Minyak zaitun Nabali dari Pokok zaitun Palestin berusia sehingga 2000 tahun |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sempena hari pertama 2017 ini, saya ingin berkongsi dengan anda
CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN TERBAIK
Dan Cara-cara memilih minyak zaitun terbaik.
Saya pernah menulis artikel mengenai khasiat minyak zaitun di link di bawah :-
Tahukah anda terdapat terlalu banyak minyak zaitun tiruan di pasaran?
Untuk mengelakkan anda terbeli minyak zaitun tiruan.
Berikut ialah perkara-perkara penting yang perlu anda nilai sebelum membeli minyak zaitun.
1. Botol kaca
Kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun. Anda tentu tahu bahaya penggunaan plastik yang semakin kerap di war-war kan pada masa kini.
2. Botol kaca berwarna gelap
Cahaya matahari atau UV akan menembusi botol berwarna cerah sekaligus mengurangkan khasiat minyak zaitun disebabkan proses oksidasi.
3. Pilih bentuk cecair minyak bukan kapsul atau softgel
Ia rasa minyak zaitun kadang kala membuat rasa kurang selesa untuk di telan secara terus. Ini antara alasan ramai yang memilih minyak zaitun di dalam bentuk paling mudah ditelan iaitu kapsul dan softgel.
Tetapi, tahukah anda minyak zaitun akan kehilangan banyak khasiat disebabkan proses oksidasi semasa memasukkan minyak zaitun ke dalam softgel dan kapsul.
Malah anda sendiri tidak tahu bahan kapsul dan softgel itu diperbuat daripada bahan apa.
Pilih sesuatu yang diperbuat di hadapan mata anda sendiri. Pilih 'real food'.
4. Tahukah anda, fakta mengatakan 1 sudu besar minyak zaitun khasiat nya menyamai 30 biji kapsul minyak zaitun 500mg atau 15ml.
5. Minyak zaitun yang telah di gunakan sebagai minyak masakan dan telah terkena api atau panas suhu tertentu tidak sesuai untuk di minum kerana proses memasak telah mengurangkan banyak khasiat selain faktor lain.
6. Minyak zaitun yang tidak ditapis (unfiltered Olive oil), hanya bagus digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas buah zaitun di perah.
7. Proses pembotolan
Minyak zaitun haruslah dibotolkan secara BETUL dan Tepat.
Ia harus menggunakan gas nitrogen bagi mengekalkan khasiat kandungan minyak zaitun.
Dikatakan kandungan khasiat minyak zaitun akan hilang selepas 3 bulan jika ia masih menggunakan cara manual (tanpa gas nitrogen).
Ketika minyak zaitun terdedah kepada udara proses oksida berlaku. Proses ini yang menyebabkan kandungan khasiat minyak zaitun berkurangan.
8. Proses pembotolan yang betul.
Pastikan anda memilih minyak zaitun yang melalui proses pembotolan moden kerana proses yang betul akan membantu mengekalkan khasiat minyak zaitun sehingga 2 tahun.
9. Jumlah amalan minyak zaitun yang di syorkan.
Adalah di syorkan anda mengamalkan 2 sudu besar minyak zaitun sehari.
Ini bermaksud jika anda mengamalkan minyak zaitun dalam bentuk kapsul atau softgel anda perlu menelan 60 biji sehari.
Bayangkan efek kapsul dan soft Gel pada tubuh dan pencernaan anda.
10. Bonus untuk anda jika anda boleh mendapatkan minyak zaitun yang mempunyai :-
Sijil organik, sijil Iso, produk dari pengeluar asal, minyak zaitun dara (extra virgin), standard premium atau ultra premium, penerima anugerah antarabangsa dan tentu sekali jenama antarabangsa.
13. Minyak zaitun terbaik dikatakan dari tanah Syam. Minyak zaitun Palestin adalah antara minyak zaitun terbaik dunia. Ia adalah kerana ia datang dari bumi yang berkah.
14. Lebih berusia pokok zaitun, di katakan lebih tinggi khasiat minyak zaitun itu. Pokok zaitun tertua di dunia di katakan berada di Palestin. Ia berusia beribu ribu tahun.
Ia antara sebab penting mengapa sesetengah minyak zaitun dari Palestin berbeza harga atas usia pokok zaitun tersebut.
15. Andai anda tidak mempunyai budget membeli minyak zaitun Palestin. Minyak zaitun dari tanah Arab yang berkah seperti Turki, Tunisia, Mesir juga boleh dipertimbangkan.
16. Faktor teknik perahan
Faktor utama dalam memilih minyak zaitun, anda juga harus memikirkan tentang teknik perahan yang di gunakan.
Antara teknik perahan minyak zaitun yang popular ialah 'cold pressed', musim seperti 'early harvest'.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan