Selasa, 20 Disember 2016

17 KHASIAT DAN KEBAIKAN HALIA UNTUK KESIHATAN


Halia organik pilihan saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Halia di katakan adalah 'minuman syurga'.  Malah ada hadis mengatakan halia ialah zanjabil yang diriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi " Dan mereka dalam syurga itu,  diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." -  Surah Al-Insan :-17.

Mari kita lihat antara KHASIAT dan Kebaikan Halia untuk kesihatan :-

1. Nutrien didalam halia ialah air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus , kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C , lemak baik dan asid organik.

2. Halia paling terkenal kebaikannya untuk membuang angin dan melegakan sakit-sakit badan.

3. Ia juga digunakan sebagai herba merawat sakit kepala, sistem pencernaan yang bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, memanaskan badan, disentri, asma, ekzema, sakit perut, lemah tenaga batin, batuk kering, membuang lendir didalam badan dan menghilangkan bau hamis haid atau nifas.

4. Untuk anda yang sering kesejukan dan berhawa dingin halia adalah antara herba yang paling mujarab untuk melawan kesejukkan. Malah campuran halia dan madu adalah antara herba yang sesuai untuk mengelakkan sakit tekak dan batuk.

5. Halia dipercaya mempertingkatkan tenaga syahwat atau batin dan mengelakkan berlaku angin 'uluran' terutama dikalangan kaum lelaki

6. Halia juga merupakan ramuan utama untuk ibu-ibu yang berpantang atau kaum wanita yang menghadapi masalah senggugut.

7. Halia mengekalkan peredaran darah normal . Ia mengandungi kromonium, magnesium dan zink. Darah yang normal mengalir mengelakkan berlakunya kesejukan didalam tubuh dan menyebabkan tubuh lemah dan senang diserang penyakit.

8. Kajian menunjukkan menikmati teh halia segar panas mampu mengurangkan risiko terkena demam dan selsema. Malah sup ayam panas yang ditambah halia yang banyak adalah antara remedi untuk mereka yang kurang sihat dan sakit.

9. Halia juga ialah makanan anti radang yang turut membantu mengelakkan beberapa kanser yang merbahaya. Malah ia juga dipercayai boleh mematikan sel kanser ovari.

10. Bagi anda yang menghadapi masalah pernafasan berkaitan paru-paru, halia dipercayai mampu melegakannya kerana fungsi halia yang boleh mencairkan kahak.

11. Halia juga dipercayai mampu meningkatkan imuniti dan melegakan alahan dikalangan wanita mengandung.

12. Halia juga boleh digunakan mengantikan gincu bibir untuk memerahkan bibir. Hanya tumbuk halia dan sapu airnya dibibir untuk menjadikan bibir anda kemerah-merahan.

13. Halia juga dipercayai mampu menguruskan badan dengan memasukkan halia didalam minuman teh atau masakan. Sifat halia yang memanaskan badan itu membantu membuang toksin dan peluh sekaligus melangsingkan badan. Tidak hairanlah wanita didalam pantang digalakkan menambah banyak halia didalam setiap masakan.

14. Halia juga dipercayai turut membantu membuang bau badan. Rebus halia dan daun pandan serta tambahkan sedikit madu dan minum minuman ini setiap pagi. Jika anda tidak mampu meminum minuman ini sahaja tambahkan sahaja minuman ini didalam air teh kegemaran anda.

15. Dengan menikmati secangkir teh halia, ia memanaskan badan serta memberi kelegaan kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah oleh kerana fungsinya yang melancarkan perjalanan darah sekaligus ia akan membuatkan wajah anda lebih awet muda.

16. Ramai percaya menikmati teh halia dan menambah ia dalam pelbagai masakan kukus khususnya mampu mengurangkan tekanan dan mengatasi stress terutama bau dan rasa aroma halia yang memikat itu membuatkan badan terasa ringan.

17. Air rebusan halia dan serai dipercayai membantu menguruskan badan dan membuang toksin serta mencegah kanser. Serai dipercayai adalah antara agen pencegah semulajadi kanser. Dengan gabungan kedua-dua herba hebat ini, ia dipercayai antara ramuan anti kanser yang kuat.

Sesetengah individu tidak menyukai masakan yang ditambah halia kerana baunya. Jika anda atau keluarga anda tidak menyukai halia pastikan anda hanya masukkan beberapa hiris sahaja halia didalam masakan anda kerana terlalu banyak halia kadang kala menyebabkan rasa masakan tidak enak.

Halia adalah antara ramuan utama kebanyakan masakan cina.

Ayam goreng yang diperap halia dan bawang putih adalah lebih enak berbanding ayam goreng yang hanya ditambah serbuk kunyit dan garam.

Anda juga boleh memasukkan sehiris halia didalam air barli rebusan anda.


Selamat mencuba segala info dan resepi mudah tambahan halia diatas.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...