Perasaan Pertama kali, hanya tuhan yang tahu |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pertama kali mengentahui mengenai kerjaya Blogger ketika Facebook mulai popular, saya tertanya-tanya tidak malukah Blogger ini menulis dan terpampang didalam Google dan semua orang membaca artikel tulisan beliau.
Mungkin ketika itu saya terlupa, dahulu saya kerap mewakili sekolah, kelas dan berdiri di hadapan perhimpunan untuk membacakan puisi, syarahan, perbahasan dan pementasan drama namun saya langsung tidak punya perasaan malu seperti rakan sekelas yang lain.
Begitu juga ketika berkhidmat di medan Sales di dunia perbankan langsung tiada perasaan malu ketika itu ketika mempromosikan produk kewangan di dalam cawangan bank dari seorang pelanggan ke pelanggan yang lain.
Saya tidak tahu mengapa bagi saya suatu waktu dulu, saya amat malu untuk mula menulis. Perasaan itu tiada ketika saya mengemaskini status Facebook kerana setiap kali mengemas kini status Facebook saya rasa bahagia dan gembira tanpa perasaan takut. Itu dahulu, kini perasaan saya ketika mengemaskini status Facebook saya lebih berhati hati dan takut mengemaskini status yang langsung tidak berkualiti. Bagi saya setiap apa saya kongsi kan haruslah berkualiti dan memberi manfaat atau sekurang nya motivasi jika bukan pada individu lain, untuk ingatan saya sendiri.
Akhirnya saya menulis artikel pertama saya di Blog. Hanya tuhan yang tahu perasaan itu. Malunya bukan kepalang.
Segan saya ingin berkongsi artikel itu di Facebook milik saya. Setelah 5-6 artikel baru saya berkongsi di Facebook. Itu pun boleh dikira beberapa kali.
Agak pelik, saya sehingga kini tidak suka berkongsi artikel Blog saya di Facebook. Telah beberapa kali saya membina pages di Facebook milik saya, juga akhirnya saya tidak berkongsi dan mempromosikan Blog ini.
Bagi saya, saya masih sukakan privasi, walaupun ia sebenarnya tidak digalakkan dalam ilmu blogging.
Pernah memasuki Group dalam Facebook mengenai Blogger untuk pengeposan artikel di Group namun saya hanya melakukan 2-3 kali sahaja.
Itulah saya, Blog saya semuanya adalah organik. Melalui carian organik dan datang dari pembaca organik.
Saya dahulunya selalu menekankan perkataan eksklusif hanya dari Google atau peminat Blog saya sendiri, dan sehingga kini kekal dengan perkataan eksklusif itu.
Tidak pernah mempromosikan Blog saya dalam setiap Group what apps atau telegram yang saya sertai, saya percaya bahawa jika Blog saya berkualiti dan diiktiraf Google, ia sendiri akan pergi kepada sasaran pembaca yang mengingininya sendiri.
Saya sendiri agak tidak setuju dengan cara sendiri. Bagi saya Blog harus di promosi, namun saya masih punyai ego sendiri.
Sehingga hari ini perasaan malu masih ada ketika menulis artikel. Saya masih malu dan segan berkongsi artikel saya di Facebook. Pelik tapi benar.
Saya masih takut takut ketika menulis.
Saya tidak tahu sifu Blogger atau Blogger lama yang lain, tapi itulah saya.
Saya mungkin masih tidak berubah seperti saya mula mula menulis dulu namun saya masih mencuba menjadi lebih baik dan berharap menjadi yang terbaik.
Doakan saya.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan