Sabtu, 17 Disember 2016

15 Khasiat & KEBAIKAN Chiaseed


chia seed organik yang diamalkan oleh adik saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa tahun ini kita dikejutkan dengan pelbagai khasiat biji tumbuh-tumbuhan dan buah seperti biji aprikot, biji bunga matahari, biji betik , biji flax dan terbaru biji chia atau chia seed.

Chia seed adalah berbeza dengan biji selasih.  Biji Chia adalah berwarna hitam, coklat,  kelabu dan putih.  Biji selasih hanya berwarna hitam.

Biji Chia dikatakan dari kalangan keluarga pudina dan dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala.

Biji selasih telah lama terkenal di kalangan masyarakat Melayu.  Biji Chia hanya popular kebelakangan ini di kalangan masyarakat kita.

Biji selasih perlu di rendam terlebih dahulu,  biji Chia hanya perlu di tabur untuk di nikmati atau dijadikan tambahan di dalam minuman atau makanan.  Ia juga boleh di tambah dalam ramuan biskut atau roti.

Anda kini boleh mendapatkan biji Chia di pelbagai pasaraya secara on line atau off line,  malah biji Chia juga mudah di dapati di kedai organik khususnya.

Ini antara khasiat biji Chia atau Chia seed untuk info kita bersama.

1. Chia seed dikatakan mengandungi 2 kali ganda potasium berbanding pisang.

2. Biji Chia di katakan mengandungi  6 kali ganda kalsium berbanding susu.

3. 15 kali ganda magnesium terdapat di dalam biji Chia berbanding brokoli.

4. 9 kali ganda kandungan fosforus berbanding susu.

5. 6 kali ganda protein berbanding kacang parang.

6. Chia seed  juga mengandungi asid  lemak perlu alpha linolenik   asid linolenik,  mucin,  strontium, vitamin A,  B, E dan D,  dan mineral termasuk sulfur,  besi  iodin,  magnesium,  mangan,  niasin,  tiamin  dan kaya anti  oksida.

7. Sesuai untuk kecantikan kulit dan awet muda kerana mengandungi anti oksida yang tinggi sehingga mampu menghentikan  70% daripada aktiviti radikal bebas.

8.  Kandungan setat dan lemak yang sihat di dalam Chia seed menggalakkan pembuangan najis dan menghasilkan sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat.

9. Chia seed juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia melawan keradangan,  mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

10.chia seed juga bagus untuk mengelakkan diabetes dan mengurangkan risiko diabetes.

11. Chia seed membantu menambahkan tenaga dan metabolisme tubuh.

12. Kandungan kalsium,  magnesium,  mangan,  fosforus  adalah penting untuk kesihatan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

13. Protein di dalam Chia seed bagus untuk binaan otot.

14. Kaya dengan asid alpha  lineic yang mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara dan rahim.

15. Dipercayai sesuai sebagai supplement penambah susu badan ibu.

Pastikan anda kerap minum air kosong kerana Chia seed dipercayai akan menyebabkan dehidrasi atau sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Kekurangan air kosong ketika mengamalkan Chia seed boleh menyebabkan terjadinya dehidrasi,  sembelit, kulit kering,  kegatalan kulit dan sebagainya.

Disyorkan anda merendam biji Chia semalaman berbanding hanya terus tabur atau dicampur ke dalam minuman kegemaran untuk memastikan biji Chia kembang dan selamat dinikmati.

Setiap makanan seeloknya diambil secara sederhana. 

Dengan info ini tidak rugi jika anda mencuba Chia seed di dalam diet anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...