Isnin, 23 Januari 2017

Cobaan..


Perempuan dan makanan enak sukar dipisahkan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Wanita terkenal dengan kecintaan terhadap makanan terutama makanan manis seperti kek,  cookies,  Brownies,  cream puff dan sebagainya.

Saya percaya kebanyakan wanita memang begitu.
Terutama ketika PMS,  sebelum PMS atau selepas PMS (bergantung pada individu) perasaan ingin menikmati makanan begini agak tinggi dan juga ketika stress menghampiri.

Saya juga seperti anda.  Ada kala ketika ingin 'eat clean'  ketika itulah pelbagai juadah yang banyak disediakan.

Malah lebih hebat saya selalu diberi makanan percuma oleh insan sekeliling. Dalam jumlah yang banyak.

Mengetahui saya gemar menikmati makanan,  ramai sahabat saya tidak pernah tahu saya mula menjaga diet saya semenjak saya melalui pengalaman TSW.

Mungkin saya jarang bercerita kesusahan saya ketika saya sakit satu waktu dahulu dan saya masih menikmati makanan luar sehingga habis walaupun makanan itu tidak sesuai untuk mereka yang pernah mempunyai sejarah ekzema.

Sukar untuk mengekalkan diet sihat terutama jika anda sering berada di luar dan mendapatkan makanan sebegini semakin mudah dengan hanya perlu memesan secara online atau panggilan telefon.

Malah kasih sayang sentiasa di paparkan melalui pemberian makanan enak dan manis untuk mengeratkan hubungan turut membuatkan sesiapa sahaja ahli keluarga atau suami sering membawa pulang makanan enak enak untuk dinikmati bersama.

Saya masih menikmati makanan bergoreng,  makanan manis asalkan ia di masak oleh saya sendiri.

Malah saya masih menikmati kerepek pisang kegemaran yang sering dibeli oleh kakak saya setiap kali saya ke rumahnya.

Masalah besar jika makanan kegemaran sering dihidangkan di hadapan mata dan saya sebagai insan yang kuat makan jarang mengingati diet yang saya harus ikuti dan jenis manusia yang menikmati makanan tidak ingat dunia.

Alhamdulillah saya dikurniakan tubuh yang sukar naik berat badan. Mungkin saya jenis yang tinggi kadar metabolisme atau saya jenis insan yang kuat berfikir antara alasan ini.

Saya tetap bersyukur atas anugerah tuhan ini.

Pernah melalui proses topical steroid withdraw menyebabkan saya sesekali kesal terlebih makan dan tidak menjaga pemakanan saya.

Bukan senang untuk anda menjaga pemakanan terutama jika anda berada di orang sekeliling yang menikmati makanan apa sahaja tanpa mengira baik atau buruk.

Sukar untuk mengingatkan dan memotivasikan diri untuk kekalkan pemakanan sihat,  tapi cabaran ini tentu berbaloi jika anda dapat mengatasinya.

Awal bulan tahun 2017, ini saya agak terbabas dalam pemakanan yang tidak terjaga ini.  Saya berdoa semoga saya kembali ke track pemakanan sihat ketika saya mula mula mengharungi TSW dahulu.

Insyallah.  Bagi anda yang telah sembuh dari penyakit ekzema dan terbabas diet.  Mohon kita sama-sama menjaga ia kembali.

Doakan.

Terima kasih.







Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...