Sabtu, 31 Disember 2016

Tahun Baru 2017:- Semoga Blog dan Adsense semakin Maju



Bulan December adalah bulan Blog ini kerap dikunjungi 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Februari 2017 hadapan,  cukup Blog ini berusia 4 tahun.

Bulan June 2017 pula meraikan ulang tahun ke 2 Blog ini sebagai pengiklan Adsense.

Blog sesuatu yang anda tidak akan nampak hasilnya dalam setahun dua penulisan,  apatah lagi jika anda hanya Blogger separuh masa.

Menulis blog memerlukan pengorbanan dan daya penulisan kreatif dan inovatif yang seharusnya memberi manfaat dan ilmu kandungan yang dicari oleh pembaca terutama melalui carian Google.

Ketika tahun pertama menulis Blog saya mencari cari identiti sendiri. Tidak tahu apa ingin ditulis.  Hanya tulis apa yang ingin ditulis.

Ketika itu tidak tahu bagaimana untuk bermula.  Hanya mulakan.

Ketandusan idea untuk dikongsi bersama untuk pembaca Blog ini sehingga Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman ekzema dan melalui proses topical steroid withdrawal sekaligus mengubah banyak pandangan dan perkara dalam hidup saya dari segi pandangan dan pemikiran serta attitude malah personaliti.

Saya sering mengatakan kepada mereka yang membaca Blog ini, tiada satu perkara yang menimpa kecuali ada hikmah tersembunyi.  Tiada ujian hebat kecuali ada hadiah hebat yang bakal diperoleh.  Sentiasa besangka baik dan hanya bersandar pada tuhan.  Sejuta yang membangkang,  pastikan anda pegang pada perkara yang anda percaya janji anda rajin membaca dan mencari ilmu sebenar kerana di medan media sosial dan kuasa Internet anda perlu bijak membezakan setiap maklumat yang diberi.

Tidak perlu susah susah berbalah.  Mereka yang bijak akan terus mencari jawapan sendiri tanpa membuang masa membahas.

Satu waktu dulu,  tidak pernah terjangkau Blog ini akan mempunyai lebih 300 pembaca sehari,  kini lebih 2500 pembaca sehari bukan satu perkara asing.

Jika satu waktu dahulu saya pelik bagaimana pemegang akaun Adsense boleh mendapat pendapatan usd100 sebulan.  Kini saya tidak pelik jika pemegang akaun Adsense mendapat usd100 sehari.


Paparan print screen Adsense 


Bermula hanya anggaran usd3 sebulan sebagai pendapatan Blogger Adsense diblog ini,  kini pendapatan Blogger Adsense saya yang baru berusia hampir 1 tahun 6 bulan kini menunjukkan peningkatan peratusan mendadak lebih 550% dalam 1 tahun setengah menjadi hampir usd17 (bayaran paparan ini diambil pada 30/12/2016 kurang satu hari sebelum 31/12/2016.)  sebulan.

Pada tahun 2016 ini juga peningkatan baru berlaku kepada 2 lagi Blog milik saya iaitu wakeup &  be awesome dan life amazing yang menunjukkan ia mula memberi hasil untuk akaun Adsense rezeki saya ini.  Alhamdulillah.

Untuk info blog ini setakat ini hanya memaparkan 107 artikel sahaja pada tahun 2016 (sehingga artikel ini ditulis).

Bersamaan hanya 3@4 hari sahaja untuk 1 penulisan artikel.

Blog ke 2 hanya 13 artikel untuk 2016. Dan Blog ke 3 hanya 5 artikel.

Untuk info,  semakin banyak artikel berkualiti dari hasil cipta penulisan anda semakin cerah hasil carian di Google untuk sampai ke blog anda,  semakin meningkat potensi keuntungan Adsense anda berpandukan jumlah pengunjung blog malah jika ada pembaca 'klik' iklan  di blog anda,  bayaran Adsense anda juga semakin tinggi.  Keuntungan berganda jika pengunjung blog anda membeli barangan yang diiklankan di blog anda.

Lebih beruntung jika Blog anda dikunjungi oleh pembaca luar negara di mana mata wang mereka bernilai tinggi berbanding Ringgit Malaysia.


Tagine ke 3-3 blog saya di Adsense,  nilai yang sedikit insyallah akan terus naik

Iklan di blog anda kebiasaan akan mengikut kata kunci dari artikel yang dibaca dan dicari.
Kata kunci artikel yang 'mahal' akan mempengaruhi harga bayaran iklan di blog anda.

Saya pernah menulis antara kata kunci dan iklan mahal di salah sebuah artikel dalam label @ kategori Blogger di blog ini.

Untuk tahun 2017, perancangan label dan kategori baru akan diperkenalkan dan ditulis dalam setiap blog milik saya.

Kewujudan blog ke 4 milik saya pada tahun hadapan,  berpandukan masa dan anugerah ilham yang diberi oleh Allah kepada saya di masa akan datang.

Agak rugi,  jika saya punyai puluhan blog tetapi tidak menghasilkan artikel berkualiti Yang dicari dan boleh dikongsi untuk memberi kebaikan kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa membaca.

Bonus jika anda seorang yang mula berniaga dan ingin mencipta branding sendiri,  Blog adalah antara media sosial yang turut banyak membantu.

Semoga artikel ini memberi motivasi dan semangat baru kepada anda jika anda adalah seorang penulis dan bercita cita mempunyai blog bagi mengisi masa terluang disamping memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

Untuk Blogger yang aktif dan tidak aktif,  semoga anda gembira membaca artikel ini.

Selamat tahun baru 2017.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...