Rabu, 28 Disember 2016

Pertama kali Menggunakan Starter Sourdough


Starter Sourdough yang diberikan oleh yanie untuk saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah setelah bertahun mengenali Sourdough atau yis liar purba,  akhirnya hari ini saya berjaya dan diberi kesempatan dan rezeki dari Allah  untuk menerima pemberian Sourdough starter dari sahabat yang saya hanya kenali di Facebook iaitu Yanie,  insan yang sama menghadiahkan saya benih kefir bertahun lepas. 

Untuk info sourdough starter juga boleh dibuat sendiri.  Anda boleh Google dan belajar dari YouTube bagaimana menghasilkan Sourdough starter ini. 

Sourdough starter boleh terus digunakan jika anda hanya ingin memasak chapati, lempeng,  cucur atau apa sahaja resipi yang menggunakan gandum atau tepung yang mempunyai gluten termasuk wholemeal. 

Sourdough starter perlu di 'feed' atau diberi 'makan' untuk menggantikan yis komersial untuk menu masakan yang menggunakan yis komersial seperti pau,  roti, apam dan sebagainya. 

Untuk pembuatan chapati,  saya hanya perlu mengambil sesuatu Sourdough starter dan tambahkan sahaja ke dalam adunan chapati saya dan peram adunan selama 3 jam sebelum menguli adunan chapati saya. 

Berbeza jika dimasa akan datang saya ingin membuat roti,  saya perlu memberi makan starter Sourdough saya beberapa sudu tepung dan membiarkan ia membiak selama beberapa jam berdasarkan cuaca dan ketinggian penambahan starter. 

Contoh starter Sourdough seperti gambar di atas asalnya hanya setinggi garis getah hijau.  Setelah di beri makan,  hanya beberapa jam Sourdough starter ini telah naik tinggi dan mengembang.  Alhamdulillah. 

Untuk pembuatan roti atau pau yang perlu menggunakan yis,  saya wajib menggunakan Sourdough starter yang telah di beri makan ini dan membiarkan adunan kembang 7-8 jam berpandukan keadaan adunan dan resipi adunan itu sendiri. 

Untuk permulaan cukuplah saya hanya menggunakan Sourdough starter ini di dalam resipi chapati saya.  

Bancuhan adunan yang bercampur Sourdough ini,  insyallah akan membantu menghuraikan gluten yang terkandung dalam adunan chapati saya di mana saya menggunakan tepung unbleached dan tepung wholemeal. 

Untuk individu yang menghadapi masalah gluten intolerance seperti saya yang kebiasaannya mereka yang menghadapi masalah auto imun seperti usus bocor,  ekzema,  asma,  arthritis dan pelbagai penyakit auto imun termasuk resdung dan migrain. 

Kebanyakan manusia kini menghadapi masalah pencernaan gluten atas pengaruh makanan moden dan diet yang tidak menentu selain stress. 

Mengurangkan gluten di dalam diet amat digalakkan untuk mereka yang menghadapi masalah penguraian gluten ini. 

Sourdough tidak membuang gluten terus dari makanan ia sekadar menguraikan gluten agar lebih mudah dicerna.

Ia amat berbeza dengan makanan tanpa gluten.  Jika anda mengamalkan diet gluten free atau diet tanpa gluten,  makanan berasaskan  Sourdough bukan pilihan tepat untuk diamalkan (masih mengandungi gluten). 

Semoga info ini membantu anda yang menghadapi masalah gluten intolerance. 

Terima kasih. 


** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya

BAGAIMANA aktifkan @ beri makan Sourdough Starter?



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...