Rabu, 28 Disember 2016

6 Kegunaan dan Kebaikan Daun limau purut


daun limau purut yang ditanam di kampung halaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semakin berusia semakin saya mengenali dan mengemari herba.

Jika diwaktu kecil dan muda saya kurang suka sayur dan ulam serta herba-herba yang saya tidak kenali.

Seiring masa semua berubah. Antara ulam atau herba yang saya gemari dan diletakkan didalam pelbagai hidangan ialah daun limau purut.

Daun limau purut amat enak ditambah di dalam menu masakan seperti asam pedas, tom yam, sambal dan pelbagai menu masakan lain termasuk paprik. Malah jika ditambah ke dalam nasi goreng ia turut menambah aroma didalam masakan nasi goreng anda.

Dibawah ini adalah antara kegunaan dan kebaikan Daun Limau Purut:-

1. Sebagai pewangi semulajadi. Hiris halus daun limau purut dan daun pandan, tambahkan kelopak mawar segar dan renjis air mawar. Ia pewangi semulajadi yang sesuai diletakkan didalam almari pakaian, didalam bilik tidur atau didalam kereta.

2. Campurkan sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

3. Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah atau pejabat anda. Ia menyegarkan udara dan menghilangkan bau busuk sekaligus mengurangkan stress.

4. Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.

5. Tambah beberapa helai daun purut didalam masakan sup, tom yam, nasi goreng , sambal ia pasti akan menambah rasa dan keenakan makanan anda.

6. Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika anda demam atau kurang selera makan. Tambahkan daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

 Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...