Lebih bagus anda menggunakan 100% kopi sebenar (gambar lama bertahun dahulu) |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sejujurnya Skrub Kopi amat mudah di buat sendiri.
Hanya bancuh kopi dengan air dan buat paste dan di sapu ke seluruh tubuh.
Pilihan lain campur sahaja serbuk kopi dan minyak pilihan anda seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Pilihan lain tambah sahaja jus limau nipis dalam serbuk kopi anda dan jadikan paste.
Dengan segala pilihan bahan di atas Skrub Kopi anda siap untuk digunakan.
Atau untuk pilihan lebih baik anda boleh tambahkan hampas kopi atau serbuk kopi dalam bancuhan Skrub keluaran QK iaitu original Body Skrub yang dibuat secara tradisional oleh saya sendiri.
Artikel di link ini menerangkan dengan lebih terperinci cara bancuhan Skrub Kopi menggunakan original Body Skrub.
Skrub Kopi Untuk Selulit
Hanya what apps ke nombor
016 276 2636
Untuk tempahan dan maklumat lanjut.
Kita terus ke Info khasiat Skrub Kopi Untuk kecantikan dan tubuh.
1. Kopi dipercayai boleh mengurangkan Selulit terutama di bahagian punggung dan bahagian peha.
Rajinkan diri membelai bahagian ini menggunakan Skrub Kopi. Kafein di dalam kopi dipercayai membantu mengurangkan masalah Selulit ini dengan melembutkan bahagian tersebut.
2. Kafein di dalam kopi jika disapu dan diurutkan ke bahagian tubuh akan mewujudkan rasa panas akibat tindak balas serbuk kopi dan urutan lembut di tubuh.
Rasa panas tersebut akan membantu tubuh merasa hangat dan mengeluarkan toksin sekaligus peluh dari tubuh.
Peluh yang dikeluarkan insyallah membantu membuang sedikit sebanyak apa yang tidak diperlukan oleh tubuh terutama jika anda konsisten dalam menjaga tubuh dan kesihatan.
3. Skrub Kopi juga dipercayai membantu menegangkan kulit dan bahagian tertentu. Anti oksida yang tinggi di dalam kopi membantu mengurangkan radikal bebas dan menjadikan kulit lebih awet muda. Kesan hangat pada tubuh membentuk tubuh yang lebih pejal.
4. Seperti Skrub lain, fungsi Skrub Kopi turut membantu menanggalkan kulit mati sekaligus melahirkan kulit yang lebih sihat dan cerah serta cantik.
5. Dengan tambahan bahan anti oksida lain di dalam biji kopi. Penggunaan yang konsisten dan betul terutama dengan tambahan minyak kecantikan akan menjadikan kulit anda lebih bercahaya dan berseri terutama jika anda turut menikmati makanan anti oksida lain.
Jika anda kehabisan stok Skrub anda.
Masa untuk anda bertukar ke skrub yang lebih Semulajadi.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan