Isnin, 6 Februari 2017

11 Khasiat dan Kegunaan Daun Sirih @ sireh


Daun sirih @ sireh hijau
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mengenali daun sirih semenjak kecil ketika melihat arwah nenek mengunyah sireh bersama Pinang dan kapur makan,  saya pernah belajar menikmatinya sekali sekala zaman kanak-kanak dahulu.

Daun sirih terkenal sebagai hantaran perkahwinan untuk wanita dan antara ramuan utama jamu dan pembersih bahagian intim wanita.

Daun sirih terdapat dalam 3 warna,  warna paling popular hijau dan merah.  Terdapat juga daun sirih berwarna hitam.

Daun sirih berwarna merah dikatakan amat bagus diamalkan oleh wanita.

Ini antara KHASIAT dan Kebaikan daun sirih untuk informasi anda.

1. Terkenal sebagai cucian alat intim wanita.. Daun sirih boleh direbus dan dijadikan air cucian bahagian intim yang mengalami kegatalan.  Untuk pencuci wanita biasa anda hanya perlu meramas daun sirih segar untuk mencuci bahagian intim anda.

2. Daun sirih dipercayai boleh membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan.  Anda boleh rebus air sirih untuk diminum dan juga untuk basuhan alat intim anda.

3. Daun sirih adalah daun paling kerap digunakan untuk mencuci bahagian intim untuk wanita dalam pantang.  Daun sireh di percayai mampu membunuh bakteria dan mencuci luka selepas bersalin.

4. Harus diingatkan disini air rebusan atau Ramasan daun sirih tidak boleh digunakan setiap hari,  bimbang jika ia mengganggu keseimbangan flora Semulajadi bahagian intim.

5. Daun sirih juga amat bagus untuk mengalami kegatalan mata,  hanya rebus daun sireh dan isikan kedalam mata yang gatal.

6. Mereka yang menghadapi masalah kulit seperti kurap,  alahan,  jerawat juga boleh menggunakan daun sirih yang telah ditumbuk dan ditampalkan di tempat bermasalah.

7. Daun sirih juga dilayurkan di atas api dan di tampal kepada payu dara untuk mengurangkan bengkak payu dara atau bengkak susu.  Malah untuk payu dara yang terlalu banyak susu yang keluar teknik ini turut digunakan.

8. Untuk mereka yang menghadapi masalah Gusi lemah,  Gusi berdarah,  bau mulut,  nafas busuk dan penyakit berkaitan mulut,  gigi dan Gusi anda boleh berkumur dengan air rebusan daun sirih atau Ramasan daun sirih.

9. Air rebusan daun sirih juga turut boleh diminum untuk mengurangkan bau badan dan masalah kulit serta masalah kewanitaan. Malah air rebusan daun sirih turut dipercayai mampu menyembuhkan penyakit auto imun.

10. Daun sirih turut digunakan sebagai antara ramuan jamu tradisional untuk wanita.  Ramuan daun sirih,  ibu kunyit,  asam jawa dan gula kabung antara jamu ringkas yang mudah diamalkan.

11. Untuk memastikan daun sirih kekal segar anda harus merendam daun sirih didalam air untuk lebih tahan lama.

Untuk Resepi jamu Homemade Ringkas campuran daun sirih sila rujuk link di bawah

Jamu Homemade Ringkas untuk wanita

Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...