan digunakan.
Ini Cara mudah untuk anda sendiri menyiasat bahan kandungan dalam produk sama ada selamat atau tidak, tanpa perlu bertanya dan lebih memuaskan hati anda di masa akan datang.
Pergi ke Google dan masukkan nama bahan |
Cara paling mudah. Gunakan sahaja carian Google.
Siasat satu persatu bahan kandungan walaupun nama bahan kandungan itu terlihat natural.
Ada sesetengah bahan kandungan tak perlu di Google seperti jintan hitam dan sebagainya.
Namun nama bahan kandungan yang kebiasaannya ganjil dan panjang, sebaiknya anda Google untuk mengetahui lebih lanjut.
Gambar di atas dan di bawah adalah hasil carian muka surat pertama google |
Kebiasaannya dalam satu muka surat carian enjin Google anda berjaya berjumpa apa maksud setiap bahan dan setiap kontroversi bahan tersebut sama ada baik atau buruk.
Ia jauh lebih baik dari anda menunggu jawapan insan lain yang kadangkala berjawab dan kadangkala tidak malah dari pengalaman saya jawapan diberikan oleh kebanyakan penjawab jarang jawapan penuh.
Maklumlah setiap orang ada urusan hidup masing masing bukan hanya melayan soalan di dalam what app yang kadang kala di jawab sekali imbas.
Selain Google antara website popular untuk carian sama ada bahan itu bahaya atau tidak terutama dalam ubat dan produk kosmetik anda boleh terus ke website
http://mims.com/
Amat berbeza ilmu pengetahuan yang akan anda dapat jika rajin mencari sendiri apa sebenarnya setiap bahan yang terdapat dalam kandungan setiap produk kegemaran anda.
Pengalaman saya sendiri kebanyakan produk yang nama kandungan seperti natural dan selamat realitinya amat berlainan.
Rajin-rajin menggunakan enjin carian Google, mengikut pengalaman saya tidak semua sifu di dalam Group sedar bahaya setiap kandungan dalam produk yang di tanya di dalam Group kecuali nama bahan karsinogen itu memang nama bahan yang popular dan sering di bincangkan.
Selamat menambah ilmu mengenai nama setiap bahan kandungan.
Ia pasti berbaloi baloi.
Jika anda kurang memahami bahasa Inggeris gunakan sahaja Google Translation atau translate.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan