Realiti yang semakin ketara |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Realiti yang terus menghantui. Seiring zaman dan teknologi, saya mahu pun anda dalam usia saya atau mereka yang lebih muda harus akui, di zaman akan datang 10 ke 20 tahun lagi teknologi akan mengambil alih 80% perniagaan dan perhubungan sosial.
Malah ketika ini jika anda adalah selepas gen Z yang berusia awal 20an, pasaran perniagaan melalui Internet dan media sosial juga syarikat start up akan menggunakan teknologi Internet sebagai capaian untuk perniagaan masing-masing.
Lihat ia dari sudut positif |
Untuk masa ini kaedah veteran F2F (face to face) masih berdaya saing di kalangan golongan 30an dan 40an serta golongan lebih awal.
Golongan 30an dan ke atas masih mengamalkan cara membeli belah face to face, sibuk menjalani kehidupan kerjaya dan masih suka membeli belah atau melabur secara offline iaitu face to face. Berdepan dan minum kopi serta berbincang sesama sendiri.
Google yang masih mendominasi |
Malah golongan usia 30an ke atas ini masih terus ke klinik dan ke hospital untuk berjumpa doktor walaupun mengalami demam sedikit atau suhu badan naik sedikit.
Berbeza bagi golongan yang dibesarkan zaman teknologi.
Golongan seusia Mark Zuckerberg.
Golongan dari generasi geng Z dan ke bawah.
Dikatakan pada masa akan datang bersiap sedia untuk Pelbagai jawatan dan pekerjaan di dunia yang bakal luput.
Ia akan di dominasi oleh media sosial dan teknologi Internet.
Status Facebook beliau harus diakui |
Terima hakikat. Berubah sebelum terlewat.
Kuasa media sosial dan Internet bukan lagi perkara main main.
Hanya satu klik banyak perkara yang anda akan dapati.
Bermain Facebook hari ini bukan lagi untuk suka--suka untuk anda hanya memaparkan aktiviti harian atau tempat meluah perasaan.
Hanya mereka yang bijak menggunakan teknologi ini akan ke depan dengan membawa berjuta folower bersama sekaligus mencipta jenama diri sendiri.
Realiti yang bakal diterima.
Pelbagai jawatan pekerjaan pada masa akan datang yang bakal tidak lagi wujud bukan perkara enteng untuk mereka yang berada dalam pekerjaan ini mengambil ringan.
Selain perunding kewangan, doktor, peguam dan pelbagai kerjaya profesional yang tergugat anda tetap mampu mengatasi masalah yang mungkin timbul dari cara anda melihat masa depan pada hari ini.
Mengimbau pengalaman saya sendiri, saya amat percaya dengan kajian ini.
Pelanggan elit dan berilmu yang saya jumpa malah ada yang lebih arif mengenai pelaburan dan kewangan berbanding mereka dalam bidang kewangan sendiri.
Sahabat saya yang merupakan peguam syariah pernah mengajar saya bagaimana seorang ibu yang menghadapi cabaran tidak cukup budget untuk mengupah peguam untuk mewakili beliau berlawan kes hak penjagaan anak.
Ibu itu sendiri menjadi 'peguam' atau wakil peguam di hadapan hakim untuk berlawan dalam kes hak penjagaan anak itu sendiri. (kes ini juga terpakai untuk si bapa jika si bapa juga tidak cukup budget).
Borang-borang dan filing atau proses buka fail dilakukan oleh sahabat saya iaitu peguam syariah untuk kes ibu tersebut dengan bayaran hanya untuk proses itu sahaja.
Maklumlah ada beberapa borang yang lebih sesuai diuruskan oleh peguam yang lebih tahu selok belok mengisi borang dan dokumen yang lebih lengkap.
Untuk info, saya punyai kawan ibu tunggal yang mengisi borang segala sendiri kerana kekurangan budget tapi jika anda punyai lebih budget saya lebih galakkan anda gunakan perkhidmatan peguam dalam proses ini.
Percayalah banyak benda yang anda boleh lakukan jika kaya ilmu.. Kaya pengalaman dan berani berhadapan dengan risiko.
Pastikan risiko itu boleh dikira dan diserap jika anda ingin mengambil risiko yang tinggi.
Keberanian akan datang jika anda cukup ilmu.
Jangan berani hanya kerana ego tetapi banyak perkara baik dan buruk anda tidak pernah membuat kajian dan meminta pendapat.
Saya serahkan artikel ini untuk anda berfikir sendiri.
Usah buang masa dengan perkara tidak berfaedah yang lebih kepada menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian.
Tukarkan niat mencari perhatian kepada memberi lebih perhatian dan lebih masa pada perkara yang akan membantu anda ketika anda susah dan menghadapi masalah.
Iaitu Ilmu dan kemudian anda boleh bertawakal.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Kongsi kan maklumat ini untuk mereka yang memerlukan info ini terutama mereka yang sedang menghadapi masalah hak penjagaan anak anak dan masih pening kepala mengenai budget dan sebagainya.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan